Friday, February 28, 2025

USTAZ BACA DOA ATAU TAZKIRAH?



Ketika saya mula bertugas di Sandakan, saya selalu diminta untuk membaca doa untuk majlis tertentu. Namun ada beberapa orang ustaz mengingatkan saya agar berhati-hati menerima jemputan kerana biasanya majlis di sini selalunya ada aktiviti yang bercanggah dengan syariat. 

Berdasarkan pemerhatian saya pun ada kebenaran juga. Tak ramai ustaz yang hadir dalam majlis majlis sebegitu.

Satu ketika saya mendapat undangan untuk membaca doa dalam satu majlis jamuan akhir tahun satu orgsnisasi. Saya melihat atucara yang dilampirkan ada beberapa slot yang menjengkelkan hati saya sebagai Ustaz. 

Namun saya menerima jemputan tersebut. Saya teringat kepada pesan guru saya agar sentiasa melihat peluang dalam apa apa halangan atau masalah. Saya adalah orang baru dan perlu lebih rapat dengan masyarakat setempat.

Saya melihat peluang mengenali dan rapat dengan masyarakat seterusnya membina hubungan mereka adalah sebagai peluang dan keutamaan. Saya tidak bersetuju dengan acara yang bercanggah dengan nilai Islam yang ada dalam majlis tersebut. Tapi saya melihat ada ruang dan peluang di sana.

Tiba saat saya membaca doa, saya banyak menggunaan doa terjemahan dalam bahasa Melayu berbanding doa dalam bahasa Arab yang tidak difahami. Saya juga menggunakan doa susunan sendiri dalam bahasa Malayu.

Antara bait bait doa yang saya gunakan ialah:

"Ya Allah, kami ini hambamu yang jahil lagi naif. Tunjukkan kepada kami perkara yang betul itu betul dan permudahkan kami faham dan laksanakannya. Tunjukkan perkara yang salah itu adalah salah dan beri kesedaran kepada kami untuk menjauhinya".

"Ya Allah, ampunkan dosa kami atas maksiat dan dosa yang kami lakukan. Beri kesedaran kepada kami agar kami dapat bertaubat dan meninggalkan amalan maksiat dan dosa selepas ini".

"Ya Allah. Kami tak kuat menanggung azab siksa nerakamu. Justeru hindarkan kami maksiat dan dosa lantaran kejahilan kami. Anugerahkan kepada kami petunjuk dan hidayah agar layak mendiami syurga firdaus Mu yang luas terbentang ditemani bidadari cantik jelita".

"Ya Allah. Hindarilah majlis ini dari anasir maksiat yang mengundang murkaMu. Siramilah majlis ini semua hadirin dengan pengampunan dan rahmat kasih sayangMu."

Bait bait doa saya mendapat respon yang pelbagai dari hadirin ada yang sinis banyaknya yang positif. Rupa rupanya dalam bahasa Melayu ini sampai kelubuk hati mereka berbanding doa dalam bahasa Arab. 

Antara respon yang saya terima ialah:

" Ustaz baca doa atau bagi tazkirah?"

"Ndak selera sudah aku mahu karaoke. Biar lah dia orang saja menyanyi.. Aku mahu dengar cakap Ustaz.."

"Bagus bah ustaz punya doa. Kasi ingat mereka tu. Kita datang mahu makan makan dan erat ukhuwwah. Bukan mahu buat dosa".

"Bagus doa ustaz doa begitu. Insaf bah aku ni."

Alhamdulillah. Ramai yang menerima dan selesa dengan doa doa saya. Semoga usaha saya yang kecil ini mampu mengetuk hati hati mereka yang sukakan kebaikan dan memberi kesan kepada kepada masyarakat. 

Wednesday, February 26, 2025

SIAPA YANG BERAGAMA KRISTIAN DI RUMAH INI?

 Inilah soalan yang ditanya oleh seorang ibu muda  bila saya menjawab bahawa saya beragama Islam.  Dia datang kerumah saya ketika saya sedang berehat sambil melayan anak kecil saya di halaman rumah ketika kami menyewa di Taman Pertama Sandakan.   Rumah saya adalah  jenis  berkembar semi D. Jadi kejiranan saya hampir semua berbangsa cina . Seingat saya  lorong saya hanya ada dua keluaga muslim termasuk saya.


Jiran kiri, kanan, hadapan dan belakang semua nya orang kaya yang mempunyai perniagaan yang besar.  Hanya saya orang biasa yang bertugas sebagai guru. Rumah saya yang paling asas sebagaimana asal.

Ibu tadi dalam lingkungan umur 30an ditemani oleh anak perempuannya  danlam umur sekitar 10 tahun.     Ditangannya ada satu buku  yang agak tebal juga. Rupanya itu adalah bible yang mereka panggil al kitab.

“Bolehkah saya  ingin bacakan petikan bible ini pada encik?” tanya ibu tadi dengan suara yang lembut. Anaknya setia berdiri disebelahnya.
“ Saya muslim. Saya tak baca bible.”

Mendengar jawapan saya dia bertanya siapakah yang tinggal bersama saya beragama kristian. Saya menegaskan bahawa semua ahli keluarga saya adalah muslim dan kami tidak membaca bible. Kami sebagai muslim hanya membaca al Quran sebagai rujukan utama kami.

Dia mengucapkan terima kasih dan bergerak kerumah sebelah. Jiran Kami keluarga Chew yang memiliki kedai perlatan pembinaan rumah di batu satu. Selepas ibu tersebut memicit loceng kelihatan Puan Chew bergegas keluar. Saya hanya memerhatikan dari jauh perbualan antara Puan Chew dengan ibu tadi. Kemudian saya lihat Ibu tadi membuka dan membelek bible dan membacanya. Saya melihat Puan Chew tekun mendengar.

Selepas beberapa minit ibu dan anak tadi berlalu pergi. Puan Chew yang ingin masuk balik kerumah menyapa saya dan anak saya yang sedang berehat di laman rumah. Saya bertanyakan Puan Chew yang saya tahu beragama Buddha tapi saya lihat dia menyantuni ibu tadi yang membaca bible.

“Oh.. tadi ibu tadi dia bernazar. Anaknya tadi yang bersamanya tadi dulunya sakit. Jika anaknya sembuh dia berjanji ingin membaca petikan bible dari rumah kerumah”.

Jadi Puan Chew kan beragama Buddha. Ibu tadi membacakan petikan bible untuk orang kristian”.

Ah.. tak ada apa-apa lah. Saya selalu ja layan mereka. Ramai je bernazar begitu di sini. Selalu je ada orang datang bacakan bible dari rumah ke rumah. Mereka kata nak sampaikan pesan kasih sayang Jesus. Saya dengar ja lah. Penuhi hasrat mereka walaupun berbeza pegangan”.

Saya kagum dengan sikap Puan Chew yang amat terbuka dalam hal ini. Ya, Puan Chew amat baik dengan kami. Setiap hari akan menegur kami, berbual dan memberi buah tangan buah buahan. Sikap dia yang melayan hasrat tetamu yang datang itu adalah akhlak yang baik. Saya juga sepatutnya memberi peluang kepada ibu tadi membaca bible kepada saya walaupun kandungannya bercanggah dengan Islam. Sekurang-kurangnya memenuhi hasra ibu tadi yang sudah penat berjalan dari rumah kerumah memenuhi nazarnya. 


Terfikir juga di fikiran saya kenapa tidak ada orang Islam yang membuat kerja sebegini. Pergi rumah ke rumah  membaca petika al Quran ataupun Hadis. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai nazar yang baik menyampaikan pesan dari tuhan.

Saya lihat ibu dan anaknya tadi dari jauh pergi rumah kerumah dilayan dengan baik oleh jiran-jiran yang lain. Mungkin hanya saya yang menolak untuk mendengarnya.

Alangkah baiknya jika kita juga mempunyai sikat sebegitu. Melayan semua tetamu dengan baik walaupun tidak mereka itu tidak diundang dan dikiran mengganggu waktu rehat kita. Begitu juga Usaha dakwah mereka menyampaikan pesan Jesus mengikut kepercayaan mereka kepada orang ramai sepatutnya dicontohi oleh kita orang Islam.

Pesan nabi “Sampaikan apa saja dari aku walaupun sepotong ayat”.

Marilah kita sama-sama usahakan.

Tuesday, February 25, 2025

MUDAHNYA HIDAYAH MENGETUK HATI ANNA SI GADIS SEKSI

 Semasa saya belajar di Universiti al Bayt, Jordan dahulu selain bergaul dengan Arab saya juga banyak bergaul dengan bangsa asing dari Rusia, Eropah dan juga kaukas. Terdapat seorang gadis yang cantik manis, kulitnya putih juga bersama kami. Kalau tak silap saya dia berasal dari Armenia.  Pakian dia lain dari yang lain agak pelik dari kami. Selalu memakai skirt yang   agak singkat, Baju  blaus seakan  thirt dan banyak mendedahan bahaigan atas badannya. 


Dia selalu berpakaian begitu walaupun sudah memasuki musim sejuk. Hanya apabila musim sejuk semakin kemuncak barulah kami lihat perubahan pada pakaiannya.  Dia  jarang bergaul dengan kami. Hanya kadang-kadang saja dia makan pagi bersama kami di kafe Hassan bin Thabit. Dia amat menjaga masa dan selalu berjalan laju. Sehinggakan tiada siapa  yang sanggup berjalan bersamanya . Selalunya kami melihat dia berjalan seorang diri sahaja.

Ketika kami  lepak di café akan pagi atau waktu rehat kuliah, kalau dia melintas selalu jemput  dia  makan bersama kami. Selalunya dia akan ada hal dak tak dapat  bersama kami. Kami banyak membawang tentangnya yang suka berpaian sebegitu. Apa  yang kami tahu dia menganut krisitian Ortodhok.

Sehingga satu hari ketika kami sedang  berehat waktu senggang kuliah dia Café Hassan  bin Thabit tiba-tiba ada seorang gadis seakan-akan Anna melintas.  Tapi dia memakai tudung kecil  yang kelihatan macam skaf. Dia memakaik skir tapi labuh di bawah lutut. Tapi masih tidak melepasi batas aurat wanita muslimah.

“Eh.. It u macam Anna”.  Gentian , sahabat saya dari Kosova bersuara.

“Ya la.. betul lah Anna. Dia dah pakai tudung.   Skirtnya pun dah labuh. Pelik ni”. Sampuk Nael, rakan Rusia saya.

Gentian  terus memanggil Anna . Ketika Anna datang dekat dengan kami . Kami persilakan dia duduk bersama kami minum ‘Syai’  dia menolak  kerana tanya dia nak cepat bertemu dengan pensyarah.

“Eh.. Kami lihat kamu lain lah hari ni. Betudung dan   skirt pun labuh. Apa cerita?”.      Aasim rakan saya dari  Macedonia mencelah bertanya.

“Saya dah peluk Islam. Jadi saya kena berubah lah”. Anna  menjawab sambil tersenyum simpul.

Kami semua terkejut mendengar jawapan Anna. Kami bertanya Anna kisah bagaiman dia memeluk Islam. Anna memberitahu kami beberapa hari lepas ketika dia  merujuk sorang pensyarah untuk bertanyakan tentang  beberapa topik yang dia kurang faham.  Ketika selesai  perbincangan, pensyarah tersebut bertanyakan agama Anna. Selepas itu dia  mempelawa Anna untuk memeluk Islam. Dia kata tak ada beza yang banyak antara Kristian dan Islam. Hanya kepercayaan kepada Nabi Isa sebagai  nabi dan yakin Nabi Muhammad adalah nabi terakhir.

Ana memeritahu kami. Dia menerima pelawaan pensyarah tersebut dan terus mengucap syahadah ketika itu juga.  Alhamdulillah.  Anna kata dia yakin bahawa Islam  agama yang terkini yang benar. Dia ingin akan berusaha  untuk menjadi muslimah solehah .

Kami semua terkejut mendengar cerita itu.

“Allah, mudahnya dia masuk Islam. Dia yang selalu bersama kita, kita tak pernah  pun  pelawa dia masuk Islam”.

“Ya. Kita sebenarnya dah terlepas pahala yang besar”.

Hanya itu yang kami mampu kami keluhkan.  Mudahnya hidayah Allah mengetuk hati Anna.  Hanya sekadar mempelawa dan menggunakan hujah tentang kenabian nabi Isa sahaja.  Selepas itu kami lihat Anna semakin berubah cara pemakaiannya. Satu hari kami terlihat dia memakai jubah hitam lengkap dan tudungnya juga telah sempurna. Dia semakin manis dengan penampilan barunya. Dua juga tidak lagi lepak bersama kami.


Tuesday, February 18, 2025

EDARAN TAQWIM SEBAGAI DAKWAH LAPANGAN

 Pada tahun kedua projek taqwim solat, permintaan terhadap taqwim semakin meningkat. Namun ianya beredar di sekolah dan masjid yang mempunyai wakil yang dikenali sahaja. Biasanya mereka akan datang ke sekolah atau kerumah saya untuk mendapatkan stok taqwim solat untuk dijual di sekolah dan juga masjid.

Kali ini saya mengembangkan lagi cara edaran taqwim solat membawa pelajar persatuan pendidikan Islam untuk mengedarkan taqwim solat dari rumah ke rumah. Pada hari sabtu dan ahad pelajar akan berkumpul di Masjid Taman Fajar untuk agihan taqwim. Setiap pelajar akan membawa 50 naskhah taqwim yang akan dijual dengan harga RM1.50 dengan komisyen 50 sen senaskhah. 

Mereka akan di agihkan mengikut taman dan kampung sekitar taman fajar yang dikenal pasti ramai penduduk Islam. Objektif utama ialah mendidik masyarakat membudayakan solat. Antara  tugas utama pelajar ialah menerangkan fungsi taqwim solat dan bagaimana merujuk waktu solat setiap waktu dengan tepat. Di samping itu antara frasa yang perlu diselitkan ialah:

“Insya Allah lepas ni bolehlah solat di awal waktu. Tidak perlu lagi tertunggu azan dari radio dan masjid”.

“Mudah lah nanti nak rancang solat berjamaah bersama-sama dengan keluarga”.

“Selepas ini tidak akan terlepas lagi waktu solat”.

“Mudahlah bagi kaum ibu yang ingin ganti puasa ingin tahu waktu subuh dan berbuka”.

“Solat wajib dilaksanakan dan tidak boleh ditinggalkan”.

“Allah murka siapa yang tinggal solat”

“Nanti bolehlah kakak solat berjemaah dengan suami nanti”

“Nanti adik boleh solat dengan ayah dan ibu ya”

“Kalau dah ada taqwim solat ni boleh lah nak merancang ke masjid dan surau lebih awal”

Pelajar dinasihatkan agar bijak memilih frasa-frasa ini berdasarkan siapa yang mereka jumpa. Berbeza antara lelaki dan perempuan dan juga tahap umur mereka.

Alhamdulillah maklum balas yang mereka terima adalah amat positif. Walaupun ada segelintir yang dianggap sebagai peminta derma atau sedekah. Tetapi pelajar amat gembira.

Ada yang beri makanan percuma.

Ada yang diberi duit lebih sebagai saguhati.

Ada yang dipuji puji.

Ada yang diminta datang lagi tahun depan.

Ada yang mengucapkan terima kasih kerana diberi peringatan untuk solat.

Yang penting, tiada yang dihalau atau tengking. Semuanya positif

Apa yang menarik ada yang tersalah ketuk rumah Cina bukan Islam juga dibeli taqwim sehingga beberapa naskhah walaupun sudah diterangkan kegunaannya untuk orang Islam.

“Ooo tidak mengapa saya boleh guna untuk tengok tarikh dan hari”.

 Itu alasan mereka. Diambil dua naskhah di bayar RM5. Simpan baki katanya.

Ada juga bertanya.

“Adik ada jual buku panduan solatkah. Saya nak belajar solat”.

Projek ini berjalan beberapa kali dan saya akan menghantar pelajar ini ke beberapa kawasan yang mereka pilih sendiri. Kemudian mereka akan balik kerumah mereka sendiri dengan menaiki bas. Mereka akan melaporkan jualan mereka di sekolah nanti pada hari Isnin. Alhamdulillah kebanyakan edaran pelajar habis. Jika ada yang berbaki pun hanya dua tiga naskhah sahaja.

Semoga dengan usaha yang sedikit ini memberi kesan yang positif terhadap masyarakat dalam pembudayaan solat. Ia juga mendidik pelajar untuk dakwah lapangan. Apa yang paling menarik ialah nama SMK Elopura semakin dikenali ramai. Pengetua pernah bercerita bahawa ada juga rakan pengetua bertanyakan projek taqwim ini dan ingin laksanakan juga di sekolah mereka.

 

Sunday, February 16, 2025

SATU KELUARGA SATU TAQWIM

 Tahun kedua selepas pengenalan projek taqwim solat. Projek ini ditingkatkan lagi dengan kempen satu keluarga satu taqwim solat. Projek ini dimulai sebelum mulai masuk tahun  baru Hijrah. Kali ini saya berhubung terus dengan JHEANS Sabah untuk mendapat taqwim utama negeri Sabah dengan waktu Daerah Kinabalu. Jika sebelum ini saya hanya menunggu edaran ke masjid. Kali ini saya berhubung terus dengan pegawai agar jika taqwim sudah siap ia perlu dikirim segera kepada saya di Sandakan. 


Alhamdulillah pegawai JHEANS memberi kerjasama yang baik setelah saya menerangkan projek tawim solat ini. Bahkan tahun berikutnya  mereka telah menghantar naskhah kiraan asal sebelum dicetak melalui email kepada saya. Kiranya kami di Sandakan berjaya menyiapkan taqwim solat sebelum edaran rasmi secara bercetak dari JHEANS.

Ustaz! Boleh kah kalau saya nak tolong jualkan takwim ni kepada jiran-jiran saya di kampung.”

“Dengan ada taqwim ini mudahlah mereka untuk solat kerana waktu solat sudah diketahui awal lagi.”

“Ibu saya suka sangat takwim solat SMKE ni. Dia tak perlu lagi tunggu azan dari masjid untuk solat. Kadang-kadang masjid terlewat azan.”

Seorang pelajar perempuan telah berjumpa dengan saya meminta izin untuk menjual dan mengedarkan taqwim solat ini di kampungnya. Idea yang sangat bagus. Saya sendiri pun tidak terfikir begitu pada asalnya. Saya hanya ingin memenuhi keperluan pelajar saya dan keluarga mereka sahaja untuk solat.

Rupanya Allah telah menghantar seorang pelajar perempuan yang saya tidak kenalinya sebelum ini memberi idea yang amat bernas. Saya bersetuju dengan idea ini dan  meminta dia memberi tempoh untuk saya merancang. Ini kerana saya terpaksa memperbanyakkan cetakan taqwim ini dan sudah tentu perlu kepada perancangan yang teliti.

Setelah berbincang dengan Mr Tan dia masih lagi sanggup mencetak taqwim tanpa kos walaupun dengan jumlah yang banyak. Tetapi masalah yang timbul ialah untuk menyusun, memotong kepala takqim dan kemudian mengacip taqwim tersebut siap dengan tebukan lubang agar mudah untuk digantungkan di dinding. Saya berbincang dengan pelajar Pendidikan Persatuan Pendidikan Islam dan juga Pelajar Rakan Iman untuk membantu.

Kali ini saya memberi upah sebanyak 20sen untuk satu naskhah. Bagi menyiapkan 500 naskhah mereka akan dapat RM100. Jumlah yang agak banyak  bagai pelajar pada masa itu. Saya juga membuat tambahan pada rekabentuk taqwim dengan menyelitkan petikan terjemahan ayat al Quran dan juga hadis dibahagian bawah setiap helaian taqim tersebut.

Antara petikan yang digunakan ialah:

‘Dirikan solat dan tunaikan zakat’

‘Beza antara Muslim dan kafir adalah solat’

‘Sesungguhnya solat mencegah seseorang dari mengerjakan kemungkaran’

‘Amalan pertama yang akan dihisab di akhirat adalah solat’

‘Orang yang menjaga solat dijamin kejayaannya di akhirat’

‘Solat berjamaah pahalanya 27 kali ganda dari solat secara bersendirian’

Dengan meletakkan petikan kata-kata sebegini diharapkan dapat memberi panduan dan peringatan kepada masyarakat. Alhamdulillah saya mendapat respon yang amat positif dari pelajar.

Kali ini harga taqwim terpaksa dinaikkan harganya. Harga dinaikan kepada RM1.50 senaskhah untuk menampung upahan susunan dan kemasa terakhir. Manakala 50 sen diberikan sebagai komisyen kepada pelajar yang menjual bagi setiap naskhah.

Saya telah membuat pelancaran edaran taqwim solat ni semasa perhimpunan hari Isnin dan menawarkan peluang kepada semua pelajar untuk menjual taqim solat ini dengan komisyen 50 sen senaskhah. Masya Allah.. puji dan syukur pada Allah. Projek ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar. Ramai yang datang mengambil taqwim dengan saya sehingga ada pelajar yang rajin boleh dapat komisyen sehingga hampir RM20.

Saya juga memaklumkan kepada pelajar untuk mengambil taqwim secara percuma untuk disumbangkan kepada masjid dan surau dikampung mereka. Pelajar juga diberi tanggungjawab menerangkan kepada ahli keluarga dan masyarakat kampung bagaimana untuk membaca dan melihat waktu solat dengan tepat. Ini sangat perlu kerana masih ramai mereka yang buta huruf.

Alhamdulillah projek taqwim ini menjadi satu fenomena baru di Sandakan. Sehingga terdapat juga orang kampung yang datang kesekolah untuk mendapatkan taqwim solat terus dari saya. Saya terpaksa mengulang cetak taqwim tersebut beberapa kali.

Semoga usaha ini memberi manfaat dan menjadi saham kepada saya dan pelajar SMKE yang banyak membantu.

 

Saturday, February 15, 2025

TAK PERLU LAGI KIRA WAKTU MASUK WAKTU SOLAT

 Setelah program rakan iman berjalan dengan baik di SMKE. Kecenderungan pelajar kepada Islam semakin meningkat. Pembudayaan solat lima waktu semakin baik. Kempen solat 5 waktu diperluaskan kepada keluarga pelajar.

Antara kempen pembudayaan solat dalam kalangan keluarga ialah dengan menyediakan taqwim waktu solat. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat muslim kawasan Sandakan ketika itu ialah waktu masuk solat 5 waktu hanya bergantung kepada siara radio dan juga melalui azan dari masjid dan surau. 


Jika saya bertanya kepada pelajar bagaimana mereka solat ketika dirumah, mereka menjawab mereka hanya meneka dan menganggar masuk waktu solat sahaja. Ini antara sebab ramai yang tidak solat. Rujukan waktu solat kawasan Sandakan hanya dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEANS) dan diedarkan ke masjid dan surau seluruh Sabah.

Taqwim utama ini pun hanya memaparkan waktu solat di kawasan Kota Kinabalu Sahaja. Manakala waktu solat di daerah lain termasuk sandakan hanya berpandukan kepada nota tepi dalam takwim yang menyatakan perlu tambah atau tolak minit dari waktu asal Kota Kinabalu. Sebagai contoh waktu solat Zohor waktu sandakan perlu tolak 2 minit dari waktu Zohor Kita Kinabalu.

Pengalaman saya melihat kesukaran petugas bilal masjid yang perlu mengira dulu waktu solat tempatan sebelum memulakan azan. Jika ada masjid yang cekap mereka telah mengira dan mencatatkan waktu solat sandakan di papan waktu solat di masjid. Apa yang berlaku di Surau Taman Fajar, sebelum azan bilal terpaksa mengira dulu waktu solat sandakan menyebabkan kadangkala azan terlambat beberapa minit.

Bagi mengatasi masalah ini saya mendapat idea untuk membuat taqwim solat Sandakan yang sudah siap dikira waktu yang sebenar. Pada awalnya saya pinjam taqwim utama solat dari masjid dan kemudiaanya membuat kiraan yang lengkap setiap bulan sehingga akhir tahun. Saya menggunakan format taqwim solat negeri kelantan.

Pada awalnya, saya hanya membeli kertas dan mencetaknya menggunakan mesin fotostat sekolah. Saya mengumumkan kepada semua pelajar. Siapa yang berminat untuk mendapatkan taqwim solat untuk menjadi rujukan keluarga untuk solat. Syarat yang saya berikan ialah pelajar dan keluarga perlu membudayakan solat awal waktu berdasarkan waktu solat tersebut.

Alhamdulillah. Projek takwim itu mendapat sambutan dan kos cetak juga meningkat. Saya mengambil keputusan untuk menjual takqim solat tersebut dengan menggunakan khidmat cetak dari luar. Apabila saya mencari kedai cetak dan mesin fotostat, semua kedai muslim memberi harga yang agak tinggi dan perlu bayaran tunai sebelum cetak.

Namun saya mengenali seorang pembekal bahan cetak sekolah berbangsa cina. Apabila saya menerangkan tentang projek saya dia amat gembira dan bersedia membantu. Namanya Mr Tan.

Wah.. projek banyak bagus tu. Mahu bantu orang sembahyang ka..?”

“Boleh. Saya boleh buat. Nanti bayar kemudian bila sudah dapat duit.”

“Saya juga mahu tolong orang sembahyang lah. Itu kerja baik ma.”

Memang Mr Tan bagi harga yang amat murah pada saya. Seingat saya 4 sen sehelai. Keseluruhan kos dengan kad manila untuk kepada takwim untuk ditebuk lubang dan mudah digantung kurang dari RM1. Saya jual kepada pelajar dengan harga satu ringgit.

Alhamdulillah. Takwim itu laku keras. Ramai pelajar membelinya untuk di letak di rumah masing-masing. Saya terpaksa ulang cetak taqwim tersebut berulang kali. Namun kali ini Mr Tan menolak untuk menyusun dan stapler taqwim tersebut sebagaimana sebelum ini. Katanya pekerjanya sibuk. Jadi saya terpaksa menggunakan khidmat tenaga pelajar rakan iman untuk menyusun dan stapler taqwim tersebut.

Mereka amat seronok membantu. Lebih-lebih lagi apabila diterangkan kepada mereka khidmat ini boleh dikira sebagai amal jariah. Pahala solat mereka yang merujuk taqwim ini akan dapat kepada siapa yang menyediakan taqwim. Berebut mereka membantu saya.

Alhamdulillah projek ini sedikit sebanyak berjaya membantu membudayakan solat dalam kalangan pelajar dan juga ahli keluarga mereka.

 

 

Friday, February 14, 2025

HAMPIR SETAHUN MAKAN AYAM SEMBELIHAN KRISTIAN

 Ketika di Mafraq dulu, Saya tinggal di Hayyu Dhubbat dan berdekatan dengan rumah sewa saya ada satu kedai yang menjual ayam segar. Pemilik kedai ini adalah Abu Abboud.  Kaedah kami berlima di rumah sewa ialah setiap orang bertanggungjawab memasak seekor ayam sehari untuk makan malam. Jadual memasak mengikut giliran yang telah ditetapkan. 

Setiap hari kami membeli ayam di kedai Abu Abboud ini. Kami tak perlu pergi jauh. Lagi mudah saja, keluar pagar rumah saja sudah nampak kedainya. Abu Abboud ini seorang yang kuat beragama pada hemat kami. Banyak kali dia memakai jubah putih walaupun untuk menyembelih dan memproses ayam.

Di Jordan ayam dijual hidup. Ayam diletakkan dalam kotak dan kamu perlu pilih ayam mana yang kami mahu dan kemudiannya disembelih dan diproses. Kami terpaksa menunggu sekejap untuk ayam dibersihkan dan dipotong. Ayam ditimbang sebelum di sembelih.

Abu Abboud ini kami perhatikan setiap kali ingin menyembelih ayam akan membaca bismillah. Bacaannya kuat dapat didengari dengan jelas oleh kami sebagai pembeli.  DI tangannya sentiasa ada seutas tasbih dan jika dia sedang menunggu pelanggan dia akan duduk dikerusi kecil depan kedai menggerakkan tasbih sambil mulutnya terkumat kumit. Bagus betul Abu Abboud ini soleh orangnya. Itu yang selalu kami sembang bersama rakan rumah sewa.

Belum cerita lagi tentang perbualan harian kami dengan dia. Perkataan ‘Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar selalu keluar dari mulutnya ketika kami berbual sambil menunggu ayam siap diproses. Memang kami rasa lega dan seronok mendapat bekalan ayam bersih dari orang yang soleh macam Abu Abboud.

Setelah hampir setahun kami menjadi pelanggan tetap Abu Abboud satu hari pada jumaat. Ketika solat jumaat saya merasa sakit perut yang amat sangat. Saya terpaksa menahan diri agar sempat siapa solat jumaat saja. Usai memberi salam terus melompat keluar dari masjid dan berlari balik kerumah.

Ketika melintas di hadapan kedai Abu Abboud saya lihat dia sedang menyembelih ayam.

“Eh Abu Abboud tak solat jumaat kah.” Bisik saya dalam hati.

“Tak apalah. Nanti aku tanya dia lepas ni.” Aku terus masuk kerumah meneruskan menunaikan hajatku yang asal.

Satu hari ketika giliran saya memasak. Saya ke kedai Abu Abboud dan memilih ayam yang sederhana besar. Seperti biasa Abu Abboud menyembelih ayamnya seorang dengan dibantu oleh pembantunya. Dia membaca bismillah dan menyelesaikan sembelihan. Ketika sedang membersihkan ayam saya mengambil peluang bertanya kepada Abu Abboud.

Abu Abboud, leisyy jumaah madhiah lam tusallil jumaah?. Syuftuk huna fil mahal waqta solah.”(Abu Abboud. Kenapa hari jumaat yang lepas kamu tak solat jumaat? Saya lihat kamu ada kat kedai ini waktu solat)

Abu Abboud mengangkat kepala memandang kepada aku dengan wajah yang terkejut.

“Ana musy muslim. Ana Masihi.” ( Saya bukan Islam. Saya orang kristian). Jawab Abu abboud sambil tersenyum.

Saya mendengar jawapan tu bagaikan mendengar halilintar dilangit. Terkejut yang amat sangat. Ah.. sudah. Hampir setahun kami makan ayam sembelihan orang kafir. Terkenang betapa berdosanya kami. Kami hidup memakan makanan haram sudah hampir setahun. Saya hanya terdiam tak mampu berkata apa-apa.

Saya membawa balik ayam kerumah dan memberitahu rakan serumah berita yang mengejutkan ini. Adakah kami nak makan ayam yang sudah dibeli ini. Tak sanggup lagi kami nak telah ayam haram. Nak dibuang membazir pula. Rakan serumah saya memberi cadangan sedekahkan ayam tersebut pada jiran sebelah kami Abu Yusof. Dia juga beragama kristian. Rakan saya tadi mengambil tanggungjawab tersebut.

Saya keluar semula ke kedai lain membeli ayam baru untuk makan malam kami. Kami amat menyesal dan rasa berdosa atas kejadian berlaku. Kami hairan kenapa tidak ada sesiapa yang memberitahu kami bahawa Abu Abboud itu bukan Islam. Kami lihat pelanggannya ramai setiap hari. Mustahil mereka semua kristian. Dia menjual ayam dalam komuniti Islam.

Kami semua ahli rumah mengambil keputusan untuk merujuk isu ini kepada guru kami Dr Abdul Qadir as Saadi.

“Halal..  Zabih ahli al kitab yu’kal.” (Halal. Sembelihan ahli kitab boleh di makan). Itu jawapan yang kami dapati. Memang dalam perbahasan fiqah menyatakan sembelihan ahli kitab iaitu orang krsitian dan yahudi boleh dimakan jika disembelih dengan cara yang betul. Patutlah Abu Abboud boleh membuka kedai ayam dalam kalangan penduduk Islam. Masyarakat Islam di sana berpegang kepada hukum ini.

Tapi tekak kami tidak mampu lagi menelan ayam Abu Abboud walaupun halal. Bagi kami ada pilihan lain lebih baik. Kedai ayam Muslim masih banyak. Cuma perlu menapak jauh sedikit dari rumah. Tapi kami puas hati makan ayam yang disembelih oleh orang Islam sendiri. Kami  tidak lagi ke kedai Abu Abboud. Kami mengelak untuk lalu di depan kedainya risau ditegur.

Thursday, February 13, 2025

HARRY SIM 11: PENYESALAN YANG LEWAT

Setelah beberapa bulan selepas pemergian Haris yang amat memilukan saya mendapat panggilan dari seorang yang tidak dikenali.

“Boleh saya nak jumpa dengan Ustaz Abdullah.”

Pemanggil tersebut menyatakan hasrat untuk bertemu mata dengan saya. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai ayah arwah Haris. Ayah kandungnya yang telah berpisah dengan isterinya ibu Haris dan memeluk Islam setelah berkahwin kali kedua. En Ahmad (bukan nama sebenar) bersetuju untuk bertemu saya di sebuah restoran di bandar Indah Jaya, Sandakan. 

“Saya bersalah dengan apa yang berlaku pada Haris.” Dia memulakan perbualan petang itu.

“Perkara dah lepas. Haris sudah damai di sana. Insya Allah dia pergi dengan baik. Saya yakin dia lebih baik  dari kita yang masih belum pasti bila dipanggil mengadap tuhan.” Saya memujuknya demi meredakan penyesalan En Ahmad.

Coto yang saya pesan sudah sampai.  En Ahmad hanya memesan roti canai kosong dan teh o mula mengirup tehnya sambil merenung jauh ke luar restoran.

“Saya langsung tinggalkan keluarga saya selepas berpisah. Saya tak ambil tahu langsung tentang anak-anak. Haris ada juga datang berjumpa saya. Cuba untuk rapat dengan saya.”

“Saya tahu dia berminat dengan Islam dan ingin mengikut jejak langkah saya. Tapi kejahilan saya menguasai segalanya. Saya abaikan Haris.”

“Saya adalah ayah yang tidak guna.”

Panjang keluhan penyesalan En Haris. Saya hanya memasang telinga mendengar sambil menikmati coto makassar. Sesekali saya mengirup tek tarik yang tak berapa menjadi. Mungkin kedai ini kurang susu gamaknya.

“Ustaz tengok ni.”

En Ahmad mengeluarkan satu kertas dan menghulurkannya kepada saya. Saya membuka dan membacanya. Polisi insuran Takaful Malaysia kepunyaan Haris. Tapi tertera di situ nama Harry Sim.

“Ustaz tengok nama pewaris tu. Dia tulis nama saya sebagai pewaris. Takaful Malaysia ni takaful Islam kan?”

“Dia masih ingat pada saya walaupun saya abaikan dia.”

Saya saya mendengar suara sayu En Ahmad.

“Dalam tu juga dia tulis ‘Islam’ di bahagian agama. Jadi dia mengaku dia muslim ketika dia membeli polisi ini.”

“Ustaz! Bolehkah kita guna dokumen ini untuk tuntut balik jenazah Haris dan di kebumikan di perkuburan Islam?”

“Saya rasa amat bersalah dalam hal ini. Saya kesal. Saya kasihan Haris yang terseksa di perkuburan kristian sana. Saya mahu dia tenang di perkuburan Islam bersama muslim yang lain.”

Rupa-rupanya En Ahmadlah yang banyak mendesak untuk mengambil jenazah Haris ketika dia meninggal dulu. Dia bercerita kepada saya bagaimana dia tidak dibenarkan menziarahi Haris kerana dibimbangi akan menuntut jenazah Haris untuk diuruskan dengan cara Islam.

Tetapi saya lah yang rujuk oleh ibu dan kakak Haris. Saya menerangkan kepada En Ahmad tentang situasi Haris dari aspek Islam. Isu dokumen dan juga kewajipan mengurus jenazah secara muslim. Semoga En Ahmad faham dan mendapat maklumat yang betul tentang isu hukum feqah berkaintan muallaf yang agak berbeza dengan feqah orang awam.

Saya juga menekannya kesalahan En Ahmad yang telah mengabaikan anak-anak terutama Haris sehingga peristiwa ini terjadi. Kalaulah dari awal En Ahmad mengambil berat tentang Haris mungkin Haris akan lebih berani untuk mengisytiharkan Islamnya secara rasmi tanpa perlu berselindung. Kesalahan banyak terletak atas bahu En Ahmad sendiri.

Membuka balik tuntutan jenazah Haris dengan hanya berdasarkan dokumen insuran tidak kuat dan hanya boleh menimbulkan kontroversi yang hangat antara agama Islam dan kristian. Ia hanya memalitkan kesan negatif kepada agama Islam itu sendiri.

Saya juga menasihatkan En Haris agar duit pampasan insuran Takaful Malaysia itu di kongsi bersama dengan adik beradik Haris dan juga ibunya. En Haris perlu melaksanakan tanggungjawab kepada anaknya yang lain walaupun berlainan agama. Mungkin dengan cara ini akan menjadi pencetus hidayah kepada anak-anaknya yang lain dan mungkin juga ibu Haris. 


Selepas lebih sejam berbual dan coto pun sudah licin saya meminta izin untuk beredar. Saya perlu bersedia untuk kuliah maghrib di Masjid. Saya mengucapkan terima kasih kepada En Ahmad atas keperihatinanya tentang Islam. Saya mendoakannya agar dia berjaya membina hubungan semula dengan anak-anaknya dan juga bekas isterinya.

Hidayah Allah itu mudah. Cuma ia perlu diusahakan.

Wednesday, February 12, 2025

HARRY SIM 10: SOLAT JENAZAH GHAIB UNTUK HARIS

 “Ustaz! Bagaimana dengan keadaan Haris? Apa yang boleh kita buat untuk membantu Haris?”

Itu antara persoalan yang datang berjumpa dengan saya pada waktu rehat hari Isnin. Memang Haris dikenali ramai pelajar dengan kisah dia memeluk Islam mendapat tentangan keluarga. Berita kematiannya mengejutkan warga sekolah dari kalangan guru dan juga pelajar.

Saya mendapat maklumat bahawa jenazah Haris akan di bumikan pada hari Isnin di perkuburan kristian di Jalan Cecily, Sandakan. Saya pada awalnya merancang untuk hadir juga pengkebumian yang akan dilaksanakan dengan instiadat polis.  Namun upacara pengkebumian Haris pada hari bekerja dan hari itu saya ada jadual kelas yang penuh. 

“Kita boleh buat solat jenazah ghaib untuk Haris”. Saya mencadangkan kepada pelajar tersebut.

“Bila mahu buat solat jenazah Ustaz? Saya nak hebahkan makluman kepada semua pelajar asrama.”

“Saya cadangkan kita buat malam ini selepas solat maghrib di Masjid al Aqsa.”

‘Kita bagi peluang kepada semua pelajar asrama untuk solat. Semua pelajar lelaki dan perempuan.”

“Ya ustaz. Kalau buat waktu zohor ini tak muat surau kita ni kecil sangat. Nak ke Masjid al Aqsa jauh juga untuk pelajar perempuan hendak kesana.” Pelajar tersebut setuju dengan cadangan saya.

Malam itu saya datang awal ke sekolah untuk solat maghrib bersama-sama pelajar dan kemudianya solat jenazah Ghaib untuk arwah Haris.

Sebelum solat saya telah memberi penerangan tentang tatacara solat jenazah ghaib kepada pelajar. Ini adalah pengalaman baru kepada pelajar SMKE untuk solat jenazah yang sebenar. Sebelum ini hanya sekadar teori yang dihafal sahaja. Kali ini pelajar perempuan pun berpeluang untuk ikut sama melaksanakan solat jenazah.

Selepas solat jenazah ghaib yang diimamkan oleh saya, saya memberi kuliah maghrib yang berkisah tentang kisah Haris ini. Kisah dikaitkan dengan beberapa hukum fikah yang berkaitan dengan situasi yang hadapi oleh Haris.

Rumusan yang saya buat ialah pentingnya keimanan kepada Allah taala dan Husnul khatimah. Apa yang penting ialah imannya kepada Allah saat ketika dia meninggal. Haris ini insya Allah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan dia adalah seorang muslim yang taat. Cuma ia belum membuat dokumen rasmi sebagai seorang muslim sahaja.

Hukum fikah Islam juga bergantung dengan keadaan undang-undang semasa di Malaysia. Walaupun jenazah Haris tidak dapat diuruskan sebagai mana jenazah seorang muslim ia tidak menjadi masalah kepada Haris dan kita semua. Hukum asal wajib pengurusan jenazah secara Islam gugur dalam masalah ini.

Allah mengetahui kedudukan sebenar Haris. Roh Haris tetap ke alam barzakh bersama roh orang beriman walaupun jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan kristian. Di sinilah perlunya ketegasan dalam diri setiap muslim dalam pegangannya akidah. Al Quran sendiri membawa banyak contoh bagaimana orang terdahulu sanggup diseksa sehingga hilang nyawa kerana mempertahankan aqidah.

Kisah ahli sihir zaman firaun apabila mereka kalah dalam perlawanan ilmu sihir dengan nabi Musa, mereka telah mengisytiharkan keimanan mereka pada Allah. Mereka telah dihukum bunuh dengan ditanam separuh badan dalam tanah kemudiannya mereka di gergaji bermula dari atas kepala sehingga badan mereka terbelah dua bahagian. Mereka digergaji seorang demi seorang sehingga semuanya mati. Namun mereka semua tetap tidak berganjak mempertahankan keimanan mereka walaupun dibunuh dengan cara yang begitu ngeri sekali.

Mungkin bagi pandangan kita mereka boleh saja menyembunyikan iman mereka dengan mengikut kehendak firaun mengaku dirinya sebagai tuhan. Itulah yang terbaik demi menyelamatkan nyawa. Tapi mereka memilih untuk mempertahankan iman. Begitu lah kuatnya iman orang dahulu. Inilah yang perlu diteladani oleh kita semua orang kemudian.

Tuesday, February 11, 2025

HARRY SIM 9: MENZIARAHI HARIS BUAT KALI TERAKHIR

 Pada hari Ahad, lebih kurang waktu sebelum zohor saya mendapat panggilan lagi dari keluarga Haris. Kali ini dari kakaknya.

Ustaz! Kami merayu sangat-sangat. Jangan ambil Harry. Jangan ganggu kami.” Itu ayat pertama yang keluar dari Nokia 3310 saya. Saya terkejut kerana masih ada lagi isu tuntutan jenazah ini.

“Mana ada. Siapa bilang saya mahu ambil Harry. Semalam kan saya dah bilang sama mamak Harry, kami tidak akan tuntut jenazah Harry.  Semua dokumen dia tak ada membuktikan dia adalah muslim.”

 Saya tegaskan sekali lagi pada kakaknya.

“Iya ka Ustaz. Mamak ku sedang menangis ni bimbang Harry diambil dan diruskan dengan cara Islam. Mamak ku sudah bincang sama paderi akan uruskan jenazahnya.”

“Iya.. betul. Aduh.. siapa yang bilang begitu.”

Saya geram juga siapalah yang masih lagi cuba menuntuk jenazah Haris dari keluarganya. Saya pula yang terpaksa menenangkan keadaan. 


Kakak Haris memaklumkan saya bahawa jenazah Haris sudah tiba pagi ni beberapa jam yang lalu dengan pesawat Mas. Jenazah sudah ada dirumahnya di Sungai Batang.

Bolehkah saya datang ziarah?” Saya bertanya meminta izin.

“Datang lah Ustaz. Boleh jumpa mamak Harry juga.” Saya mendengar suara kakaknya sudah tenang dengan jaminan saya tadi.

Petang itu saya dan beberapa orang bekas pelajar saya ke rumah keluar Haris di Sungai Batang di belakang lapangan terbang Sandakan. Rupa-rupanya rumahnya dekat saja dari rumah saya di Taman Fajar.

Saya sampai ke sebuah rumah kampung  yang sudah terpasang dihalamannya khemah besar. Saya di sambut oleh kakak Haris dan dia membawa kami ke khemah bertemu ibu Haris yang kelihatannya masih menangis. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan saya. Memandangkan situasi berlaku dan kontroversi yang berlaku saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, saya menyambut salam ibu Haris.

“Lihatlah anak saya ustaz. Harry sudah tiada. Dia telah tinggalkan saya ustaz.”

Dia menarik tangan saya untuk melihat anak kesayangannya Haris dalam keranda. Esakan tangisnya semakin kuat. Saya hanya mengikut ibu Haris. Keranda tersebut sudah siap terbuka dan saya menjenguk kedalam.

Saya melihat  Haris masih seperti dulu. Cuma sekarang sudah kaku. Mukanya bersih. Dia dia di pakaikan dengan sut lengkap dengan bertali leher merah. Ya Allah. Sayu saya melihat keadaan Haris. Air mata saya mengalir mengenangkan nasib Haris. Tapi itu adalah pilihannya. Saya sudah ingatkan dia sebelum ini. Mungkin keadaan dan situasi Haris membuatnya lambat membuat tindakan. Sehingga ahir hayatnya dia menyembunyikan imannya dari ibunya.

“Ustaz. Haarry anak yang baik. Dia amat sayang dia. Dia pergi dulu tinggalkan saya.”

Ibu Haris masih lagi mengulang-ngulang kata sama pada saya. Hati ibu mana yang tidak luluh sedih kehilangan anak yang  tersayang. Ibu Haris mudah dengan air mata. Mungkin inilah yang menyukarkan Haris membuat keputusan yang besar dalam hidupnya.

Saya membaca al fatihah dan doa untuk Haris sebagaimana untuk orang Islam. Ibunya hanya memerhatikan saya berbuat begitu tanpa apa-apa reaksi. Saya yakin bahaya ibunya juga tahu bahawa Haris sudah muslim. Berdasarkan cerita Haris sebelum ini pun adik Haris sudah terserempak dengan Haris yang sedang solat dalam bilik dan berlaku perang besar Haris dengan Ibunya. Kali ini ibunya tidak menghalang saya berdoa pengampunan dan rahmat untuk Haris.

Selepas saya berbual-bual dengan beberapa ahli kelurga Haris dan saya juga menyantuni ibunya dengan bercerita apa-apa yang baik tentang Haris saya meminta izin untuk pulang. Saya sampaikan juga sedikit sumbangan kepada Ibu Haris untuk meringankan bebannya menguruskan jenazah dan sebagai tanda simpati kepadanya.

“Ustaz! Doakan untuk Harry ya Ustaz. Semoga dia baik di alam sana.” Pinta ibu Haris.

Ya. Kepercayaan kristian tidak banyak beza dengan Islam. Mereka juga percaya alam akhirat dengan adanya pembalasan syurga dan neraka.

“Sudah pasti makcik. Saya yakin tuhan akan muliakan Haris. Tuhan akan tempatkan dia dalam syurga di Akhirat nanti. Dia telah membuat pilihan yang tepat untuk hidupnya.”

Ujar saya sambil mengukir senyum. Saya harap Ibunya faham apa yang saya maksudkan.

Saya dan beberapa pelajar saya pulang dengan sayu. Kami hanya senyap seribu bahasa semasa perjalanan balik sedih mengenangkan keadaan Haris. Masih tergambar wajah Haris dengan sut hitamnya dalam keranda.

Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan rohnya ditempatkan bersama orang soleh seterusnya dimasukkan ke Syurganya yang luas terbentang.

 

Monday, February 10, 2025

HARRY SIM 8 : JANGAN AMBIL ANAK SAYA

 Panggilan dari Fariz, rakan sekerja dan rakan serumah Haris amat menggangu perasaan saya. Saya  amat  amat sedih dan sayu dengan apa yang telah  berlaku kepada Haris.  Tiada apa yang saya dan rakan muslim lakukan apabila semua  dokumen membuktikan bahawa Haris masih dalam agama lamanya.  Hanya bukti  saksi hidup sahaja yang mampu digunakan. Bukti itu tidak cukup kuat berbanding dokumen rasmi.

Peristiwa yang menimpa Haris berlaku pada hari Jumaat. Sekurang-kurangnya Haris dijemput mengadap pencipta pada hari mulia.  Siapa yang meninggal pada hari jumaat ada kelebihannya yang tersendiri, agak istimewa berbanding  dari hari yang lain. 


Pada pagi sabtu yang hening ketika saya masih berehat sambil mengadap komuter menyelesaikan kerja-kerja peribadi saya, tiba-tiba henset saya berdering. Hanya nombor panggilan yang keluar . Maknanya pemanggil ialah seseorang yang saya tidak kenali. Setelah saya menekan butang terima terdengar suara  pemanggil yang  macam sedikit cemas.

“Ustaz Abdullah ka ni?”

“Ya. Saya Ustaz Abdullah. Siapa di sana ya?”

“Ustaz, Jangan lah ambil anak saya. Itu anak saya”. Terdengar suara tersekat-sekat dan sayu menggambarkan emosi pemanggil yang terganggu.

“Eh.. Apa ni? Saya tak fahamlah. Siapa ni? Siapa anak Makcik?”.  Saya bertanya kembali. Memang terkejut  bila terus perbualan dimulakan begitu. Saya tidak faham hujung pangkal dan latar belakang pemanggil.

“Saya mamak  si Harry. Semalam Harry sudah tiada , meninggal di Perak sana tempat dia kerja.” Saya mendengar suara tersekat sekat. Rupanya  pemanggil ialah Ibu Harris yang meninggal di Simpang Pulai semalam.

“Oh ya. Saya dapat berita semalam. Takziah untuk makcik sekeluarga. Harry orang baik.”

“Ustaz  jangan ambil anak saya. Itu anak saya.”

“Eh. Kenapa saya nak ambil anak makcik pula.    Itu kan anak makcik.”

“Semua orang bilang  Ustaz nak ambil anak saya sebab dia sudah muslim. Ustaz yang Islamkan dia. Kami tidak boleh uruskan Harry mengikut agama kami.” Saya dengar semakin kuat esakannya.

Tidak makcik. Kami tidak akan tuntut anak makcik. Dokumen dia semuanya tidak menunjukkan dia adalah muslim.    Pihak polis pun akan uruskan sebagaimana biasa dengan keluarga makcik.  Saya dapat tahu bahawa  Harry akan dihantar ke Sandakan dan akan diserahkan kepada makcik”.

Saya menerangkan keadaan kedudukan status Harry kepada ibunya.  Saya juga memberi jaminan tidak akan  buat tuntutan terhadap jenazah Harry. Saya hairan kenapa tiba-tiba saya menjadi watak penting  rujukan dalam kes ini.  Siapa yang menggunakan nama saya dan siapakah telah memberi nombor telefon saya kepada rakan Haris dan juga keluarganya.

Saya berbual lagi dengan ibu Haris . Dia sudah mula tenang dan mampu bercakap dengan baik. Banyak dia bercerita tentang Haris kepada saya.  Haris adalah anak yang baik. Anak yang taat. Tidak  pernah melukakan hatinya.  Haris banyak  membantu keluarganya. Gaji Haris sebagai polis sebahagian besarnya di serah kepada ibunya. Semenjak  Haris bekerja beban dia menjaga anak-anaknya lebih ringan.

Sekarang Haris sudah tiada. Dia  hilang punca. Saya memberi jaminan kepadanya bahawa pihak kerajaan akan memberi pampasan kepada keluarga Haris kerana  meninggal ketika bertugas. Ibunya tidak perlu risau.  Pihak kerajaan akan bantu.  Semua manfaat kematian akan dapat kepada keluarganya. Itu saja yang mampu pujuk ibu Haris.

Ibunya memberitahu saya bahawa jenazahnya akan sampai esok hari iaitu hari Ahad dan  akan disempurna dengan sepenuhnya dengan  upacara  Kristian. Saya  hanya mampu mengiyakan saja   . Hati ini amat sedih dan amat perit dengan apa yang berlaku. Namun apa yang saya mampu lakukan. Kami tiada dokumen jelas bahawa Harry sudah muslim. Kami tidak mahu timbulkan isu kontroversi yang boleh memburukkan nama Islam itu sendiri.

Hati saya hanya mengatakan bahawa ini adalah pilihan Haris sendiri.  Tapi yang pastinya Haris meninggal dalam imannya yang kuat.  Allah maha mengetahui keadaan  Haris. Allah maha adil.


Sunday, February 09, 2025

HARRY SIM 7: PANGGILAN DARI POLIS SIMPANG PULAI

 Selepas beberapa tahun Haris keluar dari SMKE, saya hampir lupa tentang kisahnya. Tiba-tiba ketika waktu hampir maghrib dan saya sedang bersiap-siap hendak ke masjid,  saya mendapat panggilan misteri.

“Assalamualaikum. Ini ustaz Abdullah  kah?”

“Ya. Ustaz Abdullah  di sini.  Saya bercakap dengan siapa ya?”

“Saya  Fariz dari  Simpang Pulai.  Saya rakan serumah Haris, bekas pelajar Ustaz dulu di Sabah”.

“Saya nak maklumkan pada Ustaz, Haris dah tiada. Allah jemput dia petang tadi kerana terlibat dalam kemalangan ketika mengejar peragut.” 


“Saya dan Haris bertugas di Balai Polis simpang Pulai.  Petang tadi Haris mengejar peragut yang telah meragut beg tangan wanita. Namun malangnya ketika Haris hampir dengan motosikal peragut,  peragut tersebut menendang motosikal Haris menyebabkan ia terbabas . Kesan terbabas tersebut Haris meninggal di tempat kejadian.”

Allah.. saya mengucap panjang mendengar perkhabaran ini. Saya terdiam seketika. Terkejut juga saya menerima panggilan dari jauh. Terdetik juga  bagaimana dia boleh dapat nombor telefon saya. Sedangkan saya bukan saudara maranya.

Saya dapat nombor telefon Ustaz dari seseorang.  Dia bagitahu kami Haris  peluk Islam dengan Ustaz.”

Oh.. baru saya faham kaiatan saya dalam kisah ini.

“Cuma Ustaz! Apa yang menyedihkan kami ialah Haris belum lagi mendaftar sebagai Muslim.”

“Kami terasa amat sedih. Kami  rakan serumah sewa Haris semua ambil cuti esok untuk  temankan Haris ke pejabat Agama Islam. Haris baru bersedia untuk daftarkan Islam.”

“Haris bagitahu kami dia sudah Islam. DIa adalah muslim yang taat. Tidak pernah tinggalkan solat. Puasa pun tak pernah tinggal. Kami lihat Islam dia lebih baik dari kami.”

Saya amat terkejut mendengar berita ini.  Apa yang saya  ingatkan Haris betul-betul terjadi. Dia tidak sempat mendaftar di pejabat agama gara-gara ingin menjaga hati ibunya. Dia masih menyembunyikan aqidahnya dari ibunya sendiri.

“Ya Allah.. Astaghfirullahal azim. Apa yang saya gusarkan betul-betul berlaku.”

Hanya itu yang terkeluar dari mulut saya.

“Itulah Ustaz. Kami pun    pening bagaimana nak uruskan jenazah Haris.  Semua dokumen dia menyatakan dia beragama kristian. Kad pengenalan dia tertulis kristian. Dokumen Haris dalam sistem kami pun menyatakan dia beragama kristian.   Kami dapati borang pulapol dulu yang bertulis tangan pun Haris tulis agama kristian.”

Fariz  meluahkan  apa yang  terbuku  di hatinya.

“Jadi. Apa yang kamu perlu buat ustaz. Ustaz pun sahkan dia sudah Islam. Kami pun bersaksi dia  Islam.”

“Kalau begitu, kita tidak boleh buat apa-apa. Kita tidak ada bukti sah bertulis dan juga dokumen  menunjukkan Haris sebagai Islam. Payahlah.”

“Jadi , tidak ada jalan lain kah ustaz? Pilu hati kami Ustaz mengenangkan nasib Haris ni.” Fariz masih mendesak minta pandangan saya mencari jalan keluar.

“kita terpaksa lepaskan Haris. Kita tidak ada hak untuk uruskan jenazah dia sebagai Muslim. Kalau kita tuntut  pun hanya akan menimbulkan kontroversi saja. Lagi pun  saya susah ingatkan Haris kemungkinan akan berlaku sebegini.”

Saya hanya mampu bertegas sebegitu memandangkan dokumen rasmi tidak memihak kepada kami. Tidak ada guna untuk buat tuntutan.

Ya Allah sedihnya kami Ustaz. Bagaimana nasib Haris di alam barzakh nanti. Terseksanya dia.”

Fariz mengeluh.

“Tidak. Insya Allah. Allah lebih tahu keadaan dia. Di alam barzakh nanti dia tetap bersama orang beriman.  Dia tidak akan terseksa. Dia sudah muslim.”

Hanya itulah jawapan saya untuk menenangkan Fariz dan rakan serumahnya.  Saya mengucapkan terima kasih kepada Fariz kerana memaklumkan kepada saya berita ini. Saya meminta mereka bersabar dan mendokan  agar Allah mengampunkan dosa Haris dan   rohnya ditempatkan bersama orang beriman seterusnya dimasukkan ke syurganya yang luas terbentang.

Allah tahu apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada Haris.


Friday, February 07, 2025

HARRY SIM 6 : MENUNGGU WAKTU YANG SESUAI

 Keadaan Haris dengan keluarganya berlarutan sehingga selesai peperiksaan STPM. Namun Haris amat  komited dengan Islamnya. Akhir tahun, sebelum saya balik ke semanjung kerana cuti sekolah, saya bertemu dengan Haris yang sedang menjalani peperiksaan STPM bertanya khabar tentang  keadaannya. 


“Saya ni begitu lah Ustaz!.Mamak saya masih tegas mahu saya kekal bersama agamanya.”

“Insya Allah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk daftarkan Islam saya di pejabat agama.”

“Saya akan usahakan secepat mungkin. Ustaz Doakan saya”.

Begitulah situasi Haris berkenaan keluarganya. Dia adalah anak yang baik . Amat menjaga hati ibunya.  Ibunya, setelah berpisah dengan ayahnya terpaksa menguruskan sendiri anak-anaknya yang kalau tidak silap saya 4 beradik. Ayah Haris selepas berpisah ibunya,  memeluk islam kerana mengahwini seorang muslimah. Sayangnya dia tidak langsung mengambil berat tentang Haris dan anak-anaknya yang lain.    Bertanya khabar pun tidak.

Sebenarnya Haris mula meminati Islam apabila dia mendengar khabar ayahnya memeluk Islam sebelum berkahwin. Dia amat ingin berjumpa ayahnya dan berhasrat mengikut jejak langkah ayahnya. Namun sikap ayahnya itu menyebabkan niatnya terbantut.  Haris amat simpati kepada ibunya yang terpaksa bekerja keras untuk Haris dan adik beradiknya.

Itulah sebab utama Haris masih  tidak mendaftar  keislamannya secara rasmi. Dia tidak mahu melukakan hati ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.  Haris juga memberitahu saya   bahawa pernah satu hari  adiknya kedapatan bahawa Haris sedang curi-curi solat di biliknya dan melaporkan kepada ibunya. Hari yang gawat bagi Haris untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia masih kekal dalam agama kristian.

“Kamu lebih tahu situasi kamu sendiri”.

“Cuma pesan saya. Jangan lama-lama sangat. Kamu mesti cari jalan usahakan secepat mungkin.”

“Saya risau terjadi sesuatu yang buruk pada Haris. Nauzubillah. Tapi kita  tahulah bila ajal kita”.

“Kalau  Haris meninggal tanpa dokumen rasmi dan kad pengenalan masih belum di tukar status agama, Haris masih dikira dalam agama asal”.

“Jaga diri baik-baik. Walaupun apa saja berlaku teguh dengan iman kamu.”

Hanya itulah yang saya mampu pesan kepada Haris sebelum saya balik bercuti panjang ke semenanjung. Haris pula sedang menduduki peperiksaan STPM dan akan pulang kepangkuan keluarganya selepas itu. Satu cabaran yang besar untuk Haris untuk mengamalkan kehidupan sebagai muslim di rumahnya.

Selepas itu saya tidak  lagi bertemu dengan Haris. Selepas keputusan STPM keluar, saya mendapat berita Haris memohon  kerjaya polis dan sedang melaksanakan latihan di Pulapol Sarawak . Saya tidak  dapat maklumat tentang lain tentang dirinya. Saya beranggapan  dia sudah selesai mendaftar secara rasmi di pejabat agama dan meneruskan kehidupannya sebagai  muslim.


Monday, February 03, 2025

HARRY SIM 5 : MUSLIM DI SEKOLAH KRISITIAN DI RUMAH

 Selepas mengucap syahadah dan mengistiharkan diri sebagai muslim,  perubahan Haris  nampak semakin ketara. Dia hadir awal ke masjid dan   kadang-kadang memakai kopiah. Beberapa kalu juga dia  azan di masjid al Aqsa menggantikan jadual kawannya yang  terlambat.  Bacaan al Quran semakin  lancar.

Haris juga telang mengikut program rakan Iman  pimpinan pelajar asrama dan pelajar tingkatan 6. Selepas saya mengambil keputusan untuk melibatkan semua pelajar tingkatan 6 dalam  program rakan Iman asrama jumlah pelajar menjadi ramai. Sebelum ini ahli rakan iman tidak melebihi 2 orang. Namun setelah melibatkan pelajar tingkatan 6 jumlahnya melebihi 30 orang. Sekarang Haris pun telah ikut sama. 

Sebelum ini segmen tadarus al Quran setiap pelajar boleh diminta membaca tiga baris setiap orang. Namun dengan jumlah yang ramai saya hanya menetapkan agar setiap pelahar hanya membaca sebaris sahaja secara bergilir.  Apa yang membanggakan ialah Haris sudah mampu membaca al Quran dengan baik walaupun masih belum lancar sebagaimana orang lain.  Ini adalah hasil bimbingan Mus yang mengajar buku Iqra dan  juga al  Quran utama setiap hari.

Kehidupan Haris di sekolah adalah seorang muslim yang taat dan malah ia lebih baik dari pelajar muslim yang lain.    Beberapa kali saya berbual bertanya khabar  tentang diri  dan keluarganya.  Haris memberitahu saya bahawa keluarganya masih belum tahu bahawa dia memeluk Islam.  Dia perlukan masa untuk memberitahu keluarganya  dan untuk mendaftarkan secara rasmi sebagai muslim di perjabat agama dan juga Jabatan Pendafraran Negara.

Satu hari Mus datang bertemu saya lagi. Kali ini nampak wajahnya kurang ceria seolah ada masalah yang  mengusutkan fikirannya.

“Ustaz! Bagaimana ya dengan si Haris ni?”. Luah Mus

“Kenapa dengan dia? Saya lihat dia ok saja.”

“Begini. Hariskan masih belum maklumkan kepada ibunya dia dah peluk Islam. Jadi mamaknya belum tahu.”

“Mamaknya pula kuat kristiannya. Selalu ke gereja setiap ahad. Dia memang ajak Haris sekali ke gereja.”

“Haris tak boleh boleh  menolak. Tak apakah dia pergi gereja ustaz?”

“Kalau dia pulang kerumah dia hanya curi-curi sembahyang di biliknya saja.  Susah juga sebab dia sebilik dengan adiknya. Jadi dia hanya boleh solat bila adiknya tiada di bilik. Kadang-kadang dia  terpaksa  kumpul solat bila ada peluang.”

Mus bercerita tentang Apa yang dihadapi oleh Haris. Haris ni seorang agak pendiam. Dia tak pernah mengadu dahn berjumpa dengan saya secara terus. Hanya mengadu pada Mus  saja.

“Gawat juga begini. Bagi peringkat permulaan ini   tiada masalah kot. Tapi tidak boleh lama-lama begitu.” Saya  cuba memahami keadaan Haris.

“Cuma tidak berdosakah dia kegereja dan buat ibadah sebagaimana orang kristian lain?. Tidak kira syirik ke ustaz?”

“Sekadar pergi ke gereja tiada masalah. Ibadah mereka pun dengan ceramah paderi dan menyanyi ja kan. Dia tak payah menyanyi lah.. Berlakonlah depan mamaknya.” Saya memberi cadangan solusi pada Mus.

“Insya Allah kalau hati dia kuat.  Dia masih tetap dalam iman. Hatinya mesti nekad menolak   kefahaman dan ibadah mereka. Apa yang dia buat itu hanya untuk menyembunyikan keimanan agar tidak menjadi masalah kepada  dirinya. Lagi pun itu untuk sementara waktu.  Allah tahu apa yang ada dalam hatinya”. Hanya itu yang saya mampu cadangan solusi untuk sementara waktu kepada Haris.

Haris sendiri kurang balik kerumah. Jika sekadar cuti hari minggu dia hanya di asrama. Walaupun rumahnya dekat  hanya di Kampung Sungai Batang yang jaraknya dalam 15km saja dari sekolah. Dia akan balik ke rumah pada cuti panjang sahaja. Haris menggunakan pelbagai alasan untuk tidak balik  kerumah.  Dia lebih suka di asrama kerana boleh mengamalkan Islam secara bebas dan tidak perlu bersembunyi.

Kami dapat merasakan dilemah yang dihadapi oleh Haris. Di Sekolah dia adalah muslim yang taat. Bila balik kerumahnya dia terpaks menyembunyikan imannya dan menzahirkan dirinya sebagai penganut kristian  sebagaimana ibunya. Nasib baiklah ibadah kristian hanya sekali seminggu pada hari Ahad sahaja.   Jadi saat genting bagi Haris hanya pada hari Ahad.

Saya memaklumkan kepada Mus bahawa Islam ini adalah agama yang rasional. Tidak keras menekan penganutnya. Allah tahu situasi  yang dihadapi oleh hambanya.   Hukum hakam dalam islam berbeza keadaannya mengikut individu. Begitu juga keadaannya dengan Haris. Hukum baginya berbeza dengan  kita sudah muslim dan tiada cabaran dan halangan.

Kami doakan agar Allah permudahkan urusan Haris menjadi seorang  Muslim yang sejati.


Sunday, February 02, 2025

HARRY SIM 4 : PANGGIL SAYA HARIS

 Kalau tidak silap ingatan saya, selepas 4 bulan atau 5 bulan Mus datang bertemu saya lagi berbincang tentan Harry Sim. Dia  kelihatannya gembira dan wajahnya  tersenyum berseri-seri. Ada berita  gembira katanya.

“Ustaz, Harry Sim dah tukar namanya kepada Haris”.

“Oh.. ya kah? Bila lagi?”

Malam tadi. Dia jumpa saya. Dia minta dan ucap syahadah . Dia kata dia sudah tak dapat tahan lagi.  Hatinya meruntun untuk mengucap syahadah dan rasmi menjadi muslim”. Mus bercerita tentang Harry Sim.

Memang sebelum ini  saya telah memberitahu bahawa walaupun  Harry Sim solat setiap hari tanpa gagal. Membaca al quraan setiap hari dengan amalan akhlak mulia tidak boleh dikira sebagai pahala. Ini kerana dia masih belum tekad melafazkan ikrar syahadah  sebagai muslim. Dia masih dikira tidak muslim dan  tertakluk  dalam batasan non  muslim atau  kafir dalam terma akidah. 


Mungkin ini yang menghantui perasaan Harry Sim.  Pemahaman mudahnya ialah buku catatan amalanya masih belum dibuka kerana masih belum berdaftar. Jika di sudah  ikrar secara rasmi dengan mengucap syahadah barulah dia dikira rasmi sebagai muslim dan buku catatan amalannya telah dibuka dan direkodkan oleh malaikat Raqib Atid.

“Alhamdulillah. Harry Sim telah  rasmi sebagai muslim. Sampaikan salam saya kepadanya. Cuma dari segi undang-undang Malaysia dia perlu mendaftar di pejabat agama dan juga Jabatan pendaftaran negera baru lah dia secara rasmi sebagai muslim.”

“Nanti saya bincang dengan  Haris”.

“Haris pelajar tingkatan 6. Umurnya sedah lebih 18 tahun tidak perlu lagi kebenaran ibu bapa untuk mendaftar. Dia  dah dikira dewasa boleh buat keputusan sendiri”. Terang saya lagi.

Setelah memberi penerangan dengan panjang lebar kepada Mus tentang selok belok undang undang juga  tentang isu aqidah dan sebagainya, Saya menasihati Mus agar mulai dari  hari ni Haris  perlu lebih serius giat mempelajari Islam. Pengajian tingkatan 6 tidak  ada mata pelajaran pendidikan Islam  menyebabkan  peluang untuk belajar adalah terbatas. Beliau hanya boleh belajar melalui kuliah  agama dan juga membaca buku-buku.

Saya meminta Mus sentiasa berbincang dengan  Haris tentang soal aqidah , terutama tentang persoalan rukum Iman agar   pemahaman aqidahnya jelas dan semakin kukuh. Jika ada persoalan yang rumit boleh datang berbincang dengan saya sendiri.

Alhamudlillah, Berita Haris memeluk Islam tidak mengejutkan warga SMKE. Dua orang warden non muslim pun amat mengalu-alukan pengislaman Haris. Sekarang Haris tidak lagi perlu  berselindung dengan guru  dan juga pelajar. Malah dia dengan bangga meminta rakan-rakan memanggilnya dengan nama Haris, bukan lagi Harry Sim.

Pada dasarnya, saya  lebih suka nama dikekalkan sebagai nama  asal sebelum Islam. Nama elok ditukar jika ia memberi makna yang tidak baik. Saya sudah membuat penjelasan kepada semua pelajar yang telah memeluk Islam sebelum ini. Namun mereka sendiri bersemangat memilih nama baru untuk mereka.  

 

Saya mahu guna nama baru untuk kehidupan baru”.

“Nama baru menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghayati Islam”.

“Kalau tak tukar nama saya rasa macam tidak perubahan pada diri saya”.

“Tak mengapa . Saya  masih mengekalkan nama lama saya yang diberi oleh ibu bapa. Saya hanya tambah satu nama saja”.

Itulah antara alasan pelajar-pelajar saya yang telah muslim  berkaitan dengan  isu nama ini. Saya tidak boleh memaksa mereka. Mereka bebas menentukan hidup mereka.

Harry Sim juga sama. Beliau mengatakan bahawa nama Haris sudah lama  difikirannya. Beliau sudah simpan nama ini  semenjak kecil lagi kalau suatu hari nanti dia memeluk Islam.

Saya terkejut juga mendengar luahan Harry Sim. Rupa-rupanya dia mula berminat dengan Islam semenjak ayahnya memeluk Islam selepas berpisah dengan ibunya.  

Tahniah Haris kerana  berani memilih jalan yang betul, pulang kepada fitrah.  Saya berdoa agar Allah permudahkan segala urusan Haris. Namun  jalan kehidupan Haris penuh dengan liku.


Saturday, February 01, 2025

HARRY SIM 3: BELAJAR AL QURAN DAN ISTIQAMAH SOLAT

 Saya lihat Harry Sim sentiasa ada di masjid dan dia sentiasa berada di depan setiap kali saya memberi kuliah maghrib. Penampilan dia seperti pelajar lain tidak ada beza. Berpakaian t shirt dan berseluar tanpa kopiah. Memang saya sendiri tidak bertegas dengan kod pakaian untuk ke masjid. Cukuplah dengan berpakaian menutup aurat dan sopan. Jangan pakai pakai t shirt yang bergambar dan tulisan yang banyak kerana boleh mengganggu fokus orang lain ketika solat. 


Jadi Harry Sim pun sama. Cuma Harry Sim ni pendiam orangnya. Jarang sangat bercakap dengan saya. Hanya sekadar bersalam dan pergi begitu sahaja. Saya pun tidak mengajak dia berbual-bual apatah lagi bertanya khabar tentang Islam. Hanya Mus yang menjadi perantara antara saya dengan dia.

Satu hari Mus datang lagi bertemu dengan saya.

“Ustaz! Harry mahu belajar baca al Quran. Bagaimanya ya?”

“Oh.. baguslah. Mulakan dengan membaca iqra’. Guna buku iqra’ biasa tu yang disusun oleh As’ad humam”.

Saya menyarankan agar Mus membimbing Harry Sim untuk mula belajar membaca al Quran bermula dengan Iqra’. Kebetulan saya ada stok buku Iqra dalam simapanan saya. Buku Iqra’ tersebut jenis gabungan Iqrah satu hingga enam. Agak tebal juga. Cuma itu saja yang ada.

Saya memberi buku Iqra tersebut kepada Mus. Saya menerangkan sedikit sebanyak bagaimana cara terbaik untuk membimbing bacaan Iqra. Saya juga memberi buku Fardhu Ain KPM yang banyak dalam simpanan saya untuk diberi kepada Harry Sim. Buku fardu Ain tersebut diagihkan ke setiap sekolah mengikut bilangan pelajar. Jadi pelajar yang sudah mahir saya tidak agihkan disimpan oleh panitia Pendidikan Islam dan gunua ketika dalamk kelas sahaja. Risau pelajar tidak menghargainya dan dibuang ke merata tempat.

“Bagaimana dengan Harry Sim sekarang? Dia dah pandai solat?” tanya saya pada Mus.

Ok Ustaz dia sudah pandai baca al Fatihah dan juga tahiyyat.  Bacaan lain pun dia dah mula belajar”.

“Dia amat istiqamah pergi ke masjid. Sekarang ni siang pun dia ke masjid. Kalau asar tu dia akan solat sama kami lah. Cuma subuh sahaja dia belum datang.”

Ya lah dia belum lagi shahadah secara rasmi sebagai muslim.

“Harry Sim ni memang serius kah nak peluk Islam?”

Saya bertanya ingin mendapat kepastian dengan Si Mus. Ya lah..  dia sudah banyak belajar dan sudah pandai solat dengan sempurna. Sekarang mahu belajar al Quran pula.

“Dia kata dia minat sangat dengan Islam. Tapi masih mahu belajar dulu. Dia bilang, bila dia sudah mahir tentang dalam banyak perkara, dia akan buat keputusan untuk peluk Islam”. Mus bercerita sambil membelek-belek buku Iqra ditangannya.

Prinsip saya memang begitu. Membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengetahui tentang Islam. Tidak pernah keluar dari mulut saya mengatakan kepada sesiapa “Kamu perlu masuk Islam”. Hanya Islam yang betul dan agama lain salah”. Saya menggunakan pendekatan logika minda dan juga sentuhan jiwa. Ada juga beberapa orang rakan guru yang suka bertanya tentang Islam. Saya memberi layanan baik kepada mereka memenuhi permintaan mereka.

Apa yang saya tekan ialah ‘Kehidupan ini adalah pilihan. Kita perlu memilih apa yang betul demi masa depan kita. Jangan tersalah pilih. Kita perlu berterima kasih kepada tuhan yang telah menciptakan kita dengan pelbagai kemudahan dan nikmat. Jadi sebagai tanda terima kasih kita mengakuinya dia sebagai tuhan dan patuh kepada apa dimintanya. Itu antara asas intipati penerangan saya kepada pelajar dan juga guru non muslim.

Begitu juga dengan pendekatan yang saya guna kepada Harry Sim. Cuma Harry Sim ini tidak bertemu dengan saya secara langsung. Hanya Mus yang menjadi perantara. Tak mengapalah. Saya lihat Mus amat komited dan memainkan peranannya dengan amat baik.

Selepas beberapa minggu Mus memberi tahu saya bahawa Harry Sim sudah pandai membaca al Quran walaupun masih tersangkut-sangkut. Dia bertanyakan kepada saya adakah boleh dia menggunakan al Quran biasa tanpa terjemahan untuk belajar al Quran.

“Boleh. Tapi minta dia berwuduk dulu sebelum menyentuh al Quran”.

“Walaupun dah mula membaca al Quran dari Surah al Baqarah dia mesti teruskan belajar Iqra agar proses pembelajarannya lebih mudah dan lancar”.

Harry Sim sudah sampai tahap Iqra’ 4 dalam masa tak sampai sebulan. Laju betul dia belajar. Mus memberi tahu saya Harry Sim belajar membaca Iqra lebih 5 atau 6 kali sehari. Tak tentu masa. Bila ada waktu lapang Harry Sim akan mencari Mus untuk belajar membaca Iqra’ Tidak hairanlah dia berjaya menguasai Iqra’ dalam tempoh yang amat singkat.

Kalau lah semangat ini ada pada pelajar muslim lain. Tiada lagi masalah buta al Quran dalam kalangan pelajar. Dalam hati saya berdoa agar Harry Sim segera di beri hidayah oleh Allah.