Solat tarawih di Jordan dilaksanakan sebanyak 20 rakaat juga
bukan sebagaimana yang saya dengar bahawa orang ada mengatakan solat sunat tarawih
adalah 8 rakaat. Selepas Isyak imam
memulakan solat sunat tarawih. Dia membaca surah panjang al Quran bagi setiap
rakaat, tapi tidak telalu panjang mungkin setengah muka atau kurang.
Apa yang baru bagi
kami ialah apabila selesai saja tahiyyat akhir dua rakaat solat sunat , imam
terus bangun mengangkat takbir untuk solat
2 rakaat seterusnya. Tiada selawat atau rehat sekejap. Saya kami pelajar Malaysia
berpandangan sesama sendiri. Ini baru bagi kami.
Begitu juga selepas 2 rakaat kedua pun sama. Tiada doa dipanjatkan oleh imam. Dia
terus bangun untuk mengangkat takbir untuk solat bagi rakaat ke lima dan enam. Kami yang sudah biasa dengan budaya solat
tarawih di Malaysia sedikit lelah kerana tiada rehat antara dua solat. Masalah yang kedua ialah kami perlu mengira sudah berapa rakaat solat terawih.
“Sudah berapa rakaat kita solat?” saya
bertanyakan rakan arab sebelah saya.
“arbaah (empat)”.Dia menjawab menunjukkan isyarat 4 jari sahaja kepada saya.
Selepas beberapa malam saya solat terawih, saya hanya pasrah kepada imam sahaja berapa rakaat terawih. Saya sudah tidak kesah berapa rakaat sudah selesai.
Hanya solat
mengikut imam sahaja. Walaupun solat
terawih 20 rakaat saya perhatikan tiada mereka yang berpegang kepada solat
terawih 8 rakaat.
Selepas 8 rakaat tiada ahli jamaah yang bergerak keluar dari masjid melainkan
beberapa orang pelajar Malaysia sahaja. Amat berbeza dengan apa yang berlaku di
Malaysia. Semua yang ada di Masjid akan
menyelesaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat termasuk 3 rakaat witir.
Begitulah semangat masyarakat di sini solat terawih.
Masyarakat arab betul-betul mengejar pahala ibadah di bulan Ramadhan. Mereka membudayakan membaca al Quran dan juga solat terawih 20
rakaat sepanjang malam bulan Ramadhan. Semangat mereka melebihi masyarakat kita di Malaysia.
Dalam diam saya insaf dan juga kagum dengan masyarakat Arab disini . Walaupun dalam keadaan serba serbi
kekurangan mereka masih kuat hubungan
dengan Allah Talaa dan memeriahkan bulan Ramadhan dan mengejar pahala dan
barakah yang Allah sediakan kepada hambanya.