Aku telah menasihatkan Salmah (bukan nama sebenar) agar merahsiakan keislamannya kepada rakan-rakan yang lain agar perkara ini tidak sampai kepada keluarganya. Jika kakaknya di tingkatan 6 itu tahu sudah pasti berita ini akan sampai kepada keluarganya.
Namun beberapa hari selepas itu heboh satu sekolah bahawa Salmah memakai tudung dan tidak mahu masuk kelas Pendidikan Moral sebagaimana biasa. Dia kekal dalam kelasnya bersama rakan-rakan muslim yang lain untuk belajar Pendidikan Islam. Biasanya pelajar non muslim akan keluar kelas untuk kelas Pendidikan Moral yang akan di adakan di kelas lain atau di makmal.
Setelah berita itu
tersebar, saya mendapat maklumat bahawa Salmah
telah dipanggil oleh kakaknya dan dimarahi bergitu teruk sekali. Kakaknya mengatakan bahawa ibunya amat marah
dan tidak mengaku bahawa Salmah ini anaknya. Ibunya tak mahu dia pulang kerumah
lagi. Ibunya tidak lagi mahu lagi memberi duit belanja.
Salmah amat sedih dan tertekan sehingga menangis hampir sepanjang malam. Esoknya saya telah memanggil Salmah berjumpa saya di bilik guru. Beliau datang
dengan seorang kawannya yang dulu. Salmah bertudung cantik dan kemas namun
wajahnya sugul . Aku bertanya kepadanya kenapa kenapa dia tidak rahsiakan tentang hijrahnya itu dan memakai tudung untuk
menutup aurat. Sedangkan aku sudah terangkan tentang situasinya.
“Aku sudah Islam
Ustaz, aku rasa bertanggungjawab untuk patuh pada semua perintah Allah. Aku rasa tak boleh kalau tidak tutup aurat”. Terang Salmah dengan nada perlahan.
“Sekarang kamu dah
hadapi apa yang saya risaukan. Kamu akan
dimarah dan dibuang oleh keluarga kamu”. Aku mengingatkan kembali.
“Tidak mengapa
ustaz! Aku cuba untuk kuatkan diri. Aku cuba hadapi apa yang berlaku. Cuma aku
sedih bila mamakku tak mengaku aku ni anaknya”. Salmah
masih kuat dengan semangatnya. Aku melihat
matanya berkaca-kaca.
Dia telah meminjam
tudung rakannya di asrama untuk dipakai . Ramai rakannya yang telah menghadiahkan tudung, telekung solat kepada Salmah.
“Disini ramai kawan
ku Ustaz, mereka banyak tolong aku. Mereka doakan aku. Ustaz , doakan saya kuat menghadapi ujian ini”. Ujar Salmah
Allah, kuat sungguh hati dia. Aku hanya mampu memberi kata semangat kepadanya dan mendoakan dia agar kuat menghadapi ujian ini. Aku berpakat dengan beberapa rakan guru ku
untuk membantu Salmah jika dia disisihkan
oleh keluarganya. Aku memanggil kawan yang menemani Salmah untuk berbincang bagaimana mahu membantu Salmah. Aku
meminta dia memerhati keadaan Salmah dan
memberi malklumat keadaan Salmah kepada ku.
Rakan-rakan Salmah
amat membantu. Merekalah yang banyak membimbing Salam untuk belajar menunaikan solat, mengajar membaca al
Quran dan juga Farhdu ain yang lain. Aku telah membekalkan buku PAFA, buku Asas
solat dan juga buku Iqra kepada Salmah.
Aku telah menyediakan
sedikit belanja duit poket kepada Salmah untuk dia berbelanja. Aku risau kakak
yang bertanggungjawab kepadanya selama ini telah menyisihkannya dan telah menahan
duit belanja Salmah. Mereka dari
keluarga kampung. Hanya kerja sebagai petani menjual hasil tanaman . Keadaan
ini yang menyebabkan keadaan nya agak rumit.
Tapi Allah mengetahui.
Allah maha kaya. Allah maha merancang. Dialah yang akan mengaturkan
segalanya. Aku berserah kepadanya.
No comments:
Post a Comment