“Saya nak pergi ziarah kawan-kawan Jordan kami yang sedang bertalaqqi kitab di sini”. Saya memberi tahu Ustaz Solahuddin.
“Boleh . Nanti malam kita pergi. Ana tahu mereka tu tinggal tak jauh dari sini. Tapi kena pergi dengan teksi juga”. Ustaz Solahuddin bersetuju membawa kami menziarahi rakan kami dari Universiti al Bayt yang sedang mengabiskan cuti semester menadah kitab dengan ulamak-ulamak di Syiria.
Mereka ini amat rajin belajar. Bila cuti semester akan merancang untuk mencari ulamak
untuk menuntut pelbagai ilmu. Kali ini mereka
datang ke Syiria menyewa rumah dalam tempoh sebulan untuk menuntut ilmu
dengan pelbagai ulamak sekitar Damsyik.
Mereka ini seingat saya ialah
Bakri, Nik Malik, Ahmad Hafizullah, Abdul Aziz Hakim dan beberapa orang
lagi .
Kami menaiki teksi ke
satu kawasan yang saya tidak pasti di mana. Ustaz Solahuddin yang bahawa kami.
Dia sudah tahu tentang maklumat rumah sewa rakan kami kerana ianya telah
diuruskan oleh rakan Ustaz Solahuddin sebelum ini. Pelajar Malaysia tidak ramai
ketika itu. Semua urusan pelajar Malaysia diketahui oleh semua pelajar memelui
persatuan.
“Kita solat Isyak di masjid dulu kemudian baru ke rumah
mereka”. Cadang Ustaz Solahuddin.
Selepas wirid dan doa selepas solat isyak kami berjalan kaki kerumah mereka yang tidak jauh
dari masjid. Amalan wirid dan doa secara berjamaah ini di Syiria ini sama
dengan Malaysia. Berbeza di Jordan wirid
dan doa dilakukan secara individu.
Keadaan ini mengimbau kembali suasana wirid dan doa di Malaysia. Amat menarik.
Kami sampai di satu bangunan yang agak besar dan menaiki
tangga ke tingkat satu bangunan tersebut. Sampai di satu rumah berpintu kayu
yang besar dan cantik, Ustaz Solahuddin mengetuk pintu dan memberi salam .
Alhamdulillah pintu terbuka dan Nik
Malik yang membuka pintu menyambut kami. Alhamdulillah mereka semua ada diruma sedang mengulangkaji kita yang akan
dipelajari esok hari. Malam ini mereka tiada kelas.
Kami di jemput masuk
dan mereka semua terkejut melihat kami dari Mafraq menziarahi mereka
tanpa notis.
“Eh enta datang juga
ke sini? Belajar kitab jugakah”?
Tanya Bakri.
“Aku bukan rajin
macam hangpa semua lah.. aku mari jalan-jalan ja makan angin”. Saya
menjawab sambil ketawa.
Tiba-tiba saya lihat Ustaz Solahuddin menanggalkan sesuatu dari dinding rumah .
Kemudian dia mengoyak kertas tersebut
menjadi cebisan kertas kecil sehingga hampir hancur dan membuangnya dalam
tong sampah.
“Siapa tulis ni. Kalau di ketahui oleh Mabahis (mata-mata) kamu semua boleh
ditangkap dan dipenjara kerana tulisan ini”. Kata Ustaz Solahuddin dengan
nada marah.
“Apa yang tertulis atas
kertas tadi”? Tanya Yusof
kepada Ustaz Solahuddin.
Rupanya apa yang tertulis
atas kertas tadi ialah petikan kata-kata Syeikh Hassan al Banna, mursyid Jamaah
Ikhwan al Muslimin satu jemaah dakwah yang tersohor dari Mesir. Kata-kata
tersebut adalah:
"اِجْتَهِدْ
أَنْ تَتَكَلَّمَ العَرَبِيَّةَ الفُصْحَى فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ شَعَائِرِ
الإِسْلَامِ"
"Berusahalah
untuk bertutur dalam bahasa Arab fusahah kerana itu adalah salah satu syiar
Islam."
Petikan kata-kata ini
sememangnya menjadi satu moto kami di Jordan. Moto ini adalah satu inspirasi
untuk kami sebagai pelajar kuliah bahasa Arab untuk berusaha menguasai bahasa
Arab. Masyarakat Arab sekeliling rata-rata bertutur dalam loghat tempatan. Jadi
kami terpaksa berpegang dengan prinsip ini untuk bertutur seharian walaupun
sentiasa menjadi bahan ketawa kepada Arab.
Rupanya-rupanya di
Syiria ini apa saja yang ada kaitan dengan Jamaah Ikhwan al Muslimin adalah
berbahaya dan boleh mengundang padah kepada sesiapa yang ada kaitan dengannya.
Ustazah menasihati kami agar sentiasa berhati-hati dalam semua perkara. Suasana
di Syiria amat berbeza dari Jordan yang lebih terbuka.
Di Syiria apa saja
kaitan dengan Jamaah Ikhwan al Muslimin adalah merupakan satu kesalahan yang
besar yang boleh kenakan tindakan dan hukuman nyawa. Sesiapa yang terkait akan
di tangkap dan dihukum bunuh. Bukan itu sahaja. Ahli keluarga dan jiran
sekeliling juga akan diheret sama dihukum atas alasan tidak membiarkan perkara
itu berlaku atau tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Jadi masyarakat syiria
amat berhati-hati dalam hal ini. Jika perbuatan rakan kami tadi dapat diketahui
oleh pihak berkuasa, bukan mereka sahaja akan dihukum malah tuan rumah dan
jiran-jiran juga akan terbabit. Allahul mustaan.
Rakan-rakan kami mengucapkan
terima kasih kepada Ustaz Solahuddin atas nasihat tadi. Hati saya terdetik
“Oh.. hebatnya cabaran dan ujian yang dihadapi oleh masyarakat
Syiria untuk mengamalkan Islam”.
No comments:
Post a Comment