Satu hari ada seorang pelajar berjumpa saya di bilik guru. Dia tanya saya adalah saya boleh datang ke rumahnya untuk buat tahlil arwah. Ayahnya minta dia carikan siapa yang boleh membimbing tahlil untuk arwah orang tuanya. Sudah lama mereka tidak buat tahlil. Menjadi adat di Sabah atau Sandakan khususnya untuk membuat tahlil bulan Syaban sebelum datangnya Ramadhan.
Mereka merancang untuk membuat tahlil pada petang Sabtu
dirumahnya di kampungnya yang terletak lebih kurang 5km dari jalan besar
Sibugal. Saya menerima pelawaan tersebut dan pelajar tersebut akan menunggu
saya di simpang jalan besar jam 5 petang. Memang menjadi adat disini tahlil
pada waktu petang.
Pada hari sabtu tersebut saya hadir kerumah pelajar tersebut
sebagaimana yang dijanjikan. Rumahnya agak jauh juga tapi jalan besar. Separuh jalan
aspal dan separuh lagi jalan gravel (jalan batu krikil). Rumahnya agak besar
juga. Saya lihat sudah ramai orang
berkumpul menunggu saya lelaki dan perempuan.
Saya dipersilakan naik kerumah dan hidangkan dengan air teh
dan kueh muih. Kami bersembang macam-macam perkara agak lama juga. Bila saya
bertanyakan bila nak mula tahlil, ayah pelajar tersebut meminta saya agar menunggu
dulu. Ada beberapa jemputan belum lagi sampai.
Selepas lama menunggu dan hari sudah semakin gelap. Jam saya
menunjukkan 5 minit lagi waktu maghrib akan masuk. Ayah pelajar tadi membawa
tasbih kepada saya untuk memulakan tahlil.
“Ustaz! Sudah boleh mula tahlil. Persilakan”.
Saya terkejut. Sebelum ini hanya mendengar cerita sahaja bahawa
budaya di sandakan ini akan mula tahlil bila
azan solat maghrib atau isyak. Azan itu petanda untuk mula tahlil bagi tempat tempat tertentu. Hari ini saya
hadapinya sendiri.
“Kita solat maghrib dulu lah. Sekarang sudah masuk
maghrib. Lepas solat kita terus tahlilan.” Saya mencadangkan.
Mereka bersetuju dengan cadangan saya. Ayah pelajar tadi
mengambil satu sejadah di hamparkan di penjuru rumah.
“Silakan ustaz Solat. Kami tunggu”.
Saya terkejut apabila mereka hanya minta saya saja yang
solat dan mereka akan menugguh saya habis solat untuk memulakan tahlil.
“Semua yang ada solat sama-samalah. Saya jadi imam. Semua
pergi ambil wudhuk. Saya tunggu.” Saya mengumumkan kepada semua yang ada
dalam rumah tersebut. Ada yang memberi alasan tidak cukup sejadah untuk solat
berjemaah. Saya menjelaskan sejadah bukan syarat solat. Memadailah di atas
tikar biasa. Bahkan solat di atas lain kosong pun solat adalah sah. Apa yang
wajib ialah mestilah bersih.
Saya melihat ada sorang lelaki pertengahan umur sekitar 50an
tidak bergerak. Dia memakai baju melayu sepasang tanpa samping masih lagi
sedang merokok berhampiran pintu rumah.
Saya menyapanya.
“Bang jom solat sama-sama.”
Dia dia tidak menjawab. Hanya melihat wajah saya. Saya
mengajaknya sekali lagi untuk solat. Dia tetap diam. Selepas kali ketiga saya
menjemputnya, dia bangun mendekati saya dan berbisik:
“Aku tak pandai solat. Aku tak pernah solat”. Belum
belajar lagi”.
Aku terkejut mendengar bisikannya. Kali pertama aku
mendengar orang jujur mengaku tidak solat. Aku memujuknya lagi.
“Bang! Solat ni senang saja. Ikut ja pergerakan saya bila
sembahyang nanti.”
“Oh. Begitu kah. Saya nak solatlah.”
Dia terus mengikut saya dari belakang dan berdiri
betul-betul dibelakang saya. Saya tak bertanya pun padanya dia ambil wudhuk
atau tidak. Biarkan. Saya mengimamkan solat maghrib petang itu untuk semua yang
di rumah itu. Saya perasan ada juga yang solat di atas lantai kerana tidak ada tikar
atau lapik yang cukup.
Selesai saja memberi salam dan belum saya membaca zikir.
Lelaki tadi yang solat tanpa wudhuk dah hanya mengikut gerakan saya datang
kesebelah saya mahu bersalam sambil dia berkata:
“Terima kasih ustaz ajak saya solat. Saya tak pernah
solaat. Hari ni saya baru saya solat. Rupanya mudah ja solat. Ikut gerakan
orang kat depan saja ya.”. tuturnya dengan wajah teruja.
Saya mengisyaratkan kepadanya agar duduk di sebelah saya
untuk saya habiskan wirid dan doa dahulu. Selepas doa saya teruskan dengan
tahlil arwah. Selepas selesai tahlil arwah barulah saya melayannya berbual
panjang. Dia menceritakan tentang kehidupan dia yang gelap penuh kejahilan. Islam
hanya pada nama.
Dia berjanji untuk belajar solat dan ingin menjadi orang
Islam yang taat yang layak masuk ke syurga Allah. Saya mepelawanya singgah
kesekolah saya untuk saya bagikan buku panduan solat kerana dia boleh membaca. Tapi
dia tidak muncul, namun saya kirimkan kepada pelajar tadi buku tersebut dan
meminta dia mengajar pakciknya itu solat dengan sebaiknya.
Masih ramai lagi masyarakat di Sabah yang memerlukan bimbingan.
Ustaz dan guru agama dari semanjung lah yang banyak berperanan mendidik pelajar
di sana erti kehidupan sebagai seorang muslim.
No comments:
Post a Comment