Keadaan Haris dengan keluarganya berlarutan sehingga selesai peperiksaan STPM. Namun Haris amat komited dengan Islamnya. Akhir tahun, sebelum saya balik ke semanjung kerana cuti sekolah, saya bertemu dengan Haris yang sedang menjalani peperiksaan STPM bertanya khabar tentang keadaannya.
“Saya ni begitu lah Ustaz!.Mamak saya masih tegas mahu
saya kekal bersama agamanya.”
“Insya Allah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk
daftarkan Islam saya di pejabat agama.”
“Saya akan usahakan secepat mungkin. Ustaz Doakan saya”.
Begitulah situasi Haris berkenaan keluarganya. Dia adalah
anak yang baik . Amat menjaga hati ibunya.
Ibunya, setelah berpisah dengan ayahnya terpaksa menguruskan sendiri
anak-anaknya yang kalau tidak silap saya 4 beradik. Ayah Haris selepas berpisah
ibunya, memeluk islam kerana mengahwini
seorang muslimah. Sayangnya dia tidak langsung mengambil berat tentang Haris
dan anak-anaknya yang lain. Bertanya khabar pun tidak.
Sebenarnya Haris mula meminati Islam apabila dia mendengar
khabar ayahnya memeluk Islam sebelum berkahwin. Dia amat ingin berjumpa ayahnya
dan berhasrat mengikut jejak langkah ayahnya. Namun sikap ayahnya itu
menyebabkan niatnya terbantut. Haris
amat simpati kepada ibunya yang terpaksa bekerja keras untuk Haris dan adik
beradiknya.
Itulah sebab utama Haris masih tidak mendaftar keislamannya secara rasmi. Dia tidak mahu
melukakan hati ibunya yang telah banyak berkorban untuknya. Haris juga memberitahu saya bahawa
pernah satu hari adiknya kedapatan
bahawa Haris sedang curi-curi solat di biliknya dan melaporkan kepada ibunya.
Hari yang gawat bagi Haris untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia masih
kekal dalam agama kristian.
“Kamu lebih tahu situasi kamu sendiri”.
“Cuma pesan saya. Jangan lama-lama sangat. Kamu mesti
cari jalan usahakan secepat mungkin.”
“Saya risau terjadi sesuatu yang buruk pada Haris.
Nauzubillah. Tapi kita tahulah bila ajal
kita”.
“Kalau Haris meninggal
tanpa dokumen rasmi dan kad pengenalan masih belum di tukar status agama, Haris
masih dikira dalam agama asal”.
“Jaga diri baik-baik. Walaupun apa saja berlaku teguh
dengan iman kamu.”
Hanya itulah yang saya mampu pesan kepada Haris sebelum saya
balik bercuti panjang ke semenanjung. Haris pula sedang menduduki peperiksaan
STPM dan akan pulang kepangkuan keluarganya selepas itu. Satu cabaran yang
besar untuk Haris untuk mengamalkan kehidupan sebagai muslim di rumahnya.
Selepas itu saya tidak lagi bertemu dengan Haris. Selepas keputusan
STPM keluar, saya mendapat berita Haris memohon kerjaya polis dan sedang melaksanakan latihan
di Pulapol Sarawak . Saya tidak dapat
maklumat tentang lain tentang dirinya. Saya beranggapan dia sudah selesai mendaftar secara rasmi di pejabat
agama dan meneruskan kehidupannya sebagai muslim.
No comments:
Post a Comment