Itu antara tajuk utama dalam satu halaqah usrah saya bersama Dr Bahjat al Habasyineh. Selepas minum teh, sesi tawsiah dimulakan. Saya bersama beberapa pelajar lain dari pelbagai negara khusuk mendengar tawsiah dari Dr Bahjat.
“Sampaikan dakwah ini kepada rakan rakan, jiran jiran dan
juga orang sekeliling kita.”
“Jika mereka
muslim, sampaikan ilmu dan bimbingan
agar taqwa mereka lebih baik”
“Jika mereka belum Islam, sampaikan Islam kepada mereka.”
“Di akhirat nanti . Jika ditakdirkan kamu semua masuk syurga
Allah akan buka peluang kepada mereka ini semua untuk menyatakan tidak puas hati mereka kepeada kamu dan
membuat tuntutan.”
“Mungkin mereka akan tuntut dengan katanya.Ya Allah! Abdullah ni selalu ke masjid untuk solat
berjemaah. Tetapi dia tidak pernah mengajak saya ke masjid”.
Aduh… Dr Bahjat memetik nama saya pula…
‘Manakalah yang bukan Islam akan menuntut. Dia sudah lama
berkawan rapat dengan saya. Tetapi dia tidak pernah cerita pun tentang Islam. Dia
tidak dakwah saya kepada Islam.”
Dr Bahjat mengatakana bahawa kita semua perlu mengambil berat tentang ini. Kita perlu semua mencari jalan , menjana idea
bagaimanakah cara untuk menyampaikan dakwah Islam kepada sesiapa sahaja. Allah
telah menganugerahkan akal kepada kita. Gunalah sepenuhnya kebijaksanaan akal kita untuk mencari idea bagaimana sampaikan dakwah kepada masyarakat.
“Jangan kita
ananiah.. selfish.. hanya ingin selamatkan diri sendiri dari neraka dan
masuk syurga Allah. Sedangkan kita lupa kepada ahli keluarga, rakan, jiran terangga.
Adalah ini mukmin yang baik?”
Persoalan inilah yang sentiasa menjadi insipirasi saya dalam
kehidupan saya seharian.
Beliau mengupas panjang pesanan Allah :
وَلْتَكُن
مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebaikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang mungkar;
merekalah orang-orang yang berjaya." Surah Ali ‘Imran (3:104)
وَمَنْ
أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحًۭا وَقَالَ
إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah, beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang Islam." Surah Fussilat (41:33)
Rasulullah juga berpesan :
"بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً"
"Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat." (Riwayat al-Bukhari)
“Janganlah kamu rasa senang dan selesa dengan hidup kamu tanpa mengerjakan
dakwah. Buatlah apa saja untuk sampaikan dakwah Islam ini.”
“Gunakan pangkat
dan jawatan yang ada untuk kepentingan Islam. Itulah tugas kita sebagai hamba
Allah pewaris nabi.”
Saya masih ingat ketika
saya bertugas di sandakan. Pesanan ini mengahantui saja. Lalu saya membuat banyak
salinan CD yang mengimpunkan siri-siri
ceramah “Mengapa saya memilih Islam” oleh Saudara Ann Wan Seng, Muhammad
Fitri Abdullah, Sylvester Abdullah dan Saudara Ayub yang agak terkenal ketika itu.
CD itu semua saya agihkan kepada semua rakan guru bukan Islam di sekolah saya.
Alhamdulillah
mereka menerima dengan baik. Respon mereka amat positif dan ramai yang
mengucapkan terima kasih kepada saya kerana berkongsi maklumat. Mereka tidak pernah
marah atau bermasam muka dengan saya. Bahkan mereka semakin rapat dengan saya
walaupun mereka tidak juga kembali kepada fitrah. Namun saya berpuas hati. Bagi
saya itulah antara cara saya sampaikan
dakwah kepada mereka. Tanggujawab saya sudah selesai.
Semoga di akhirat
nanti mereka tidak mempersoalkan saya di hadapan Allah nanti.
No comments:
Post a Comment