Pada 26 sept 2019 hari khamis Muaz akan bertolak ke Morocco untuk mula berkelana menuntut ilmu. Hampur semua persiapan utama dibuat sendiri oleh Muaz seperti mohon pasport dan visa di kedutaan Morocco. Muaz telah siap menukar wang saku rm2k kedalam mata wang usd dan euro untuk memudahkan perbelanjaan di Morocco nanti. Rm2k hanya dapat ditukar ke 200 uero dan 250usd.
Daftar masuk perjalanan penerbangan Oman telah dilakukan awal pagi menunjukkan penerbangan malam nanti penuh dengan penumpang. Hanya beberapa kerusi sahaja yang kosong. Oman Air hanya membenarkan berat bagasi sebanyak 30kg diisi dalam dua bag. Semasa mengemas barang untuk dua beg hampir mencecah 40kg. Tapi kami berfikiran positif mungkin boleh merayu lebih timbangan atas dasar pelajar. Tapi malangnya rayuan tidak berjaya dan staff kaunter daftar masuk meminta kami mengemas semula beg agar timbangannya menjadi 30kg untuk 2 bag.
Kami keluarkan barang yang kami lihat kecil, berat dan kurang perlu. Akhirnya kami keluarkan sos tiram, kiub tomyam, asam jawa dan keropok. Bila ditimbang semula masih 33kg. Namun staff daftar masuk yang baik hati melepaskan 2 bag tersebut.
Ramai datang menghantar Muaz ke KLIA. Nenek dan Syakirah sekeluarga sanggup datang jauh dari kelantan semata-mata ingin menghantar Muaz sebagai cucu dan anak saudara sulung yang akan berkelana jauh. Begitu juga kawan2 sekolah muaz yang datang memberi kata semangat. Ustaz halaqah tahfiz Muaz menelefon Muaz dan juga bercakap dengan saya sebagai bapa untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan untuk pengajian Muaz.
Semoga Muaz berjaya menuntut ilmu dan menimba pengalaman di bumi Morocco selama 3 tahun. Kemudian memberi khidmat dan bakti kepada agama dan negara. Insya Allah Muaz mampu lakukannya..
Terima kasih kepada semua yang mendoakan Muaz dan kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment