Sunday, November 17, 2024

“SAYA LIHAT ATUK SAYA SOLAT”

Pada tahun pertama saya bertugas di SMK Elopura saya,  mendapat mesej kertas di atas meja saya  yang ditinggalkan oleh pelajar memaklumkan ada seorang pelajar non muslim ingin berjumpa saya selepas waktu persekolah. Sudah menjadi kebiasaan saya akan  pulang selepas solat zohor jam 1.30 petang. Zohor di Sabah sekitar jam 12 hingga 12.30 tengah hari.

Usai solat Zohor bersama pelajar di surau, saya ke bilik guru menunggu pelajar yang ingin berjumpa saya. Ustaz Najimuddin yang berkongsi meja dengan saya untuk sesi petang tiada di situ. Mungkin dia ada kelas.  Jadi tempat duduk guru kosong.

Sekita jam 1 dua orang pelajar perempuan datang. Mereka telah memperkenalkan diri  kepada saya bahawa mereka adalah pelajar tingkatan 4. Saya tidak mengajar mereka berdua.  Pelajarr non muslim itu memperkenalkan diri bahawa namanya Salmah bin Abu (bukan nama sebenar). Saya terkejut menengar nama tersebut.

“ Eh, Nama kamu ni macam muslim”.

“ Ya nama saya macam muslim, tapi saya beragama kristian. Ramai begitu kat sini ustaz”. Bagitahu Salmah menerangkan keadaan.

“Saya ingin memeluk Islam Ustaz!. Sudah lama saya ingin masuk Islam . Tapi bila ustaz datang saya rasa keinginan saya semakin kuat”.

Saya ingin  syahadah hari ini juga”.

Bersemangat betul Salmah bercakap kepada saya. Saya bertanya beberapa maklumat tentang diri dia. Dia berasal dari satu kampung jauh di Paitan, Beluran.  Dia ada seorang kakak  di SMKE yang sedang belajar dalam tingkatan  6 rendah.   Salmah masih  bermur 16 tahun , masih dikira bawah umur untuk membuat keputusan sendiri dan memerlukan kebenaran ibu bapa untuk memeluk Islam.

Namun Salmah tetap berkeras ingin masuk islam segera.  Katanya beliau sanggup menghadapi apa-apa cabaran demi agama Islam. Saya bertanya kepadanya apakah yang telah mendorongnya untuk memeluk Islam, sedangkan semua ahli keluarga beragama kristian.

“Semasa saya kecil saya selalu  lihat atuk saya solat di rumah”. Jelas Salmah.

Kemudian dia bercerita dengan panjang lebar sejarah keluarganya.  Rupanya  semua keluarganya  telah di islamkan  secara beramai-ramai pada zaman USNO. Pemimpin Islam ketika itu telah giat mengislam penduduk   di pedalaman Sabah. Namun selepas itu tiada  pihak yang berusaha untuk mengajar dan mendidik penduduk kampung dengan  ajaran Islam. Sehinggalah pendakwah-pendakwah  kristian  masuk kampung menyebarkan agama Kristian. Pada masa itu ramai penduduk kampung murtad menukar agama  kepada kristian termasuklah ibu bapa Salmah.

Namun atuk dan nenek Salmah tetap Islam sehinggalah mereka meninggal. Ayah dan ibunya juga menukar agama tapi tidak ke gereja.  Ramai yang tukar agama tapi mengekalkan nama asal termsuklah kerluarga Salmah.  Salmah banyak bergaul rapat dengan rakan muslim di sekolah dan melihat  rakan-rakan solat menyebabkan hatinya meruntun untuk kembali kepada fitrah.

Oleh kerana Salmah mendesak saya untuk terus  syahadah  dan  dia berjanji akan berpegang kepada Islam walaupun apa terjadi walaupun terpaksa mengorbankan nyawa katanya.  Salmah menutur kalimah syahadah tanpa dibimbing kerana dia belajar dengan rakan-rakanya dan telah membuat latihan dari awal. 

Saya menerangkan kepada Salmah bahawa pengislam  beliau tidak boleh didaftarkan kerana masih di bawah umur. Dia perlu merahsiakan keislamannya kepada keluarga kerana ibubapanya agar tidak   menjadi isu yang besar di Sekolah dan juga dalam kalangan keluarganya. Lebih lebih lagi kakaknya di tingkatan 6 itu adalah penganut agama kristian tegar. Saya menasihatkan Salmah agar tidak menukarkan penampilanya secara drastik, tapi  perlu mandi wajib masuk  Islam dan mula solat lima waktu.

Alhamdulillah.  Segala puji bagi Allah yang telah membuka hati Salmah untuk kembali kepada fitrah. Ini adalah antara kesan   pengisian 5 minit saya setiap pagi Isnin. Walaupun  saya bukan pencetus kepada hidayah kepada Salmah namun cukuplah saya telah memberi sumbangan membuka jalan setersnya. 

Kita  hanya mampu menyampaikan saja, Namun  hidayah  adalah milik Allah.

﴿ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾[ القصص: 56]

Sesungguhnya, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau cintai, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk.

Rasulullah juga perpesan bahawa sesiapa yang telah membuka jalan hidayah kepada sesorang akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar nilainya.

أنَّ النَّبيَّ ﷺ قَالَ لِعَليًّ، tفو اللَّهِ لأنْ يهْدِيَ اللَّه بِكَ رجُلًا واحِدًا خَيْرٌ لكَ من حُمْرِ النَّعم )متفقٌ عليهِ(

Demi Allah, bahawa Allah memberi petunjuk kepada seorang lelaki melalui dirimu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah

Saya teringat juga kepada pesan nabi

من دلَّ على خير، فله أجر فاعله. رواه مسلم.

Barangsiapa yang menunjukkan kebaikan, baginya pahala seperti pelakunya.

Saya berharap saya termasuk dalam golongan ini yang mampu menunjukkan jalan kearah kebaikan. Semoga saya mendapat pahala semua  kebaikan dan amal soleh yang dilakukan oleh Salmah sepanjang hidupnya. Ini lah antara  hikmah Allah telah  menghantar saya berkhidmat di Sabah.


No comments: