Sudah menjadi lumrah hari pertama persekolahan awal tahun dijadikan hari membayar yuran pelajar. Ibu bapa dan penjaga akan hadir kesekolah untuk melunaskan yuran persekolahan anak-anak mereka dan mengambil peluang berjumpa dengan guru-guru dan pentadbir untuk menguruskan anak mereka.
Aku menjadi guru kelas
paling hujung tingkatan 4. Kalau tak silap aku 4F, kelas Uncit bilang orang Sabah.
Ramai pelajar di kelas ini yang masih tidak boleh menulis dengan baik. Namun saya
seronok dan tiada masalah dengan pelajar ini kerana gelagat mereka yang menghiburkan
hati.
Setelah menjalankan tugas
mengutip yuran pelajar dan sekadar menunggu beberapa orang ibu bapa yang lewat
hadir. Saya berpesan kepada pelajar agar emaklumkan kepada ibu bapa atau sesiapa yang ingin
membayar yuran agar datang ke bilik guru.
Ketika Saya masuk ke
bilik guru, seorang guru memberitahu aku ada seseorang mencari saya ketika saya
masih dikelas. Dia bilang akan datang lagi cari saya bila saya tiada di bilik
guru. Baru saja saya duduk dikerusi, tiba tiba terdengar suara orang mencari
saya.
“Mana Ustaz
Abdullah, Aku mahu jumpa dia”.
Saya terlihat seorang
ibu berjalan ke arah saya. Rupanya Ibu Salmah yang mencari saya tadi. Dia
mengulurkan tangan untuk bersalam. Saya terpaksa menghulurkan salam bersalaman
dengannya walaupun saya sebenarnya tidak mengamalkan salam dengan perempuan. Oleh
kerana dia telah menghulurkan tangan lebih awal aku terpaksa menyambutnya agar
tidak menimbulkan rasa janggal dan tidak merosakkan menjatukan air muka ibu
Salmah.
Dia masih belum Islam, dia tidak tahu tentang adab bersalaman berlainan
jantina. Saya menggunakan kaedah yang diajar oleh guru saya ketika di Jordan
dulu berkaitan dengan isu bersalaman ini.
“Makcik apa khabar?
Sihat kah?”. Saya menyapa memulakan perbualan sambil
mengulurkan kerusi mempersilakan dia duduk. Salmah yang menemani ibunya hanya
berdiri di sebelahnya.
“Sihat, Ustaz macamana?”. Dia
menjawab mesra. Amat berbeza dari pertemuan kali pertama dulu. Sekarang wajahnya ceria gembira. Aku bertanya tentang keadaan kesihatan ayah Salmah yang dulunya kurang sihat. Aku juga
bertanya keadaan Salmah di rumah.
“Itulah sebab saya mahu dapat jumpa ustaz. Salmah semakin bagus dengan saya. Lepas dia
peluk Islam dia amat baik. Selalu bantu
saya buat kerja di rumah. Ringan tulang. Tak
perlu disuruh. Kadang-kadang aku yang minta dia berehat.” Cerita Ibu Salmah panjang dengan panjang
lebar.
Aku melihat Salmah yang
berada di sebelah ibunya tersenyum. Seronok mendengar pujian ibunya.
“Dialah anak yang
paling baik dirumah. Aku dan beliau sangat senang dengan dia”.
“Aku belikan dia telekung solat dan aku sediakan tempat khas untuk dia solat
agar Salmah solat dengan selesa”.
“Aku juga telah
beli periuk dan kuali baru khas untuk memasak
makanan Salmah”.
Allah, sampai begitu
sekali layanan Ibu Salmah. Aku sebenarnya sudah terangkan kepada Salmah tentang
penyediaan makanan. Oleh kerana keluarganya
tidak makan babi dan juga tidak minum arak, tidak perlulah diasingkan peralatan memasak. Cukuplah sekadar
memastikan makanan yang dimasak itu halal dan bersih.
“Aku nak ucapkan
terima kasih pada ustaz kerana ajar dan bimbing Salmah ni. Kami amat senang hati dengan dia”. Sambung ibu Salmah lagi.
“Makcik! Itulah sebenarnya
ajaran Islam. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu kewajiban. Islam lah mengajar
Salmah buat begitu. Bukan saya. Kalau lah semua orang Islam mengamalkan Islam hidup kita bahagia. Dunia ni akan aman.” Ujarku sambil tersenyum gembira dengan keadaan tersebut.
Sesunggunya Islam itu
adalah agama yang indah. Cuma penganutnya
saja yang masih belum mampu menyerlahkan keindahan Islam itu. Agama Islam membawa rahmat kepada manusia. Itu
sudah pasti. Nabi Muhammad telah diutuskan membawa agama islam yang
memberi rahmat kepada semua manusia dan seluruh kehidupan. Allah menyebut tentang
in dalam surah al Anbia ayat 107.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ
إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan Kami tidak
mengutusmu, melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam.
Tugas kita sebagai
muslim wajib berusaha untuk mengamalkan
apa saja perintah Allah dan rasulnya . Insya Allah islam akan terserlah indah.
Sebelum pulang, Ibu Salmah
mengulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman. Saya mengulurkan duit
RM50 untuk dia berbelanja di bandar
Sandakan sebelum pulang ke kampungnya di Jaya Bakti.
Aku hanya mampu mengucapkan
alhamdulillah bersyukur
pada Allah dengan apa yang berlaku. Dialah yang
maha berkuasa mengaturkan segalanya. Dialah yang mampu memberi hidayah
dan mengubah hati manusia.
Semoga satu hari nanti
ibu Salmah dan keluarganya juga mendapat hidayah untuk kembali kepada agama
fitrah.
No comments:
Post a Comment