Saya dan rakan serumah, Nik Rafiq pernah dijemput untuk berbuka puasa oleh tuan rumah sewa kami di Mafraq. Bulan Ramadan di Jordan adalah satu pengalaman baru bagi kami yang banyak berbeza dari Malaysia.
Kami telah sampai kerumahnya setengah jam sebelum maghrib.
Tuan rumah Abu FIras dan seorang anak lelakinya menyambut kami dan mengalu-alukan
kami masuk.
“Tafadhdhal.. Ahlan wasahlan”…
(Silakan.. Selamat datang)
Oleh kerana bulan
Ramadan, kami tidak disambut dengan Qahwah saadah (Kopi pahit tanpa gula) yang
biasanya dihidangkan kepada tetamu sejurus selepas duduk. Kami hanya bertanya
khabar tentang keluarga dan juga bertukar-tukar cerita.
Lebih kurang 5 minit
sebelum berbuka anak lelakinya masuk kedapur dan mengeluarkan dua talam nasi. Satu talam di letak di hadapan saya dan Rafiq.
Wah nasi penuh talam dengan 2 ekor ayam diatasnya. Saya tak pasti apa jenis masakannya. Ia
berwarna kemerah merahan. Sekali imbas
seperti ayam panggang. Nasi tersebut dihias dengan bawang besar dimayang nipis. Amat menyelerakan.
Kami terkejut kerana satu talam untuk kami berdua sahaja .
Manakala talam satu lagi untuk tuan rumah dan anaknya hanya ada satu ekor ayam
sahaja. Saya bertanyakan kepada tuan rumah.
“Adakah ini untuk saya berdua saja?”
“Kenapa talam tuan
hanya ada satu ekor ayam, sedangkan kami ada dua?”
Jawapan tuan rumah
Abu Firas..
“Ini untuk tetamu kami. Kami gembira kerana ada tetamu yang
datang berbuka membawa barakah kepada keluarga kami”.
Bila sudah masuk waktu. Kami mula
makan kurma dan sekeping kuih ‘Qatayif’ dan terus makan nasi yang
membukit itu. Amat sedap. Pandangan saya tersilau kepintu dapur yang
tidak tertutup. Saya terlihat isterinya dan anak anak perempuannya juga sedang
berbuka. Tetapi hanya memegang gelas. Tiada hidangan nasi di hadapan mereka.
Kami diruang tamu, saya, Rafiq, Abu Firas dan anaknya makan
seperti biasa. Tapi saya lihat mereka
berdua makan agak laju dan tak sampai 10 minit anaknya mengangkat talam mereka
kedapur. Talam bekas mereka makan itu diangkat kedapur dan diberikan kepada isteri dan anak-anaknya. Barulah mereka makan nasi tersebut.
Melihat keadaan ini saya dan Rafiq rasa bersalah dan dapat memahami keadaan sebenar. Kami hanya menyentuh seekor sahaja ayam dalam
talam tersebut dan makan nasi sebelah talam saja. Kami cuba makan dengan cepat agar dapat selesai dengan cepat. Melihat
keadaan ini Abu Firas menegur kami.
“Makan lagi… Makan sampai kenyang. Kami dah berhenti
sebab nak bagi peluang anak saya makan pula.”
Mendengar perkataan itu menyebabkan kami tak sampai hati dan mempercepatkan makan.
“Alhamdulillah . Saya dah kenyang.. Masya Allah.. terima
kasih”.
Saya dan Rafiq berhenti makan dan menolak talam kami kepada
Abu Firas. Terus anaknya mengambil talam kami dan dibawa kedapur. Saya
lihat anak-anak Abu Faris berebut untuk
makan dari talam kami yang baru dibawa
kedapur dan meninggalkan talam pertama.
Kami terkejut melihat keadaan ini. Mereka langsung tidak jijik makan bekas
makanan kami.
“Abu Faris.. Mereka makan sisa makan kami kah?”
“Ya.. mereka ingin ambil berkat dari tetamu. Kami
keluarkan semua makanan yang kami masak untuk tetamu. Mereka
akan tunggu baki dan sisa makanan tetamu
untuk makan.”
“Tetamu tidak akan habis makan tersebut. Jadi kami sengaja buat begitu untuk dapat merasai berkat sisa makanan tetamu.”
“Itu sudah jadi budaya kami”.
Kami terkejut mendengar penerangan tersebut. Satu kejutan
dan pengalaman baru bagi kami. Nasib baik kami hanya makan sebelah talam saja. Tapi
ruapanya mereka mengharapkan kami makan setiap sudut talam dan merasai
kedua-dua ekor ayam tersebut agar mereka dapat makan bekas kami.
Budaya ini tidak akan
berlaku di Malasyisa. Masyarakat kita jijik untuk makan sisa makanan orang lain. Kata Abu Firas….
Nabi
sebut dalam hadis bahawa sisa makanan kucing lagikan halal dimakan inikan pula
sisa tetamu Muslim.
Adakah kita boleh buat begitu di Malaysia?
No comments:
Post a Comment