Sunday, January 05, 2025

SYIRIA 7 : AIR MINUM PERCUMA SETIAP RUMAH


 Usai makan malam , saya menawarkan diri untuk membasuh talam dan juga perlatan makan yang lain. Saya mengemas talam dan beberapa bekas makanan yang lain.  Kemudian mengangagkatnya ke sinki di  dapur. Terdengar suara Ustaz Solahuddin memberi tahu saya. 

“Jangan Juga paip sebelah kanan. Guna paip sebelah kiri. Paip sebelah kanan tu untuk air minum dan yang sebelah kiri  untuk kegunaan lain”.

Oh begitu. Baguslah ya ada paip air  bersih untuk minum. Tak ada di Jordan. Di Malaysia pun tak ada”. Saya memuji kelebihan air percuma ini setelah melihat ada dua paip berbeza di sinki dapur.

Bagusnya negara Syiria ini. Walaupun  keadaan dan suasananya yang dlihat mundur berbanding negara lain, antaranya ialah  air bersih di agih percuma kepada rakyat. Mengikut Ustaz Solah Semua rumah dibekalkan paip air mineral percuma. Tidak perlu dimasak dan boleh minum terus begitu sahaja. Tidak perlu risau katanya. Tapi kalau nak buat air teh atau air kopi kena panaskan juga lah.

Negara Syiria ini   mengamalkan prinsip sosialis dalam pentadbirannya berbeza dengan Negara kita Malaysia dan juga Negara Jordan yang  Demokratik kapitalis.   Antara ciri negara Syiria ialah Pemilikan syarikat adalah milik negara, Semua pembangungan ekonomi  di bawah  tanggungjawab kerajaan tanpa perana dari pihak swasta.  Negara juga mengutamakan kebajikan rakyat dengan memberi perkhidmatan  pendidikan, kesihatan dan  kemudahan lan termasuk lah air mineral percuma. Apa yang tidak seronok ialah orang awam tidak boleh memiliki kekayaan dan harta boleh di rampas.

Saya dan rakan-rakan mencuba minum air mineral  percuma syiria.

“ya.. macam air Ghadir kat Jordan lah. Kat Mafraq kita beli air ini setengah dinar satu botol besar. Kat sini percuma ja”. Yusof memberi komen.

Sumber air percuma di sediakan di beberapa tempat di dalam Kota lama ini. Tempat khas untuk ambil air bagi rumah yang tiada sumber air. Perkhidmatan ini terlah disediakan temurun temurun lagi.

DI Syiria  serba serbi murah kata Ust Solahddin rumah   yang dia sewa ini hanya 1500 lira sahaja sebulan. Rumah klasik ini di tengah kota lama Damsyik dikelilingi oleh  banyak kemudahan.  Nilai sewa adalah sekitar RM150 sebulan adalah amat murah berbanding  di kawasan lain yang boleh mencecah 4000 lira.

Mengikut cerita Ustaz Solah, rata-rata rakyat syiria  miskin dan bergantung kepada susidi kerajaan. Kalau  untuk keperluan asas kehidupan telah disediakan oleh kerajaan. Banyak perkara baru yang kami dapat tahu dari Ustaz Solah berbanding keadaan kehidupan di Jordan.

Insya Allah pagi esok kami meneroka Kota lama  Damsyik dan melawat tempat- tempat penting seperi Masjid Umayyah dan juga pasar Hamidiyah yang terkenal.


No comments: