Saturday, July 11, 2020

Aceh siri 2: Pulau Sabang tuggu kami datang!

4 Febuari 2019 : Isnin

Kami bertolak dari rumah ke KLIA2 pada jam 10 pagi. Kami memilih untuk memakir kereta di Go Park KLIA kerana tak ingin menyusahkan orang lain untuk menghantar kami ke KLIA2 dan mengambil kami ketika pulang nanti. Harga parking juga amat munasabah dan boleh dikatakan amat murah berbanding kami mengambil teksi atau grab ke KLIA2 dan ketika pulang nanti. Kos parkir kereta tanpa bumbung RM20 sehari dan berbumbung RM25.  Saya membayar kos parkir Starex kami ialah RM125 untuk 4 hari setengah termasuk cukai. Go Park KLIA ini menggunakan kemudahan parking hotel Movenpic yang terletak berhampiran Masjid KLIA. Kemudian kami semua  dihantar dengan van shuttle ke KLIA2. Kemudian mereka akan mengambil kami semula ketika sampai nanti berdasar jadual yang telah diberikan. Anda boleh membuat tempahan untuk memakir kereta di Go Park dengan melayari laman web https://www.goparkklia.com/ 




Menaiki Shuttle dari Go Park KLIA ke KLIA2

Oleh kerana kami telah siap membuat daftar masuk atas talian dan telah siap mencetak boarding pass kami tidak tergesa-gesa untuk masuk. Setiap orang membawa beg tarik masing yang tidak lebih 7kg. Penerbangan kami ke Banda Aceh dengan AK421 pada jam 2.10pm tetapi Jam 12.30 kami dah mula masuk untuk menyelesaikan urusan imigresen dan pemeriksaan keselamatan. 
Bergambar sebelum masuk. Terim kasih Cik Jah dan Ammu Man bersama kami di KLIA2



Sebenarnya perjalan kami hari ini amat bergantung kepada ketepatan masa penerbangan dan urusan di bandara (bandar udara) di Aceh nanti.  Kami perlu mengejar kapal ekspress ke Pulau Sabang pada jam 4 ptg waktu indonesia. Penerbangan kami akan berlepas jam 2.10 waktu malaysia dan akan tiba di Banda Aceh pada jam 2.40 petang waktu tempatan. Tempoh penerbangan dianggarkan 1 jam 30minit dan perbezaan waktu di Aceh awal sejam dari Malaysia.



Hana amat seronok kali pertama kali pertama berpeluang naik kapal terbang

Alhamdulillah Ummi akan bercuti bersama kami





Cik Su yang akan mengasuh anak saudara

Sumayyah makan apa tu?


Alhamdulillah tepat jam 2.40pm waktu tempatan di Bandara Sultan Iskandar Muda Aceh. Kami bergegas turun agar dapat beratur di depan masa imigresen nanti. Ummi yang menggunakan kerusi roda keluar melalui belalai udara. Manakala kami memilih untuk turun menggunakan tangga kerana ingin melihat suasana bandara lebih dekat dan yang penting dapat bergambar dengan kapal terbang.






Di Aceh saya telah mengambil perkhidmatan Uncle Bob untuk menguruskan perjalanan kami. Beliau akan mengambil kami di Bandara dengan 2 buah kijang (innova). Seterusnya akan membawa kami ke Pelabuhan Uleh Lheue untuk menaiki kapal ekspress ke Pulau Sabang. Beliau mencadangkan untuk membuat tempahan tiket feri dahulu tanpa membuat bayaran kerana bimbang kami terlewat dan terlepas feri. Saya telah siap memberi semua senarai butiran penumpang untuk memudahkan urusan pembelian tiket. Sejam sebelum berlepas saya mendapat mesej dari Bob bahawa rakannya Jalil dan Rolies akan menunggu kami di Bandara. Bob akan menunggu di jeti untuk menguruskan tiket feri.



Butiran penumpang yang dihantar kepada Bob untuk tempahan tiket feri Ekspress ke Pulau Sabang

Muaz bersama Uncle Bob



Alhamdulilah, perjalanan kami berjalan lancar dan kami sampai di bandara sebagaimana yang dijadualkan. Cuma berlaku sedikit insiden ketika urusan imigresen terdapat seorang pelawat mengambil  gambar selfie sambil beratur untuk mengecop paspot. Ini menyebabkan sedikit kekalutan bila pengawal keselamatan bandara merampas kamera dan meminta pelawat tersebut menghapuskan gambar serta merta. Keributan ini menyebabkan urusan terhenti seketika. Berpeluh juga kami menunggu bimbang kami terlepas kapal. Hotel kami di Pulau Sabang sudah siap dibayar. Kalau terlepas kapal banyak perjalanan asal akan berubah. Di luar banda, Jalil dan Rolies rakan Bob sudah menunggu dengan memegang kertas “Famili Abdullah”.





.

Kami semua terus bergegas menaiki kijang menuju ke pelabuhan Ule Lheue. Setelah kami mula bergerak Jalil telah menghubungi Bob untuk membeli tiket untuk kami 18 orang. 5 minit sebelum sebelum jam 4 kami sampai ke Jeti. Alhamdulillah penumpang masih lagi beratur menaiki feri.  Terima kasih Bob yang mengatur perjalanan kami. Hati cukup lega bila kami sudah mendapat tempat duduk dalam feri. Jika anda ingin ke Aceh bolehlah menggunakan perkhidmatan saudara Bob di talian +62 852-7786-0030.

No comments: