Monday, July 13, 2020

Aceh Siri 5: Gua Sarang


5 Febuari 2019  Selasa

Selepas usrah, bersantai di pantai dan sarapan pagi, kami semua bersiap sedia memulakan aktiviti kami hari ni yang padat. Yasir dan rakannya sudah sampai dengan dua Kijang untuk perjalanan kami hari ni. Kami telah menyewa dua Innova (Kijang) Yasir dan rakannya sepanjang 2 hari di Pulau Sabang dengan kos sewa 3.4 Juta rupiah bersamaan dengan lebih kurang RM1008. Ini bermakna sewa sebuah Kijang sehari bersama pemandu RM250 masih berbaloi kerana mereka akan membawa kita kemana sahaja tempat menarik di Pulau Sabang.
Kijang Yasir sudah siap sedia jam 8.30pagi

Yasir dan kawan juga berperanan sebagai pemandu pelancong bercerita tentang secara dan tempat-tempat menarik yang dilawati. Malah dia juga menguruskan segala urusan sewa bot dan juga tempat makan.

Jam 8.30 pagi Yasir dan rakannya telah tiba ke Panorama Suelako bersedia membawa kami Pulau Sarang, Pulau Rubiah dan destinasi terakhir di Kilometer Zero untuk menyaksikan matahari terbenam.

Gua Sarang ini adalah merupakan sebuah gua tempat burung walit (layang-layang) membuat sarang. Pada asalnya ia menjadi tumpuan pemburu sarang burung walit sebagai punca rezeki. Namun oleh kerana  gua ini yang unik dan terletak di pinggir teluk yang airnya sangat jernih. Malah pemandangan yang indah dari puncak bukit telah mengubah gua sarang sebagai tempat destinasi pelancongan yang menjadi destinasi wajib mereka yang sampai ke Pulau Sabang.

Di pintu masuk ke Gua Sarang

Perlu turun jauh ke bawah
Setelah sampai ke Gua Sarang, Yasir meminta kami tunggu dulu sebelum masuk. Rupanya dia telah berbincang awal-awal dengan kaunter tiket untuk memberi diskaun kepada kami. Kami hanya perlu membayar 50 ribu rupiah untuk 18 orang bersamaan RM15 untuk masuk ke kawasan gua sarang tersebut. Kalau tak salah ingatan harga tiket untuk seorang adalah 5 ribu rupiah seorang. Terima kasih Yasir.

Pemandangan dari atas
Pemandangan dari atas amat indah dengan pemandangan pulau dan air laut yang jernih. terdapat tempat khas untuk mengambil gambar dengan buaian dan juga bangku. Terdapat juga pokok besar yang mempunyai pelantar diatasnya amat sesuai sebagai tempat untuk bergambar. Tetapi ia dengan bayaran khas 50 ribu rupiah sekali naik! ambil gambar kat bawah saja lah.
Pemandangan sebenar lebih indah dari gambar

Gambar orang lain cantik


Gua sarang terletak di bawah bukit dan perlu turun melebihi 300 ratus anak tangga kalau tak salah kiraan. Agak tinggi juga dan mencabar bagi sesiapa yang mempunyai masalah lutut. Semua turun kebawah kecuali Ummi, Fatanah dan Saiful. Di bawah ada ditawarkan perkhidmatan bot kecil masuk ke dalam gua sarang dari arah laut.


Air yang jernih






Yasir telah membawa kami melalaui pinggir pantai berbatu untuk kegua sarang. Lalaun agar merbahaya juga dengan batuan yang besar dan licin. Namun apa bila sampai keletihan terubat. Pemandangan amat cantik. Mahasuci Allah yang telah menciptakan alam ini. Air yang begitu jernih ibarat kaca dihiasi dengan batuan kecil amat mengujakan.
Bersama Yasir 

Bergambar di hadapan Gua Sarang
Setelah mengambil peluang mengabadikan gambar-gambar dengan pelbagai gaya dan posisi kami bergerak keluar dari gua sarang. Yasir dengan baik hati mendukung Inas keluar bila melihat saya hanya memimpin Inas agar berjalan sendiri melalui celah-celah batu. Bukan tak mahu dukung, cuma tidak biasa untuk berjalan dicelahan batu yang dengan selipar kerana teringat untuk turun kelaut nanti.

Dari atas Gua Sarang

Bersama Muaz
Semua gigih dan bersemangat







Sesungguhnya alam ciptaan Allah ini sungguh indah.

No comments: