Selepas motorsikal Ustaz Tuan Roslan juga dicuri, Ustaz Nasir dan Ustaz Kamaruddin pula bergilir datang mengambil saya di rumah untuk solat subuh di surau. Mereka bertegas mahu mengambil saya dirumah kerana rumah saya yang paling jauh di hujung Taman Fajar. Mereka bertugas bergilir mengambil Ustaz Roslan Juga walaupun rumahnya lebih dekat dengan surau berbanding dengan rumah saya.
Selepas kejadian curi kali kedua itu, kami para jamaah surah
Taman Fajar dan warga penduduk membuat hebahan agar semua warga penduduk lebih berhati-hati dan
mengambil langkah berjaga-jaga menjaga keselamatan rumah masing-masing.
Oleh kerana trend curi hanya hanya melibat motorsikal,
pemilik motorsikal terutama dari jenis
model Kriss perlu mengambil langkah keselematan yang ketat. Kami membuat kempen
ambil langkah keselamtan dan bertawakkal
pada Allah.
INi adalah pesan Rasulullah berdasarkan hadis “Ikat dulu
baru bertawakkal (Berserah pada Allah)”.
Satu hari ketika Rasulullah sedang memberi kuliah peringatan tiba datang seroang badwi duduk bersama di masjlis nabi. Rasulullah bertanya dimana
untanya. Badwi itu menjawab.
“Saya lepaskan ia bebas berjalan-jalan. Aku berserah pada
Allah untuk menjaganya.”
Mendengar jawapan badwi itu Rasulullah bersabda:
“Ikat dulu unta
kamu barulah berserah pada Allah.”
Rasulullah ingin mengajar
umatnya agar tidak silap memahami konsep tawakkal . Mungkin ramai menganggap
berserah kepada Allah semata-mata tanpa membuat apa usaha atau mengambil
langkah yang sepatutunya. Ibarat seorang
yang berserah kepada Allah tanpa bekerja dengan anggapan bawa jika berserah
pada Allah dengan yakin Allah akan memberi kepadanya dengan melalui pelbagai cara.
Walaupun terdapat perbezaan pandangan terhadap isu tawakkal ini, saya mengambil kefahaman
untuk berusaha dahulu baru berserah pada Allah. Dalam kes kecurian ini saya dan sahabat membuat kempen agar menjaga
keselamatan motorsikal.
Pemilik setiap motorsikal
perlu
1. Motorsikal perlu diletakkan dalam pagar rumah.
2. Pagar perlu dipastikan berkunci.
3. Motorsika juga perlu dikunci pemegangnya agar tidak boleh bergerak.
4. Tayar juga perlu dikunci agar tidak boleh bergerak.
Kempen
ini disebarkan kepada semua pemilik
motorsikal terutama yang berjenama Modenas Kriss kerana mungkin akan menjadi
tumpuan pencuri. Ramai golongan ustaz
memiliki motor jenis ini. Termasuk juga
ustaz bujang yang baru ditempatkan
di sekolah sekitar Sandakan.
Kempen
kami “KUNCI DULU MOTORSIKAL KEMUDIAN SERAH PADA ALLAH”
Alhamdulillah
mereka ini juga beristiqamah dengan
solat berjamaah di surau. Seingat kami
mereka tinggal lebih dari lima orang dan semuanya memiliki motorsikal. Jika
hari minggu jumlah motorsikal semakin
banyak apabila rakan rakan guru dari pedalaman menumpang tidur. Jadi kami menasihati mereka agar lebih
berhati-hati agar tidak menjadi perhatian pencuri.
Kami
juga melakukan solat hajat di surau agar Taman kami selamat dan kes kecurian tidak berlaku lagi. Saya
sebagaimana biasa menekannkan bahawa kita mesti menjaga semua perintah Allah termasuk
solat lima waktu dan paling baik solat berjamaah di masjid bagi golongan
lelaki. Mungkin dengan cara ini Allah akan menjaga keselamatan kita termasuk hartabenda. Allah
yang menentukan segalanya. Kami
menjalani kehidupan seperti biasa . Namun apa yang saya perhatikan ialah
apabila berlaku kes kecurian begini solat jemaah di surau semakin meriah. Semakin
ramai yang datang ke surau.
Alhamdulillah
kempen kami berjaya.
No comments:
Post a Comment