Kisah Cau Siri 3
Ibu Nurasyikin datang lagi ke sekolah seingat saya dalam akhir
tahun 2003. Tahun yang sama berlakunya peristiwa perbualan saya tentang isu
perlunya pisahkan dia dan suami kerana berlainan agama. Kali ini saya tidak ingat
atas urusan apa. Cuma seingat saya ada guru memaklumkan kepada saya bahawa Ibu
Nurasyikin datang lagi ke sekolah untuk berurusan dengan guru kelas Nurasyikin.
Sekali lagi saya datang bertemu dengan ibu Nurasyikin ketika dia sedang berurusan dengan guru kelas. Apabila telah selesai urusan, saya mengambil peluang bertanya khabar tentang keadaan keluarganya sekarang.
“Beliau tu dah tinggalkan kami semua. Saya dan anak-anak
sudah puas memujuk beliau tu agar peluk Islam dan hidup bersama kami. Saya bilang
pada dia Islam tidak benarkan hidup bersama suami ister jika berlainan agama.
Dia pilih untuk tinggalkan kami”. Ibu Nurasyikin bercerita dengan panjang
lebar apabila saya bertanya tentang suaminya.
“Jadi macamana keadaan sekarang? Siapa yang sedia duit
belanja?”.
Saya bertanya memandangkan dulu keluarganya bergantung penuh
pada suaminya. Ibu Nurasyikin sendiri tidak bekerja.
“Oh. Bila dia tinggalkan kami. Allah buka pintu rezeki
kami. Saya dapat kerja di kilang dekat kawasan rumah . Jadi dapatlah saya menampung
kehidupan kami sekeluarga. Kami juga dapat bantuaz zakat dari Pusat Zakat
Sabah. Alhamdulillah hidupan kami tidak susah. Allah bantu kami”. Jawab Ibu
Nurasyikin dengan wajah cerita.
“Bila lagi tu beliau tinggalkan makcik sekeluarga”?
“Lama sudah. Seingat saya tak lama dia bersama kami.
Dalam 4 atau 5 bulan begitu saja. Setiap minggu saya dan anak-anak pergi ikut
kelas agama di Jabatan Agama Islam Beluran.
Saya minta dia ikut. Tak mahu dia. Jadi saya dan anak-anak sajalah yang
pergi. Majlis agama bagi saguhati juga bagi siapa yang datang belajar agama.
Jadi saya dan anak-anak semua dapat. Hampir setiap minggu jugalah kami pergi”.
Alhamdulillah. Saya mengucap syukur pada Allah yang telah memberi jalan keluar kepada keluarga Nurasyikin. Dulunya dia bergantung penuh pada suaminya dan masih tinggal bersama walaupun bebeza agama. Sehinggakan kami warga guru berselisih pendapat tentang isu tinggal bersama sehinggakan timbul padangan mengatakan bahawa saya membiarkan zina berlaku. Lebih parah lagi saya terdengar suara-suara mengatakan saya menghalalkan zina kerana tidak berusaha memisahkan Ibu Nurasyikin dengan suaminya.
Ternyata Jabatan
Agama Islam Beluran lebih berpengalaman tahu tentang selok dakwah dan hukum hakam.
Mereka tidak bertindak memisahkan pasangan Ibu Nurasyikin. Mereka telah membuat
program susulan kepada semua muallaf dengan mengadakan kelas agama setiap hari
minggu dengan menyediakan token sebagai saguhati sebagai tarikan untuk mendalami
agama.
Apabila kefahaman agama muallaf ini kuat mereka semakin
yakin kepada Islam dan berani untuk membuat keputusan sendiri yang lebih baik. Mungkin
Ibu Nurasyikin banyak mendesak suaminya untuk belajar Islam menyebabkan dia tinggalkan
keluarganya dan dikira bercerai atas dasar berbeza agama.
Ibu Nurasyikin juga telah berusaha untuk berdikari
dengan mencari kerja sebagai punca pendapatan
bagi menyara keluarganya. Alhamdulillah, Allah maha kaya dan Allah maha pemurah
lagi maha pengasih. Dia telah mengatur segala kehidupan hambanya dengan
kebaikan apabila hambanya berdoa bergantung harap padanya.
Alhamdulillah selesai lah isu bersekedudukan dan tidak lagi
timbul isu saya menghalalkan zina. Saya juga memaklumkan kepada Ibu Nurasyikin bahawa
saya akan masukkan nama Nurasyikin dan adiknya dalam senarai pelajar yang akan
mendapat bantuan sebagai kategori muallaf. Kebetulan saya terlibat menguruskan
dana zakat sekolah dengan Pusat Zakat Sabah.
Semoga Allah permudahkan kehidupan Nurasyikin sekeluarga dan
mereka berjaya mendapat redha Allah dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment