Satu ketika di bulan Ramadan saya singgah di satu masjid dalam daerah Kuala Lipis dalam perjalanan dari Kelantan balik ke Kota Damansara. Saya singgah untuk solat Zohor dan jamak taqdim bersama Asar. Apabila sudah sampai ke masjid solat jemaah Zohor sudah selesai. Ketika itu saya ada anak kecil berumur 3 bulan yang perlu dijaga. Jadi saya bergilir dengan isteri saya untuk solat.
Isteri saya solat dahulu sementara saya menjaga anak kecil
saya di bawah anjung tepi masjid.
Sorang Lelaki dalam umur 60an menegur
saya apabila melihat saya mendukung bayi.
“Dari mana?”
“Dari Pasir Puteh.”
Kemudian kami berkenalan
dan berbual dengan lebih mesra bila sudah kenal antara satu sama lain. Dia
seronok bila mengetahui saya tinggal di
Kota Damansara. Katanya dulu dia juga
tinggal di sana semasa dia bekerja di Kuala Lumpur. Ketika itu Kawasan
itu dikenali sebagai Bandar Baru
Sungai Buloh belum lagi ditukar nama
dengan Kota Damansara yang lebih gah.
En Hashim seorang bekas jurutera yang telah bekerja di sebuah
syarikat perunding pembinaan yang terkenal di ibu kota ketika. Selepas bersara
dia balik kampung di Kuala Lipis mengusahakan ladang sawit keluarganya.
Perbualan kami melarat ke isu politik hingga ke isu kroni dan nepotisme. Memang perbincangan politik ketika
itu hangat dengan tuduhan kepada pemimpin
negara yang mengamalkan kronisme dan nepotisme.
“Dalam kita buat kerja atau melaksakan projek besar ni
perlu kepada team. Kita perlu kepada orang yang kita kenal. Orang yang pernah bersama kita dan memahami prinsip dan asas
perjuangan kita.”
“Ustaz ada pengalaman bekerja tak kat sekolah?”
“Ustaz cuba perhatikan. Contohnya
kelab guru mesti ada kat sekolah kan. Mana
lebih mudah bekerja dengan
ajk kawan rapat kita dengan ajk yang kita tidak kenal rapat?”
“Lebih lebih lagi jika ada projek besar yang nak dibuat.”
En Hashim juga
memberi contoh Rasulullah dan 4 khalifah selepas nabi. Khalifah pertama dan kedua Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar adalah mentua Nabi. Khalifah
ketiga dan keempat Saidina Usman dan Saidina Ali menantu Rasulullah. Cuma mereka dilantik bukan dipilih
dan diatur oleh Rasulullah.
Saya berhujah bahawa Rasulullah tidak boleh dikaitkan dengan kronisme
dan nepotisme kerana mereka semua tidak dilantik dan dipilih oleh
Rasulullah pun semunya dilantik berdasarkan persetujuan ramai.
Beliau bersetuju dengan pandangan saya. Cuma katanya tentang
asasnya begitulah yang ingin diberi tahu
oleh Allah kepada kita. Semua itu diatur
oleh Allah yang kita tidak boleh
tolak. Sesuatu perjuangan itu akan disambung oleh ahli keluarga dan
rakan terdekat yang memahami prinsip asal.
Cuma perkataan nepotisme itu
memberi keistimewaan dan peluang kepada ahli keluarga tanpa mengira merit
dan kelayakan. Manakala kronisme memberi
keistimewaan dan peluang kepada rakan baik tanpa mengira kelayakan
dan merit. Keduanya konsep ini tidak boleh dikaitkan dengan 4 khalifah tersebut kerana mereka dilantik keputusan majlis syura dan mereka layak
dari segi merit.
En Hashim bertegas mengatakan bahawa sejarah adalah guru terbaik kita dalam memberi
panduan dan pengalaman dalam organisasi
dan membuat keputusan. Jangan kita melampau dalam menolak konsep kepentingan
keluarga dan rakan baik dalam organisasi. Nanti terperangkap dengan
fakta sejarah. Lihatlah dalam tamadun lain pun
menceritakan hal yang sama.
Sedang rancak berbual isteri saya keluar dari masjid dan saya meminta izin dari en Hashim untuk solat.
Saya berterima kasih kepadanya kerana sudi berbual berkongsi pandangan tentang
politik dengan saya.
No comments:
Post a Comment