Seminggu selepas peristiwa Salmah memeluk Islam. Isteri saya melahirkan anak pertama kami. Hari pertama ketika isteri saya masih di hospital, saya ke sekolah untuk menguruskan cuti saya sebagai seorang bapa. Saya berhak mendapat cuti selama seminggu untuk menguruskan anak. Saya ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak.
Bila saya masuk kepejabat, kerani dengan serius
memaklumkan saya bahawa ada orang mahu jumpa saya dan sedang menunggu di luar pagar sekolah.
“Ustaz ada seorang perempuan mencari ustaz. Dia menunggu Ustaz di luar pagar sekolah. Ndak
mahu masuk dia. Dia marah-marah mahu cari cari Ustaz yang islam kan anak dia
katanya”.
Semasa saya melalui
pagar sekolah tadi saya memang lihat ada
seorang perempuan berdiri dekat pondok
pengawal. Saya keluar pejabat dan terus
ke pintu pagar mencari orang tersebut.
Siapakah dia? Mungkin keluarga si Salmah saya meneka.
Di tepi pondok
pengawal saya dapati ada seorang perempuan sedang bercakap-cakap dengan Cikgu Lamidi.
Lantas saya memberi salam. Cikgu Lamidi
mempekenalkan Ibu
Salmah kepada saya dan memperkenalkan saya kepada ibu Salmah.
“Oh inilah ustaz
yang kasi Islamkan anak saya ya!, Saya mahu saman ustaz. Ustaz telah langgar undang-undang dan pecah belahkan
keluarga saya”. Bertubi-tubi dua luahkan kemarahan kepada saya. Saya hanya
diam. Saya menjemputkanya untuk masuk ke bilik guru kerana di sana ada ruang
rehat untuk berbincang.
“Aku tak mahu
masuk. Aku datang dari jauh nak kasi tahu ustaz aku mahu saman dia. Dia telah
buat salah. Dia telah Islamkan anak saya
bawah 18 tahun. Itu kesalahan besar”.
Dia mengulang lagi marahnya kepada saya. Puas kami memujuk. Cikgu Lamidi
sebagai orang tempatan dan berpengalaman dengan masyarakat kampung menggunakan
kemahirannya untuk memujuk Ibu Salmah agar bertenang dan masuk ke
kawasan sekolah untuk berbincang.
“Tak elok kita
berada di sini. Di pintu pagar sini orang lalu lalang. Nanti dilihat orang
tidak manis. Kita ke kantin sana. Sejuk sikit sekarang bukan waktu rehat. Tidak
sibuk boleh kita berbincang sambil minum- minum”. Pujuk Cikgu Lamidi.
Hati saya agak risau
dengan situasi itu. Keadaan masih lagi tidak tenang. Kami berjalan bersama-sama ke kantin. Cikgu Lamidi
menarik saya dan berbisik.
“Nasib baik ibunya
yang datang, Beliuanya (ayah) kebetulan tidak sihat. Kalau dia datang mahu diparangnya
Ustaz”.
“Ustaz jangan
risau. Saya ada bersama ustaz. Saya akan
uruskan”. Cik gu Lamidi menenang kan saya.
DI kantin ibu Salmah menolak
dengan keras bila kami mahu meminta minuma dan juga makanan.
“Aku datang nak jumpa
Ustaz. Aku tak nak minum atau makan apa-apa”.
“Ustaz ini sudah
buat salah”.
“Dia sudah pecah
belahkan keluarga kami”.
“Dia mahu pisahkan anak
saya dari saya”.
Kami telah memanggil
Salmah dari kelas untuk datang berjumpa dengan ibunya. Salmah datang dengan
muka cemas dan takut. Salmah bersalam
dan mencium tangan ibunya . Ibunya memarahi
Salmah . Kami hanya mampu mendengar dan
melihat Salmah menangis. Salmah memeluk ibunya sambil memohon maaf.
“Kamu tak sayang mamak
kah? Kamu masuk Islam dan kamu nak
tinggalkan mamak”. Kami hanya
mampu menontor drama air mata antara ibu dan anak. Cikgu Lamidi memainkan
peranannnya menenangkan Ibu Salmah.
“ Aku dari jauh di
kampung sana hantar ke sekolah sini jauh. Berapa banyak duit aku habis belanja
untuk anak-anak aku dua orang di sini”.
“Kami orang miskin,
hanya bertani berjual ubi dan tanaman saja. Aku datang ni pun banyak belanja
aku habis”.
Sayu saya mendengar
rintihan Ibu Salmah. Setelah agak lama dia bercakap menceritakan kesusahan dan
kesedihannya kerana anaknya memeluk Islam saya mencelah bertanya. Kenapa dia marah
dan kecewa sangat kerana anaknya memeluk Islam.
“Aku tidak mahu
kehilangan anak lagi. Dulu kakak si Salmah ada sorang masuk Islam. Dia terus
keluar dari rumah ikut suami dia dan tak balik lagi. Aku sedih. Nanti Salmah
juga akan tinggalkan aku”.
Panjang dia bercerita .
Saya membiarkan dia
bercakap dan meluahkan perasaan. Lamanya juga. Saya ingat hampir sejam juga dia
meluahkan perasaan. Baru saya faham punca kemarahan Ibunya.
Saya mendapat ilham
untuk cuba menyelesaikan masalah ini.
No comments:
Post a Comment