Di bandar Hama ini juga Ustaz Solahuddin membawa kami melawat beberapa kesan yang telah dihancurkan oleh Rejim Hafiz al Asad dalam serangan besar-besaran pada tahun 1982. Mengikut Ustaz Solahuddin seramai sekita 40 ribu orang terbunuh dalam serangan tersebut.
“Kesalahan mereka ialah kerana terdapat beberapa orang
penduduk yang terlibat dengan gerakan Ikhwan al Muslimin.”
“Di Syiria, berdasarkan undang-undang yang telah
diwartakan oleh rejim Hafiz al Asad bahawa sesiapa yang terlibat dengan gerakan
Ikhawan al Muslimin akan dihukum bunuh”.
“Apa yang terjadi di Hama, pihak rejim ini menghukum
semua penduduk kawasan tersebut dengan membuat serangan udara dan darat secara
besar besaran. Bayangkan mereka di bom dengan jet pejuang F16 dan juga juga
serangan darat dengan artileri dan kereta kebal.”
“Mereka di serang macam perang besar sedangkan mereka
adalah orang kampung yang tidak besenjata. Semua lapisan masyarakat dibunuh
tidak kira, tua, muda, wanita dan kanak-kanak.”
Panjang lebar Ustaz Solahuddin bercerita kepada kami. Dia
bercerita bila kawan kami si Mahmoud tadi telah beredar meninggalkan kami. Kami
risau jika dia adalah mata-mata gelap atau orang awam yang ingin mencari
peluang mencari habuan tambahan dengan memberi maklumat penting kepada
kerajaan.
Rejim Hafiz al Asad adalah rejim yang amat zalim. Boleh
dikatakan antara yang paling zalim di dunia ketika itu. Jika kesalahan atau
penentangan dilakukan oleh seorang saja dalam satu keluarga atau kampung. Satu
keluarga atau satu kampung akan dihukum bunuh.
Jika di negara Arab lain seperti Libya, Mesir, Iraq yang
terkenal dengan presiden autokratik kuku besi pun mereka hanya menangkap dan
menghukum individu yang salah itu sahaja. Manakala keluarga pesalah tidak akan
diusik. Paling teruk pun mereka hanya diugut. Berlainan dengan di Syiria, dimana
rejim Hafiz al Asad berpegang bahawa jika ada penentang atau pemberontak dalam
satu kawasan. Semua penduduk dikira bersalah kerana tidak menghalang dan
membiarkan timbulnya pemberontak.
Peristiwa di Hayy al Hader dan Hayy al Baroudiyyah di bandar
lama Hama menjadi punca trauma kepada rakyat Syiria. Tidak ada lagi kerajaan di
seluruh dunia yang sanggup membunuh rakyat sendiri sebegitu sekali. Hanya
berlaku di Syiria.
Oleh sebab tidak ada lagi pemberontakan dan penentangan
terhadap rejim selepas itu. Sesiapa yang memberi maklumat penentangan kepada
kerajaan akan diberi ganjaran yang lumayan. Dalam keadaan rata-rata masyarakat
Syiria yang amat miskin menjadikan maklumat sebegini adalah sebagai peluang
mendapat wang demi untuk hidup.
Kami melihat kawasan yang kawasan yang dihancurkan oleh rejim.
Memang bangunan dan kesan sengaja tidak dibaik pulih dan dibaiki semula.
Kerajaan membiarkan keadaan sebegitu sebagai penjaran kepada rakyatnya. Lagipun
siapa lagi yang akan membangunkan kawasan tersebut kerana mereka semua mati
dibunuh. Jika ada saudara mara diluar pun tidak akan mengaku sebagai waris
kerana mereka juga akan dikira bersalah.
Kesan bom amat jelas. Rumah-rumah hanya tinggal batu yang
runtuh. Masih ada tinggalan dinding yang masih belum runtuh sepenuhnya. Tidak
boleh gambarkan bagaimana keadaan yang berlaku pada masa itu.
Setelah hampir setengah jam dikawasan tersebut kamu beredar
berjalan ke stesen bas untuk bertolah ke Halab. Kami juga risau akan dicurigai kerana
melawat kawasan tersebut. Tak semena-mena kami pulak di kira salah melawat
kawasan Ikhwan al Muslimin.
Sambil berjalan Ustaz Solahuddin bercerita:
“Dr Said Ramadhan ketika ditanya oleh kami kenapa dia
lunak kerajaan Hafiz al Asad dan banyak memuji rejim ini sedangkan ianya sudah
jelas zalim. Jawapan Dr Said mudah saja. Itulah pertimbangan yang paling dengan
situasi di Syiria.”
“Dr Said ingin menyampaikan ilmu kepada rakyat Syiria
dengan membuat kuliah menulis kitab. Usaha ini akan kekal berterusan. Kitab dan
rakaman kuliah akan kekal walaupun seleas dia mati.”
“Dia juga ingin mewariskan pejuang islam melalui keturunannya
dari empat isterinya.”
“Pendirian ini memberi peluang untuk Dr Said menyampak
slot khas di TV Syiria setiap hari Jumaat. Dakwahnya sampai ke seluruh Syria”.
‘Jika dia menzahirkan penentangan dia, ahli keluarga dan
masyarakat kawasannya akan menerima nasib yang sama dengan penduduk Hama tadi.
Dihancurkan selumatnya seluruh keturunan.”
“Itu pendirian yang terbaik dan bijaksana setakat ini”.
Penerangan panjang lebar Ustaz Solahuddin tentang pendirian
Dr Said Ramadhan dan juga beberapa ulamak besar Syiria yang lain memberi satu ilmu
baru pada saya tentang fiqh semasa.
Alangkah tidak adilnya beberapa pihak yang sinis menuduh Dr
Said Ramadhan sebagai pengampu Hafiz al Asad.
Saya, Ustaz Solahudddin dan Yusof mengambil peluang melelapkan
mata bas dalam perjalanan kami ke bandar seterusnya iaitu Halab. Ustaz Farid
dan Ustaz Zahari telah bepisah dengan kami kerana mereka ingin menziarahi rakan
mereka di bandar lain.
Semoga Allah selamatkan kami sepanjang kami berada di
Syrian. Hanya itulah doa saya dalam hati ketika itu.
Boleh rujuk bacaan tambahan tentang Peristiwa berdarah di
Hama di pautan berikut
https://en.wikipedia.org/wiki/1982_Hama_massacre
No comments:
Post a Comment