Alhamdulillah,
dengan bantuan Bob, kami dapat mendapat
tempat dalam kapal Ekspress Bahari ke Pulau Sabang. Kami sampai ke
Pelabuhan Ulee Lheue ketika penumpang sedang menaiki kapal. Terdapat dua
pilihan untuk ke Pulau Sabang iaitu dengan kapal cepat atau kapal lambat. Kami
memilih kapal cepat agar lebih selesa dan mempunyai tempat duduk khas berbanding
kapal lambat yang tempat duduknya adalah bebas. Melalui cerita Bob, kerusi atas kapal lambat sentiasa tidak mencukupi dan penumpang terpaksa duduk
di mana sahaja yang sesuai. Kapal lambat ni macam feri ditempat kita kerana dimuatkan dengan kereta dan barang-barang.
Alhamdulillah, tempat duduk kami semua berdekatan tak perlu menukar tempat duduk dengan penumpang lain. Ramai
yang tertidur keletihan di kerusi masing-masing. Kebetulan kami berada di bahagian belakang dek B yang mempunyai akses ke bahagian dek belakang kapal.
Kami mengambil peluang untuk menghirup angin laut Aceh. Dalam beberapa minit
saja Pelabuhan Ulee Lheue sudah semakin jauh ditinggalkan semakin hilang
dari pandangan.
Kos tiket
Kapal cepat untuk penumpang dewasa 100 ribu rupiah seorang. Bob telah
membeli tiket pergi balik untuk memudahkan urusan ketika pulang nanti. Jumlah
semua ialah 2.5 Juta Rupiah untuk 18 orang termasuk bayi iaitu sekitar RM700. Selepas satu
jam setengah perjalanan merentas laut kami tiba di pelabuhan Balohan, Pulau Sabang.
Kami disapa oleh seorang pemuda hitam manis.
“ Ini Bapak
Abdullah kan? Saya Yasir, supir yang akan berkhidmat untuk sekeluarga sepanjang
libur di Sabang. Tadi Bob sudah kirim gambar bapak sekeluarga semasa di
pelabuhan sana”. Sambil menunjukkan gambar saya di hensetnya.
Saya
memberitahu Yasir bahawa kami belum solat Zohor dan Asar dan perlu segera ke tempat
penginapan.
“Satu jam juga perjalanan ke Iboih. Panorama Suelako tu selepas pekan Iboih, tapi ianya sudah tidak jauh. Ayuh saya angkatkan
bagasi bapak”.
Tanpa
berlengah lengah lagi kami terus bergerak ke Iboih yang jaraknya 30km dari
Pelabuhan Balohan. Perjalanan ke Iboih merentas jalan berbukit yang sempit dan
hampir 70 peratus perjalanan merentas hutan. Agak menakutkan juga dengan
suasana yang semakin gelap. Saya telah membuat tempahan Panorama Seulako ini
melalui Booking.com selepas membaca beberapa ulasan pengunjung.
Saya telah menempah 5 bilik untuk untuk dua malam termasuk makan pagi gratis dari Panorama Seulako dengan bayaran Rp 3.6 juta sekitar RM1070.
Saya telah menempah 5 bilik untuk untuk dua malam termasuk makan pagi gratis dari Panorama Seulako dengan bayaran Rp 3.6 juta sekitar RM1070.
Kami sampai
ke Panorama hampir jam 7 petang waktu malaysia dalam setengah jam sebelum masuk
waktu maghrib. Kami disambut oleh Ihsan pengurus Panorama Seulako, lantas
beliau membawa kami kebilik yang telah disediakan. Alhamdulillah, biliknya luas
dan selesa. Halamannya luas dan mempunyai ruang pantai sendiri. Selepas solat
Solat Zohor dan Asar Jamak taa’khir masih ada waktu 15 minit sebelum maghrib
masih lagi sempat untuk ketepi pantai berehat melihat matahari jatuh.
Sempat bergambar sebelum masuk bilik
Saya
bertanya Ihsan tentang makan malam. Mengikut ulasan pengunjung dalam
booking.com tetamu sebelum ini mengatakan bahawa terdapat tukang masak yang
menyediakan makanan secara alakat untuk makan tengah hari dan malam. Tapi Ihsan mengatakan dia
tidak lagi menyediakan khidmat itu dan menawarkan diri untuk membeli
makanan untuk kami. Kami memesan ikan bakar besar, ayam goreng, cumi-cumi goreng dan
sayur untuk 14 orang makan. Kami makan dengan berselera sekali kerana
masakannya kena dengan selera kami atau mungkin kerana kelaparan. Ikan bakar yang bersaiz besar melebihi 2kg itu hampir
tidak mampu dihabiskan.
Lupa nama ikan ni tapi ikan segar amat sedap kena pula dengan pencicah kicap ala Aceh
Tengok Saiz ikan tu.. Harganya 750 ribu
No comments:
Post a Comment