Pada malam kedua kami di Bandar Antalya, selepas makan malam di hotel, saya bertanya kepada ahli rombongan jika ada yang mahu keluar merayau ke bandar. Semuanya mahu berehat selepas seharian penuh dengan program. Saya dan rakan sebilik keluar untuk mengambil angin malam dan melihat kehidupan malam penduduk di bandar klasik ini.
Banyak juga kedai-kedai yang tutup. Hanya bar dan kelab-kelab malam yang masih beroperasi.
Saya dan kawan saya menuju ke bahagian tepian pantai apabila melihat di kasawan
itu bercahaya dengan lampu lampu yang bergemerlapan.
Kami melihat benteng yang disusun dengan batu-batu besar sepanjang
pantai. Ramai yang melepak di sana bersantai
mengambil angin laut malam. Kami memilih satu tempat yang kosong dan kami duduk
mengahadap kelaut sambil melihat
suasana kapal layar kecil yang disusun
di pelabuhan kecil.
Tiba-tiba datang dua pasang pemuda dan gadis duduk disebelah kami. Saya
mempersilakan mereka duduk. Kami mula berbual dan berkenalan. Mereka berempat adalah
orang turki berkerja sebagai pemandu pelancong. Mereka berempat sedang bersantai selepas
seharian melayan tetamu mereka dari pelbagai negara.
Mereka amat teruja mendapat tahu saya dari Malaysia.
“Malaysia dekat mana ya?” tanya gadis yang memakai tshirt terlondeh menampakkan bahu.
Rupanya pengetahuan geografi mereka kelaut. Jenuh saya terangkan
di mana terletaknya Malaysia.
“Malaysia di apit oleh Singapura dan Thailand. Singapuran
di Bawah dan Thailand diatas”. Dengan
penerangan ini barulah mereka dapat gambaran kedudukan negara Malaysia.
Banyak tajuk kami
berbual malam itu. Mereka jenis banyak bertanya terutama tentang Malaysia yang
amat asing bagi mereka. Rupanya ketika kami rancak berbual seorang pemuda tadi telah
pergi bar dan membawa sesuatu untuk kami.
“Nah.. silakan kita minum sambil sembang.” Pemuda berambut pacak mengagihkan tin
macam pepsi atau coca cola kepada kami semua.
Saya menyambutnya dan
membelek belek tin tersebut. Dalam rembang malam di bawah samar lampu yang
jauh saya lihat tin itu berwarna hijau tertulis ‘TUBORG’. Telinga saya sudah
terdengar beberapa bunyi ‘tap’ . Kawan baru
Turki saya sudah siap membuka tin dan mula menghirup.
“TUBORG ni sejenis
beer kan? Macam Carlsberg?” Tanya
saya sambil tangan masih membelek-belek
tin tersebut.
“Ya.. Beer. Minumlah .. kami belanja.” Jawab pemuda tadi.
Aduh.. dia belanja saya arak rupanya. Nasib baik tidak terus
buka . Hampir saya terminum .. tekak tengah haus.
“ Maaf.. saya tidak minum arak. Saya muslim.” Saya menjawab dengan nada tegas.
“Ala.. Kami juga muslim.. kami minum ja. ..” Gadis rambut perang sebelah
saya menyampuk sambil berpaling kearah saya.
“ Semua orang Turki minum.. awak boleh tengok semua orang
minum”. Gadis baju terlondeh pula mencelah.
“Bro.. minum .. nanti lepas ni bro taubat la..”
Nah bertubi-bertubi
mereka memujuk saya secara berjamaah…
“Maaf.. saya tak dapat minum. Terima kasih lah kerana
membelanja saya.” Saya menolak sambil menghulurkan kembali Tuborg tersebut kepada pemuda rambut pacak tadi. Dia
menyambutnya.
“Saya mahu jadi muslim yang taat. Saya mahu minum juga di akhirat nanti. Kat
sana lagi sedap.”
“Apa yang saya tahu, kalau siapa yang minum beer di dunia,
Allah haramkan dia minum di akhirat nanti. Lagi rugi. Beer di akhirat lagi sedap dan percuma. Itupun
kalau dapat masuk syurga.”
Mereka semua ketawa mendengar jawapan saya. Kami menyambung perbualan hingga lewat malam.
Dari cerita mereka, saya dapat simpulkan bahawa bahawa masyarakat Islam Turki
sudah menyimpang jauh dari Islam. Mereka tidak lagi amalkan Islam. Hanya
sekadar nama. Namun saya yakin bahawa
dalam hati mereka masih ada iman pada Allah yang akan menyelamatkan mereka di akhirat nanti.


No comments:
Post a Comment