Itu permintaan penumpang yang duduk di sebelah saya ketika dalam penerbangan dari Beirut ke Kuala Lumpur satu ketika dulu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1996, ketika itu saya pulang bercuti ke Malaysia melepaskan rindu kepada keluarga selepas ke Jordan menuntut ilmu sejak Ogos 1994.
Saya memilih untuk menaiki penerbangan MAS yang baru saja
membuka laluan baru dari Kuala Lumpur ke Beirut, Lebanon. Namun saya perlu menaiki
penerbagan Middle East Airline (MEA)
syarikat penerbangan rasmi Lubnan
dari Amman ke Beirut sebelum terbang dengan MAS ke Kuala Lumpur.
Penerbangan dari Beirut selepas zohor dan penumpang ketika itu tidak ramai. Kapal nampak
kosong. Tak sampai 50 orang penumpang
rasanya. Saya seperti biasa memilih untuk duduk ditepi tingkap untuk menikmati
pemandangan bandar Beirut ditepi laut yang amat indah.
Penumpang di sebelah saya
berbangsa Arab separuh umur
memakai t shirt dan berselipar sahaja.
Setelah berkenalan dia
memberitahu bahawa dia Arab Lubanan yang dalam proses untuk
berhijrah ke Australia. Dia ingin ke Sydney
dan akan transit di Kuala lumpur.
Panjang juga kami berbual tentang banyak
perkara . Dari hal bisnes, ekonomi
politik dan bermacam hal lagi.
Penerbangan MAS itu
akan mengambil masa selama 10 jam lebih dan akan transit di Dubai
sekejap untuk mengambil penumpang.
Setelah hampir sejam perjalanan dan saya hanya melayan pemandangan di
luar tingkap dan sekali sekala membaca buku
yang sentiasa saya bawa bersama.
Ammu Adnan tadi
memanggil peramugari untuk meminta sesuatu.
“Can I get a glass of champagne?”
Ah sudah .. dia minta arak dengan peramugari. Peramugari itu
menolak dan menerangkan bahawa Champagne disediakan untuk penumpang kelas
pertama dan perniagaan sahaja. Namun
Ammu Adnan mendesak dan peramugari itu terpaksa
mengalah. Dia berlalu pergi dan datang semula dengan satu gelas plastik berisi separuh air jenih keemasan.
Ammu Arab itu minum sedikit demi sedikit. Saya lihat dia menikmati air tersebut dan sambil tersenyum
puas. Saya mencelah seakan menganggu dia
menghayati kelazatan champage..
“Awak Muslim?”
Memang bangsa Arab ni tidak semua muslim. Ramai juga yang
beragama kristian. Pada hemat awal saya, Ammu Arab ni beragama kristian jadi saya tak kesah dia meminta Champagne
tu.
“Ya.. saya Muslim.
Nama Saya Adnan..” Jawabnya seakan bangga.
“Muslim tak minum arak. Haram.” Ucap saya tegas dan
menunjukkan wajah tak percaya.
Dia bersungguh sungguh mengluarkan kad dari dompetnya
dan menunjukkan kad pengenalan Lubnannya kepada saya.
“Ni… baca nama saya.. tertulis disitu saya muslim.”
Saya mengambil kadmya dan membaca namanya . Adnan. Tertera di
bawahnya perkataan muslim dan pegangan Mazhab Syafie. Memang betullah muslim. Siap ada maklumat
mazhab lagi. Saya menerangkan bahawa arak haram dalam Islam. Orang islam tidak minum arak.
Ammu itu tahu arak
haram cuma alasannya ialah Champagne ni mahal jika dibeli. Jadi dia ambil
kesempatan mahu minum percuma dalam penerbangan. Katanya dia selalu minta
Champagne setiap kali naik Kapal terbang. Katanya Champagne dalam kapal MAS ini yang paling sedap.
Astaghfirullah.. saya membacakan ayat al Quran tentang haramnya Arak. Munum arak
adalah amalan syaitan :
﴿ يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ
وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُونَ ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan
undi nasib itu adalah najis daripada perbuatan syaitan. Maka jauhilah ia agar
kamu berjaya.
Saya menerangkan
bukan isu mahal dan murah. Ianya tetap
haram walaupun diberi percuma sekali pun. Itu ujian untuk orang beriman di dunia. Di akhirat nanti Allah akan bagi Champage bukan segelas. Tapi satu sungai Champagne hingga boleh buat
mandi lagi. Panjang juga saya tazkirah dia. Muka dia muram tak puas hati.
Tiba-tiba Ammu Adnan minta saya pegang gelas Champagne tadi
yang masih berbaki sedikit. Dia ingin
bangun ke tandas. Saya bertegas tidak mahu pegang gelas tersebut.
“Haram… saya
tak boleh tolong. Saya tidak mahu
terlibat di laknat Allah.”
Ammu Adnan dengan
muka cuak bangun dan membuka meja kecil dari belakang bangku hadapan dan meletakkan gelas
tersebut. Dia berlalu ke tandas. Bila
dia kembali dia menghabiskan Champagne yang berbaki dan berpaling kepada saya.
“Kenapa awak begitu keras dengan saya.. tidak mesra
dengan saya. Saya saudara kamu seislam.”
Pandai pula dia menyebut saudara seislam. Saya hanya
menegaskan bahawa saya hormati orang
Islam yang taat. Saya bertanggungjawab
menegurnya sebagai saudara seislam dan tidak redha melihat dia membuat dosa di hadapan saya. Saya membaca hadis nabi:
«لَعَنَ
اللَّهُ الْخَمْرَ، وَشَارِبَهَا، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَمُبْتَاعَهَا،
وَعَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ»
Allah melaknat arak, peminumnya, yang menuangkannya, yang
menjualnya, yang membelinya, yang memerah (menghasilkannya), yang meminta
diperah untuknya, yang membawanya dan yang ia dibawa kepadanya.”
Saya menerangkan
kepadanya bahawa jika saya memegang
gelas tadi saya juga berdosa kerana membantu dia minum arak. Saya tidak mahu terlibat. Cukuplah dia saja membuat dosa dan ingkar pada Allah.
Memang isu arak dalam syarikat penerbangan Malaysia MAS ini
hangat diperbincangkan. Sehingg ada yang mengeluarkan hukum melarang orang
islam bekerja sebagai peramugara, peramugari dan juga pilot kerana termasuk dalam hadis tadi . Membawa dan menghidangkan
arak. Semuanya di laknat. Saya tidak mahu ulas isu ini. Biarlah orang pakar tentang usul fiqh dan Maqasid yang
membuat pertimbangan berdasarkan keadaan
semasa.
Selepas beberapa ketika, saya minta Ammu Adnan bangun
memberi jalan saya untuk ke tandas di bahagian belakang. Keluar tandas saya saya berbual bual sekejap dengan peramugara
dan peramugari di bahagian dapur. Menarik juga cerita mereka.
Saya lihat banyak bangku kosong di belakang.. saya ambil kesempatan untuk terus duduk
dikerusi kosong bahagian tengah yang
terdiri dari 4 kerusi. Saya angkat
tempat letak tangan keaatas dan tidur mengiring. Perjalan ke Dubai masih jauh berbaki
lagi 2 jam.
Ketika kapal bersedia untuk mendarat di Dubai saya kembali
ketempat duduk asal di sebelah Ammu Adnan.
“Kemana kamu pergi. Kamu tak sudi duduk dengan saya ya.”
Tanya
Ammu Adnan tak puas hati.
“Saya tidur di belakang rehatkan minda saya.. pening tadi bau Champagne.” Jawab saya sambil mengukir senyum sumbing..
Saya harap satu hari
nanti MAS mempunyak kekuatan untuk
menyediakan perkhidmatan terbaik tanpa arak dalam setiap penerbangannya.


No comments:
Post a Comment