Pada suatu hari Salmah datang berjumpa saya di bilik guru.
“Ada apa Salmah?” Saya bertanya kepadanya selepas
bertanya khabar tentang dirinya dan keluarganya.
“Saya nak bercerita
sesuatu pada Ustaz, boleh kah?”.
Tanya Salmah mahu dapatkan kepastian.
“Apa tak bolehnya,
teruskan”. Saya mengambil kerusi dan
mempersilakan dia duduk. Hari ni dia datang berseorangan.
“Begini bah ustaz!.
Sebagaimana saya cerita sebelum ini, keluarga saya ni dulu
asalnya islam tapi sudah tinggalkan
agama selepas di dakyah oleh gerakan kristian.
Tapi ibu dan bapa saya tidak ke gereja dan tidak pun ikut agama kristian. Kami ni dikira tiada agama.” Salmah memulakan ceritanya.
Salmah bercerita dengan
panjang lebar. SEMBAKO adalah singkatan yang di gunakan untuk barang keperluan asas harian seperti beras,
gandum, gula, minyak masak dan lain-lain. Ia
adalah istilah bahasa Indonesia yang diguna
pakai oleh masyarakat tempatan. Ringkasan dari ungkapan
Sembilan Barang Pokok.
“Adik saya selalu ikut
mereka ustaz. Tapi aku ni, beliau aku
larang sebab sudah Islam”.
“Saya risau lah Ustaz.
Apa yang saya perlu buat? Bagaimana saya
nak selamatkan keluarga saya?”. Tanya
Salmah dengan nada yang sedih.
Salmah yang masih baru dalam agama Islam amat cinta agama dan sudah terfikir untuk mempertahankan , menjaga dan menyebarkan agama Islam. Kita yang
sudah lama Islam ini pun kadang-kadang tidak terfikir tentang ini.
“Oh, boleh kah
kalau saya datang ziarah keluarga Salmah dan juga masyarakat kampung. Saya nak
buat macam gerakan kristian tu juga lah.” Ujar saya memberi cadangan.
“Tapi Ustaz!. Kampung
kami jauh ke dalam, rosak kereta ustaz nanti,
Saya rasa tak sesuai kereta masuk kampung kami. Orang
kampung guna pacuan empat roda atau van sewa ja ustaz”. Terang
Salmah lagi.
Saya rasa tercabar
sebenarnya dengan keadaan di Sabah. Gerakan dakwah kristian amat aktif di
kawasan pedalaman. Mereka giat berdakwah kepada masyarakat kampung. Apa yang saya tahu, mereka mensasarkan
masyarat yang tidak ada pegangan agama. Jika sudah muslim mereka tidak ganggu. Di Sabah
masih ramai yang digelar sebagai PAGAN
kerana tidak ada apa-apa pegaganan agama. Keluarga Salmah termasuk dalam kategori ini. Namun adik beradik
Salmah sendiri ada yang sudah memilih
agama kristian sebagai pegangan.
Saya menasihati Salmah agar meneruskan buat baik kepada Ibu bapanya.
Dia perlu menjadi contoh Muslim yang baik
kepada keluarganya dari pelbagai aspek seperti tanggungjawab, akhlak,
ibadah dan lain. Agar satu hari nanti
Ibu bapanya dan juga ahli keluarganya akan mendapat hidayah Islam.
Saya juga berjanji
untuk mencari jalan membatu dakwah Islam di kampung tersebut. Saya tidak memiliki kenderaan
pacuan empat roda untuk masuk ke sana. Saya merancang untuk membeli Hilux tapi
tak kesampaian. Saya juga telah membuat perbincangan dengan majlis agama
sandakan tentang ini . Namun tidak ada jalan keluar yang tuntas kerana beberapa masalah teknikal dan logistik.
Rasa berdosa memang selalu
melintas di hati ini kerana tidak mampu menyaingi apa yang telah dilakukan oleh
pendakwah kristian. Gerakan mereka amat tersusun dan mempunyai dana yang
banyak.
Saya sebagai guru hanya mampu melaksanakan tugas menyampaikan dakwah Islam dalam ruang
lingkup sedia ada. Peluang yang telah diberikan memberi peringatan sekadar lima
minit setiap pagi Isnin nampak memberi impak kepada guru dan juga pelajar. Hanya itu saja saya mampu lakukan. Semoga
Allah ampunkan dosa saya.
No comments:
Post a Comment