Usai kelas Pendidikan Islam 4B aku terus ke kantin sekolah untuk bersarapan. Kelas aku hari ni awal pagi tak sempat untuk bersarapan awal. Aku lihat ramai rakan-rakan guru sedang bersarapan sambil rancak bercerita. Di Kantin ini lah kami bertukar-tukar cerita berdasarkan pengalaman yang dialami. Sambil berseronok boleh juga ambil pengajaran dari cerita rakan-rakan. Aku yang baru dua bulan memulakan tugas lebih banyak mendegar cerita rakan guru senior.
“Ustaz apa khabar? Bagaimana mengajar di sekolah ini, ok ka?”
Cikgu Lamidi menyapa aku sambil mengalih pinggan sarapannya yang sudah selesai.
“Setakat ini ok saja. Alhamdulillah. Pelajar semua bagus. Dengar cakap”.
Aku menjawab sambil tersenyum. Nasi kuning berlauk ikan basong goreng
yang aku minta belum sampai.
“Ustaz orang baru, Pelajar mesti suka orang baru, orang lama macam aku ni, pelajar tak pandang dah”. Keluh Cikgu Lamidi yang sudah lebih lima tahun bertugas di SMK Elopura.
“Mungkin juga, tapi mereka ni macam susah nak ingatlah apa
yang diajar. Apa yang diajar hari ni sudah tiga kali saya ulang dari minggu
lepas lagi”.
Aku meluahkan juga apa terbuku di hati. Memang sebelum memulakan
pengajaran sebagai set induksi aku bertanyak pelajar apa sudah mereka belajar
sebelum ini sebagai ulangkaji. Ia juga bertujuan untuk menyediakan pelajar
untuk belajar tajuk berikutnya.
“Ha ha ha.. Ustaz! Biasa la begitu. Pelajar-pelajar sini
memang begitu. Kadang-kadang bagus lagi kita ajar kambing. Ndak sakit hati”. Ada sorang cikgu di belakang aku menyampuk.
Mungkin dari tadi dia memasang telinga mendengar perbualan aku dengan Cikgu
Lamidi.
Aku berpaling ke belakang kepada guru tersebut dan bertanya.
“Apa maksud cikgu lebih baik ajar kambing?”
“Begini bah Ustaz, Kita mengajar mereka dengan harapan
mereka faham dan dapat ilmu yang kita ajar. Kalau sudah diulang tak faham-faham,
boleh bikin naik darah kita ni. Kalau kita ajar kambing, kita sudah tahu yang
dia tak akan faham. Tak lah sakit hati. Cuma kita lah bodoh sebab ajar kambing…”
Cikgu itu menerangkan maksudnya sambil ketawa. Kami ketawa secara berjemaah. Terhibur hati kami,=.
Nasi kuning ikan basong dah sampai. Aku membaca doa dan
terus makan tanpa tunggu-tunggu lagi.
Pengalaman baru aku sebagai guru mengingatkan aku kepada
pesan guruku semasa di Mafraq dulu.
“Tanggungjawab kita ialah menyampaikan ilmu, mendidik
masyarakat kearah kebaikan. Itulah amar makruf yang diperintahkan oleh Allah”.
“Allah memberi ganjaran atas usaha kita membuat kerja.
Bukannya berdasarkan hasil usaha kita. Tidak semua usaha kita akan berhasil.
Tapi Allah tetap memberi ganjaran pahala kepada kita”.
Pesanan itu masih terngiang-ngian ditelinga aku. Itu lah
azam aku sebagai guru baru di sekolah baru ini. Aku akan terus menjalankan tugas
aku tanpa jemu. Menggunakan segala ilmu pedagogi dan teknik pengajaran yang di
pelajari selama setahun di MPI.
Semoga aku berjaya mendidik anak bangsa dan menjalankan
tugas aku sebagai pendakwah yang mengamalkan ‘Amar makruf Nahi Mungkar”.
No comments:
Post a Comment