Itulah permintaan dan pujukan Puan Hajah Masni binti Madat ketika beliau menelefon aku menawarkan jawatan sebagai pensyarah IPG Tawau. Beberapa bulan sebelum itu aku telah mendapat panggilan dari ketua jabatan Pendidikan Islam IPG Tawau.
“Ustaz telah lulus temuduga pensyarah IPG, Kami nak
jemput ustaz ke sini. Kalau ustaz
bersetuju, kami kami akan proses surat
pindah”. Katanya.
Hati aku sebenarnya berat untuk meninggalkan sekolah SMK Elopura ini. Aku telah telah seronok di sini bersama warga guru dan juga pelajar yang amat baik bagi aku. Sekolah ini lah yang telah berjaya mencetuskan minat aku menjadi guru.
Sebelum ini aku hanya sekadar ingin menjadi guru ,
melepaskan tanggungjawab dan janji ku kepada KPM yang telah membiayai pengajian aku di Jordan. Aku menolak pelawaan
tersebut.
Aku mengisi borang
permohonan pensyarah IPG ni pun kerana pujukan
kawan-kawan aku Bakri dan Kharul Anuar yang telah sama di postingkan di
Sandakan. Aku di SMK Elopura, Mereka berdua di SMK Kinabatangan. Semasa hadir temuduga pun, aku tak membuat
ulangkaji. Aku hanya tidur dan hanya
sekadar melihat dua kawanku itu mengulangkaji buku-buku pedagogi dan
dasar-dasar pendidikan.
Bagi aku , aku akan jawab apa yang aku tahu saja. Aku orang yang pertama di temuduga. Macam -soalan
provokasi dihalakan oleh ahli panel. Panel
hari itu ialah Timbalan pengarah IPG Tawau dan Pengarah BPG cawangan
Sabah. Hampir sejam bertubi-tubi soalan yang aku terpaksa jawab. Rumusan akhir aku mengatakan aku tak mahu menerima tawaran sebagai pensyarah IPG
Tawau. Aku hanya menerima jika
ditawarkan di IPG Kota Bharu, Bandar
tumpah darah ku.
Aku terkejut bila ada
guru memberitahu aku, Pengarah IPG
Tawau dalam talian mahu bercakap dengan
aku. Aku rasa ini kali pertama aku
menerima panggilan dari orang berpangkat
besar dalam kementerian. Aku hampir tak percaya
sebenarnya.
“Saya tahu ustaz menolak tawaran ini dari ketua jabatan JAPIM, jadi saya nak cakap sendiri dengan
ustaz. Saya dengar ustaz memang pakar dalam bahasa Arab. Kami disini akan melatih
ramai guru Bahasa Arab program jQAF untuk sekolah seluruh Sabah. Kami perlukan bantuan ustaz. Di sini
ustaz akan melatih guru bahasa Arab. Kalau disekolah ustaz hanya mengajar
berapa orang pelajar sahaja. Kalau di
sini Ustaz akan melahirkan guru-guru bahasa Arab. Peranan ustaz lebih besar.”.
Panjang penerangannya. Aku hanya mendengar dan mengiyakan
saja. Aku jawab insya Allah aku akan pertimbangankan. Terdetik di hatiku , mungkin
Allah ingin memberi kepada ku petunjuk
bahawa aku perlu berganjak kedepan mengambil cabaran ini.
“Ya , insya Allah saya terima”. Aku menjawab dengan tenang. Aku dengar suara Puan Hajah
Masni ceria mendengar jawapan aku.
“Alhamdulillah, terima kasih Ustaz kerana sanggup
menerima pelawaan kami. Insya Allah kami akan proses tawaran ini secepat
mungkin.”
Aku sebenarnya masih ingin berada SMK Elopura bersama pelajar.
Aku seronok disini. Program Rakan Iman masih baru. Aku mendapat kerjasama semua
pihak di sekolah ini. Sehingga guru Non Muslim banyak membantu aku mendidik pelajar.
Tapi Allah telah mengaturkan sesuatu yang lain untuk aku.
“Ustaz pergilah ke Ke IPG Tawau. Saya pun rasa ustaz perlu bergerak untuk lebih maju
kedepan”. Ujar pengetuaku Cikgu Sani bila aku memberitahu perihal ini kepadanya. Isteri aku
pun bersetuju dan menyokong keputusan aku untuk bergerak walaupun pada awalnya
dia berat hati untuk meninggalkan sekolah kesayangannya SMKA Sandakan.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha bijakasana
mengaturkan segalanya. Kita sebagai hambanya perlu menerima Qada Qadar Allah dengan penuh redha dan sangka baik. Alhamdulillah
Keputusan dibuat adalah tepat. Allah telah permudahkan segala urusanku selepas
itu sehinggalah ke hari ini.
No comments:
Post a Comment