Selepas beberapa tahun berlalu , bila saya mengimbau kembali kenangan manis saya ketika bertugas di Sabah, saya teringat kembali kisah Salmah. Saya bertanya khabar beberapa orang bekas murid saya di SMKE tentang Salmah. Mereka tidak ada maklumat tentangnya semenjak dia selesai belajar di Universiti. Saya telah membuat carian di facebook untuk mendapatkan maklumat tentang Salmah. Alhamdulillah jumpa.
Saya melihat foto-foto dia bersama keluargannya menyejukkan hati saya. Dia sekeluarga beriltizam dengan Islam . Saya menghantar mesej melalui mesengger bertanya khabar tentang diri dan keluarganya.
Alhamdulillah , dalam hari yang sama mendapat balasan
mesejnya. Saya bertanya khabar tentang ibunya. Namun jawapannya amat
mengejutkan saya.
“Sihat
alhamdulillah ustaz.. Semua family sy dah masuk islam”.
Itu lah mesej yang
tertera dalam mesengger saya membuatkan saya terkesima seketika. Saya hanya
mampu mengucapkan Alhamdulillah memanjatkan rasa syukur pada Allah.
Kakaknya yang
tingkatan 6 dulu juga sudah kembali kepada fitrah sudah lama dulu, namun semakin berubah semakin kuat pegangannya pada
Islam.
“kakak sy dah start
pakai tudung dlm tahun ni juga... Kakak
sy ada d Sandakan juga.. Kerja hotel”.
Saya juga bertanya tentang
adiknya yang selalu mengikut pendakwah kristian
ketika dulu.
“Adik lelaki sy
masuk islam dah lama ustaz... Dah 8 tahun rasanya”.
“Adik bungsu sy yg
terakhir masuk islam...”
Panjang lebar Salmah
bercerita tentang keluarganya. Apa yang paling menyentuh hati saya ialah tanpa ditanya Salmah memberitahu saya.
“Org tua sy masuk
islam sbb sy x tinggalkn mereka wpun kami dah berlainan agama..”
Allah… Saya terkesima
seketika membaca apa yang Salmah tulis. Salmah betul-betul memegang kemas pesan
saya saat pertemuan genting yang panjang itu. Pesan inilah menjadi titik utama perubahan dalam keluarga Salamah.
Hidayah Allah
terpancar sinarnya dari amalan
agama yang tepat dan
ikhlas. Ihsan Salmah kepada Ibubapanya
telah memberi sinar hidayah bukan sahaja
kepada ibubapanya, malah kepada seluruh ahli keluarganya.
Besar sungguh pahalamu
Salmah. Saya terasa iri dengan Salmah. Iman dan taqwanya telah terbukti
diterima Allah. Salmah akan dapat pahala
dan ganjaran besar di sisi Allah sebagaimana yang dijelaskan oleh baginda
Rasul:
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ
رَجُلًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ
Demi Allah, apabila
Allah memberi petunjuk kepada seseorang melaluimu, itu lebih baik
bagimu daripada memiliki unta merah (harta yang sangat berharga).’”
Selain itu, terdapat
juga riwayat daripada Abu Mas‘ud al-Ansari R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى
خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu
kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”
Begitu juga riwayat
daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ دَعَا إِلَى
هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ
ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada
hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa
mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).”
Ya Allah! Permudahkanlah
urusan Salmah sekeluarga dan berkatilah hidup mereka dunia dan akhirat. Berikanlah
kepada ku peluang untuk menyampaikan dakwah ini kepada semua manusia. Permudahkan segala urusankan ku
.
No comments:
Post a Comment