Surau Taman Fajar semakin makmur dengan jemaah solat selepas saya dan geng ustaz di Taman Fajar membuat kempen solat jemaah di Surau. Ini adalah hasil dari program tadarus mingguan atau atau usrah yang kami jalankan setiap minggu.
Saya telah membantu membuat jadual kuliah setiap malam dengan penggiliran ustaz ahli usrah kami. Alhamdulillah setiap malam dipenuhi dengan majlis ilmu. Saya banyak mengambil jadual kuliah subuh. Kerana ianya ringkas sekadar kurang dari lima minit setiap pagi mengulas petikan ayat al Quran dan juga hadis pilihan.
Antara tema utama
yang saya bawa ialah "Jagalah Allah, nescaya Allah akan
menjagamu" berdasarkan hadis nabi :
احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللَّهَ
تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
"Jagalah Allah, nescaya Dia akan
menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu..."
Ia bermaksud menjaga perintah-perintah Allah, menjauhi
larangan-Nya, dan sentiasa taat kepada-Nya. Bila seseorang menjaga hubungannya
dengan Allah, maka Allah akan menjaga dirinya — sama ada dari segi agama,
dunia, keselamatan, dan sebagainya.
Jika menekankan kepada para
jemaah bahawa jika kita semua menjaga
perintah Allah sebagai contoh menjaga solat jamaah di masjid
dan menjaga diri dan keluarga agar patuh perintah Allah dan tinggalkan
larangannya. Ini adalah langkah utama menjaga hubungan dengan Allah. Apabila istiqamah
begini Allah akan menjaga kita dari
semua aspek kehidupan sepertima iman, hidayah keselamatan kita keluarga dan harta.
Alhamdulillah kempen ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada
parah jemaah. Jamaah surau semakin bertambah. Kempen saya adalah mudah. Setiap
orang kempen seorang lagi untuk hadir solat berjemaah di surau. Jika dirumah
ada anak, adik beradi, ayah dan sebagainya bawa mereka ke masjid. Jika tiada
boleh kempen jiran atau kawan untuk
datang solat ke masjid sama-sama.
“Alhamdulillah. Semakin ramai surah jemaah surau kita ya ustaz. Seronok
melihatnya.”
Luah Haji Jaidin, bilal Surau kami satu hari.
“Ya. Ini adalah berkat kerjasama
kita semua. Jika semua berkerja
jalankan amar makruf nahi mungkar pastinya ada perubahan.” Ulas saya .
“Insya Allah Allah jaga komuniti kita penduduk Taman Fajar ini.”
No comments:
Post a Comment