Hari Jumaat kami merancang solat Jumaat di Masjid Syeikh Dr Said Ramadhan al Buthiy di Masjid al Ansariy. Kami pergi seawal jam 11 pagi kerana ingin mendengar kuliah yang disampaikan oleh beliau sebelum solat jumaat.
Kami mengambil sebuah teksi untuk ke masjid tersebut. Dalam
teksi kami berbual pelbagai cerita
dengan pemandu teksi. Satu ketika di persimpangan
lampu isyarat, oleh kerana kami ralit
bersembang tiba-tiba lampu isyarat bertukar merah.
Pemandu teksi membrekkan kereta dengan keras sekali sampai kami tertolak ke
depan. Kemudianya tiba-tiba dia mengundurkan keretanya sedikit dengan cepat
sekali.
“Eh kenapa Ammu undurkan kereta?” Saya bertanya
kehairanan sedangkan kami berhenti di
depan sekali dan tidak lah melebihi tiang lampu isyarat.
“Bahaya..! Tadi kita berhenti lebih garisan putih. Salah besar tu boleh kena ‘mukhalafah’ (saman).”
Terang pemandu sambil matanya melihat
kiri dan kanan seolah mencari sesuatu.
“Alhamdulillah. Tak ada polis. Kalau ada polis tadi pasti
aku kena denda. Aku kena masuk penjara”. Ujar pemandu teksi penuh
kelegaan.
“Kenapa pula kena masuk penjara?” Aku bertanya ingin pendapat
kepastian.
Pemandu teksi menerangkan dengan panjang lebar tentang undang-undang
di sana. Semua kesalahan tidak boleh di bayar dengan duit. Hampir semua
kesalahan adalah penjara. Kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu merah
hukumannya adalah penjara. Kesalahannya tadi kalau kedapatan oleh polis mungkin
dikenakan hukuman penjara satu hari.
“Teksi ini sebenarnya ada dua pemandu. Satu lagi pemandu
simapanan. Kalau saya kena penjara kerana kelasalah tadi nanti pemandu kedua
akan bawa teksi ini nanti. Begitulah kami bergilir. Kalau tidak teksi ini akan
banyak tersadai tiada pemandu. Rugilah”. Terang pemandu dengan panjang
lebar.
Memang pelik undang-undang di Syiria ni. Kesalahan penjara
ada juga dalam bentuk jam saja. Ada hukuman 10 jam . Ada yang separuh hari.
Biasanya sehari dua saja.
Rupanya Ustaz Solahuddin juga bekas banduan. Dia memberitahu
kami bahawa dia pun pernah masuk penjara atas kesalahan lewat memperbaharui visa. Kalau tak silap dia kena penjara sehari
semalam saja.
“Ana dilayan macam penjenayah. Kena rantai kaki dan
tangan masuk ke penjara. Macam kesalahan membunuh. Penjara pula bawah tanah”.
“Dalam penjara ana diletak sekali dengan pencuri, perompak dan macam-macam kesalahan
lain.”
“Boleh dikatakan hampir semua pelajar Malaysia pernah ada
pengalaman masuk penjara”.
“Kalau antum silap
tempat tukar duit tu boleh lah merasa
masuk penjara. Boleh lah merasai pengalaman masuk penjara”. Terang Ustaz
Solahuddin sambil bergurau.
Pemandu tadi juga bercerita bahawa hukuman begitu dibuat
kerana orang Syiria rata-rata miskin. Jadi kerajaan membuat hukuman begitu agar tidak perlu membayar denda yang mungkin kosnya
lebih tinggi. Mungkin saman kesalahan laggar lampu isyarat sama nilai dengan hasil 4
atau 5 hari bekerja. Kalau masuk penjara hanya sehari. Itu lebih
baik.
Memang pelik. Tapi itulah hakikatnya keadaan di Syiria. Diam -diam kami berdoa dalam
hati kami tidak tersilap langkah melakukan kesalahan
yang menyebabkan kami dapat pengalaman masuk penjara sepanjang kami berada di
Syiria ini. Banyak lagi destinasi yang kami hendak lawati di Syiria ini.
No comments:
Post a Comment