Wednesday, February 26, 2020

Bersediakan kita untuk Era teknologi 4.0?


Sepanjang saya berurusan dengan rakan taulan dalam kalangan generasi saya yang rata-rata warga pendidik dan ramai juga yang profesional ada beberapa perkara yang boleh diperhatikan. Norma saya kerja sayang terlibat dengan pengurusan 4 persatuan kebajikan mempunyai banyak urusan yang melibatkan teknologi maklumat dan juga media sosial.

Banyak kerja yang memerlukan keputusan dan tindakan segera perlu diselesaikan dalam masa sehari bahkan ada yang kurang. Hal ini boleh diselesaikan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang moden terkini.  Kewujudan telefon pintar yang boleh menyelesaikan segala urusan perhubungan dan juga kewangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Pada awal tahun ini berlaku kematian mengejut dalam kalangan warga alumni. Pihak alumni mengambil inisiatif untuk membantu keluarga si mati dengan memberi sumbangan segera. Pihak persatuan telah mendahulukan jumlah wang yang sesuai dan kemudian memungut sumbangan dari ahli alumni untuk menampung jumlah wang tersebut. Namun respon yang diterima ialah:

“Nanti hujung minggu boleh ke? tak sempat nak bank”
“Bank Rakyat tak ada dekat rumah saya, nak pergi ke bank terdekat agak jauh”
“Mesin deposit selalu ramai orang”
“Saya tak daftar akaun bank online. Tak biasa. Selesa”

Macam-macam lagi respon yang diterima dari kalangan warga alumni yang boleh dikira sebagai terpelajar dan profesional.

Kalau lah generasi ini pun masih ragu-ragu dan takut dengan perkembangan teknologi. Bagaimanalah teknologi 4.0 ini akan berkembangan pesat dalam masyarakat Islam di Malaysia.

No comments: