Minggu pertama kami sampai di Jordan, kami di tumpangkan ke rumah-rumah senior pelajar Malaysia di Swieleh, Amman. Penempatan sementara ini sebelum kami semua diagihkan mengikut Universiti masing-masing sebagaimana yang akan diumumkan oleh Jabatan pengajian tinggi Jordan.
Abang senior mengajar kami cara kehidupan baru di Jordan. Kali pertama kami
diajar naik Coaster, iaitu pengangkutan awam seperti bas kecil. Kami tidak pernah lihat
kenderaaan ini di Malaysia. Ianya macam
perkhidmatan bas biasa di Malaysia yang ada laluan yang ditetapkan dengan
tambang yang telah ditetapkan.
Kami hanya perlu beritahu kepada pembantu pemandu kemana
tempat kami turun dan akan diberitahu jumlah tambangnya. Seingat saya tambang
dar bandar Amman ke Sweileh adalah 150 fils.
Lebih kurang 80 sen duit Malaysia.
Hari kedua, abang senior mencadangkan kami agar bergerak
sendiri tanpa ditemani oleh mereka. Ketika ke bandar memang mudah. Hanya tahan
Coaster di tepi jalan dan turun di stesen di bandar. Semasa balik kami
naiki Coaster di tempat yang sama. Timbul masalah.
Setelah Coaster bergerak, Pembantu pemandu mengutip tambang.
“Swieleh” Kawan saya dengan yakin menyebut destinasi
kami sambil menunjukkan isyarat 3 jari. Kami bertiga. Tapi dengan pelat Malaysia.
“Eish… Weiu truhhh”
(Apa.. nak pergi mana). Pembantu itu
bertanya kembali sambil mengerutkank keningnya…
“Sweileh…” Kawan saya tadi menyebut dengan kuat
sehingga suara didengari seluruh penumpang.
“Tarkab coaster ghalat.. hai Coaster
mu ila makan taqul..” (Kami silap naik coaster ni. Coaster ini tidak pergi tempat kamu tu cakap tu). Pembantu
tadi menunjukkan muka terkejut.
Kami bertiga berpandangan sesama sendiri. Cuak. Ahhh.. sudah.. salah naik
coaster ke..
Melihat keadaan itu ada seorang Arab mencelah…
“Hadhulaa truh ila Sweileh” Kali ini dengan sebutan Arab yang tepat. Lain bunyinya dari apa yang
disebut oleh kawan saya tadi.
Arab itu menegur kami
dan menerangkan bahawa apa yang kawan sebut tadi bunyinya macam huruf ‘SIIN’
sedangkan perkataan Sweileh bermula
dengan huruf ‘SOOD’. Bezanya amat ketara bagi orang Arab. Jadi apa yang kami
sebut tadi tidak difahami oleh penutur Arab.
Hari itu kami belajar
sesuatu pentingnya sebutan huruf arab. Bagi kami orang Malaysia perbezaan hurf tak banyak beza. Banyak huruf Arab bunyinya hampir sama seperti huruh ‘SIIN
dan SOOD’ “HA simpul dan HA pedas” lagi susah mahu dibezakan. Begitu juga
dengan sebutan huruf ‘ZAL, ZAI dan ZOAA’
. Orang melayu menyebutnya hampir sama
bunyinya.
Perkataan ‘Sooleh’ disebut sebagai SALEH. Perkataan ZOHOR disebut dengan huruf ZAI. Seolah
huruf ZOA tak ada dalam bunyi Melayu. Itulah dilema pelajar Malaysia yang belajar
Arab. Hatta guru guru mengajar bahasa Arab pun kurang memberi penenakan tentang
sebutan bunyi ini. Hanya sekadar tahu terjemahan saja.
Antara dapatan kajian saya ialah ramai pelajar menyatakan bahawa apabila mereka
bercakap dengan orang Arab, tutur mereka tidak difahami menyebabkan mereka
merasa gerun dan malu untuk bertutur
dengan orang Arab. Mereka akan takut dan seboleh bolehnya mengelak untuk
bertutur dengan orang Arab.
Apa yang saya perhatikan ialah ramai kalangan guru bahasa Arab
tidak memberi penekanan tentang sebutan bunyi . Sedangkan ianya sudah termaktub
dalam sukatan. Inilah antara puncanya.
Ramai yang mengajar bahasa Arab
hanya untuk membaca dan menulis seterusnya lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Bahasa Arab bukannya di ajar untuk kemahiran mendengar dan bertutur.
Ini antara yang perlu kita sama-sama baiki. Itu adalah
amanah sebagai guru bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment