“Jom naik motorsikal”
Pelawa seorang lelaki dalam 70an kepada saya ketika saya sedang
berjalan kaki ke masjid. Dia yang berbaju kameja berkain pelikat memakai kopiah putih asalnya melepasi saya
hampir 20 meter. Saya melihat dia berhenti dan
berpaling kepada saya. Saya sudah faham bahawa dia sedang menunggu saya
untuk menumpangkan motosikalnya kemasjid.
Saya melihat henset saya dan melihat aplikasi goggle menunjukkan jarak
400meter lagi ke masjid.
“Tak apa. Saya nak berjalan
kaki. Saya mahu cukupkan langkah saya
pagi ini” . Saya menolak baik sambil menunjukkan henset saya yang tertera maklumat langkah dan jarak.
“Saya pergi dulu”. Dia berlalu pergi.
Di Langkawi saya menginap di
Hotel Langkasuka berhampiran Dayang Bay dan juga Menara Maha. Memang sudah
menjadi kebiasaan saya bila kerja luar akan mencari masjid terdekat untuk Subuh juga waktu lain jika berkesempatan.
Di samping mengejar pahala solat subuh berjamaah , saya
juga mengambil peluang untuk ‘briswalk’ membakar lemak dan kalori. Jarak dari Hotel Langkasuka ke masjid terdekat
iaitu Masjid al Hihadayah hanya 1.1km sahaja. Ia memerlukan 15 minit perjalanan
dan hanya membakar 54 unit kalori
sahaja.
Perjalanan jalan kaki saya pergi dan balik ke Masjid al Hidayah hanya membakar 120 Klc. Ia tidak membakar keseluruhan kalori sekeping roti
canai yang saya makan semalam yang menyamai 300klc. Untuk membakar keseluruhan kalori sekeping roti canai saya
mesti berjalan sejauh 6km.
Disamping membakar kalori setiap langkah ke masjid telah dijanjikan
pahala oleh Allah taala. Berikut adalah hadis Nabi ﷺ
yang menceritakan tentang ganjaran pahala setiap langkah menuju ke masjid:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ ﷺ قَالَ:
«مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ
فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ»
— رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Hurairah RA,
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah akan
menyediakan baginya tempat tinggal (jamuan) di syurga setiap kali dia pergi
pada waktu pagi atau petang."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ada juga riwayat lain yang
menekankan setiap langkah ke masjid dihapuskan dosa dan ditinggikan
darjat:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ:
«مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ
بُيُوتِ اللَّهِ لِيُؤَدِّيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ
خُطُوَاتُهُ إِحْدَاهَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً»
— رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah RA,
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian dia berjalan ke salah satu
rumah Allah (masjid) untuk menunaikan fardu daripada fardu-fardu Allah, maka
setiap langkahnya yang pertama akan menghapuskan satu kesalahan, dan langkah
yang lainnya akan mengangkatnya satu darjat."
(Hadis riwayat Muslim)
Jadi, Hadir
solat berjamaah di masjid dengan berjalan kaki mempunyai banyak manfaatnya.
Pahala solat subuh berjamaah, membakar kalori agar lebih sihat, dapat
menggurkan dosa dan digantikan pahala.
No comments:
Post a Comment