Hari pertama dan kedua di IKIP adalah hari suaikenal antara
kami dan juga para pengajar. Kami diagihkan kepada 4 kelas. Bilangan kami
Ketika itu seingat aku ialah sekitar 84 orang kesemuanya.
Antara satu slot yang aku masih ingat ialah sesi pengenalan diri. Setiap pelajar kena keluar kedepan untuk memperknalkan diri. Kalau tak sila aku yang uruskan slot ini laha Ust Hasnan. Dia telah memainkan lagu arab ‘Kalimaat’ dendangan Majdah al Roumi. Kami diberikan satu barang seingat aku macam balang gula-gula untuk digerakkan kepada semua pelajar. Jika lagu itu diberihentikan siap dan siapa yang sedang memegang balang tersebut akan keluar kedepan memperkenalkan diri.
Entah macammana aku yang Ketika itu duduk di bahagian
belakang agak ralit. Ketika balang itu dicampakkan keatas riba aku, aku tak
sempat untuk memberinya kepada orang sebelah dan tiba-tiba lagu itu berhenti.
Semua orang memang pada aku. Jadi terpaksalah aku keluar kehadapan dengan muka
poyo.
Ini lah kali pertama aku kena bercakap di depan ramai orang
di luar Kelantan. Sebelum ni aku tidak ada masalah bercakap di Kelantan sebab
mudah saja dengan loghat Kelantan. Aku tak pernah terdedah dengan Bahasa baku.
Yang aku tahu hanya loghat Kelantan.
Aku buka mulut bagi salam ja, aku dah dengar ada orang
gelak.. Pelik sangat ka Bahasa aku. Bila aku sebut :
“Saya dari Kampung Gertak Kechupu”. Tiba-tiba bingit
dewan kecil dengan gelak ketawa. Ramai yang ketawa terbahak-bahak. Ada yang
ketawa sampai berair mata. Teruk sangat. Aku hanya mampu tersenyum.
Aku terdengar ada suara bertanya.
“Apa dia itu gertak?”
“ Apa maksud Kechupu”.
Aku jawab soalan tu..
“Gertak tu maksud dia jambatan. Kechupu adalah sejenis buah.
Memang nama kampung saya Istimewa”.
Lepas itu semua orang mengenali aku. Nama kampung aku yang
Istimewa menyebab nama aku mudah di ingati.
Memang aku akui nama kampung aku memang unik. Si sekolah aku
pun aku dikenali kerana nama kampung Gertak Kechupu. Walaupun kampung aku ada
nama kedua yang baru diperkenalakan iatu
kampung Mentuan. . Namun aku lebih selesa menggunakan nama yang asal. Itulah
identiti sebenar kampung aku.
Aku bangga dengan Kampung Gertak Kechupu.
No comments:
Post a Comment