Selepas solat zohor di masjid Bilal bin Rabah, saya dan rakan-rakan berehat dibahagian belakang masjid sementara menunggu kuliah seterusnya sebelah petang. Masjid Bilal bin Rabah ini terletak di tengah kawasan Universiti al Albayt bersebelahan bangunan pentadbiran. Ianya agak jauh dari dewan kuliah.
Masjid ini menjadi
tempat kami berehat pada waktu zohor atau asar usai kuliah atau menunggu waktu menunggu kuliah seterusnya. Menjadi budaya di sini walaupun solat berjamaah bersama imam rasmi sudah selesai,
solat jamaah lain akan dimulai semula secara berganti ganti dan adakala
bersambung-sambung sehingga ke bahagian belakang masjid.
Hari itu, waktu Zohor sudah agak lewat. Beberapa siri solat
jamaah sudah selesai. Tiada lagi jemaah baru yang ada. Tiba-tiba saya lihat Dr Abdul
Qadir al Saadiy masuk ke masjid. Dia memandang kiri dan kanan mungkin mencari
jemaah solat yang dia dia boleh ikuti. Namun tiada. Semua
orang yang ada di masjid sudah solat.
Tiba tiba dia datang ke arah saya dan mempelawa
untuk solat bersamanya.
“Abdullah, taal solli ma’ei” ( Abdullah, mari solat bersama saya)
“Sollaitu, alhamdulillah” (Saya sudah solat) Saya menjawab
sambil tersenyum.
“Halla tusaaidani ala solat al jamaah wa ahsul al ajr!”
(Bolehlah awak bantu saya untuk solat berjamaah dan dapat pahala!)
Mendengar kata-kata itu saya terus sanggup dan bangun untuk solat bersama Dr Abdul Qadir. Saya
berdiri disebelahnya sebagai makmum sehinggalah
ke rakaat ke tiga barulah ada jamaah lain datang solat besama kami.
Hari ini saya dapat satu ilmu yang baru . Boleh solat kali
kedua dengan tujuan untuk membantu atau
memberi peluang orang lain untuk dapat pahala solat berjamaah. Saya bertanyakan tentang keadaan ini kepada
Dr Abdul Qadir. Dia memberitahu saya bahawa solat saya kali kedua itu dapat pahala sunat kerana solat yang pertama dikira sebagai melunaskan wajib. Itu antara pelauang dan cara untuk mendapat
pahala lebih.
Ia termasuk dalam bab sadaqah kerana ada hadis yang menyebut tetang solat kali kedua ini.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ:
جَاءَ رَجُلٌ وَقَدْ صَلَّى رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: مَنْ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا
فَيُصَلِّيَ مَعَهُ؟ فَقَامَ رَجُلٌ فَصَلَّى مَعَهُ.
Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA berkata:
“Datang seorang lelaki (ke masjid) setelah Rasulullah ﷺ selesai solat. Lalu Baginda bersabda: Siapakah yang mahu
bersedekah kepada lelaki ini dengan menemaninya solat? Maka berdirilah
seorang lelaki lalu solat bersamanya.”
Dr Abdul Qadir menyambung nasihatnya lagi…
“Jika kita melihat seseorang yang mencari orang lain
untuk solat bersama untuk berjamaah, amat lah baik kita bantu dia. Sudah pasti membantu orang lain dapat pahala jamaah adalah amalan baik yang berhak dapat pahala.”
“tidak timbul lah isu mempermaikan solat kerana solat wajib dua kali”
Itulah antara inti perbualan saya dengan Dr Abdul Qadir al
Saadiy. Mulai hari itu banyak kali saya
mengamalkan solat kali kedua ini semata-mata ingin mengambil peluang untuk
mendapat pahala. Beberapa kali juga saya meminta pelajar atau adik saya solat bersama saya walaupaun mereka telah solat. Banyak kali juga saya solat kali kedua
semata-mata ingin membantu orang lain.
Alangkah indahnya ajaran Islam. Membuka peluang untuk saling untuk membantu dan prihatin terhadap saudaranya agar dapat hasil yang
lebih baik dalam kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama prihatin tentang
hal ini dan jadikan ia sebagai budaya kita
seharian.
No comments:
Post a Comment