Ini adalah persoalan seorang pelajar Tiong Hua kepada seorang gurunya. Ketika kami guru-guru sesi pagi sedang bersiap sedia untuk pulang untuk memberi ruang kepada guru petang mengambil tempat kami di bilik guru saya di datangi oleh seorang guru sesi petang. Guru ini antara yang guru muslim yang tidak bertudung di sekolah kami, muda, cantik, ceria dan digemari oleh semua orang.
“Boleh saya dan bercerita pada ustaz sekejap”. Sapanya sambil
tersenyum simpul.
“Ya. Boleh. Jom kita ke bilik komputer”. Saya mengamitnya ke bilik komputer di hujung bilik guru. Meja saya terletak di tengah bilik guru dan menjadi laluan guru-guru keluar masuk.
“Ada apa Cikgu Stef?”. (Bukan nama sebenar)
“Ustaz! Semalam saya terdengar perbualan seroang pelajar
Tiong Hua dengan Cikgu kat sebelah saya. Mereka cakap bahasa Cina.
Tapi saya dapat faham sebab dulu saya belajar kat sekolah Cina”. Cikgu Stef
memulakan ceritanya.
“Pelajar tu tanya cikgu tu kenapa kita hidup di dunia ini? Apa
tujuannya? Terkejut saya dengar soalan ni. Tetapi saya buat-buat tidak dengar”.
Semakin serius wajah Cikgu Steff
bercerita.
Saya melihat wajahnya dan serius mendengar.
“Wah menarik ni..”
“Dia cakap, dia dengar Ustaz yang minta pelajar fikirkan
persoalan ini”. Panjang lagi cerita Cikgu Steff pada saya. Perbualan
pelajar itu dengan guru agak lama juga. Guru itu menerangkan banyak perkara tentang
kehidupan ini. Tapi dalam versi budaya Cina.
Cuma Cikgu Steff mengatakan dia seronok bila pelajar mula
berfikir begitu dan saya dalam program 5 minit pagi Isnin telah berjaya merangsang pelajar berfikir tentang kehidupan.
Cara ini boleh membuka jalan kepada guru lain untuk mendidik nilai manusiawi
kepada pelajar. Cuma Cikgu Steff berpandangan kalau saya sendiri yang
menerangkan konsep ini kepada pelajar munking akan lebih jelas dan tepat.
Alhamdulillah, ini adalah antara kesan positif slot 5 minit pagi Isnin di tugaskan
oleh PK HEM sekolah saya. Memang ada satu hari tu saya bercerita tentang konsep
kehidupan dengan mengemukanan persoalan..
“ Dari mana kita datang? Siapa yang rancang dan ciptakan
kita sebagai manusia?”
“Apa tujuan kita hidup kita atas dunia ini? Apa yang perlu
kita buat?”
“Selepas ini ke mana kita akan pergi?”
Saya telah mengemuka beberapa lagi soalan supaya pelajar berfikir.
Rumusan saya bagi ialah tujuan kita hidup ini adalah untuk
memberi.. berjasa kepada manusia sejagat dan alam. Apa kebaikan yang kita
lakukan atas dunia ada balasannya.. tidak sia-sia. Jika kita melakukan
kejahatan, menganggu gugat keselamatan orang lain, menyusahkan orang pastinya
ada balasan. Jika tidak di Dunia, nun akan di balas di Akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment