Itu yang dicadangkan oleh Sarjan Roland kepada saya walaupun dia beritahu bahawa kes kecurian belum selesai. Pembeli masih belum di dakwa dan belum ada tarikh perbicaraan. Motorsikal saya menjadi bahan bukit kes.
“Eh, kenapa pula kat sini tidak selamat. Kan ini balai polis.” Saya bertanya kembali sedikit pelik dengan kenyataan Sarjan.
“Kat sini nama ja balai polis. Bagi kenderaan rampasan atau kes sebegini paling tak selamat. Ustaz tengok la nanti kalau tidak ambil motorsikal tu.”
“Nanti Ustaz buat surat untuk nyatakan keperluan nak guna motorsikal dan saya sokong. Nanti Ustaz kena tandatangan satu borang janji nak bawa motorsikal ini pada hari perbicaraan nanti bila dah ada tarikhnya.”
Saya mengikut apa yang disarankan oleh Sarjan Roland. Saya pulang dulu dan datang semula dengan kawan saya Ustaz Mahadir yang mempunyai Hilux untuk mengangkut motorsikal ke bengkel. Saya memberitahu Ustaz Tuan Roslan tentang rancangan ini. Namun Ustaz Tuan sibuk dan dia akan ambil motorsikalnya hari yang lain.
Motorsikal Kriss saya yang tidak lagi seperti asal itu saya hantar ke bengkel berhampiran rumah saya untuk dibaik pulih seperti asal. Banyak part perlu ditukar seperti set suiz, sayap depan warna putih, starter, bateri dan kasing badan motor dan beberapa komponen lagi. Namun ada beberapa bahagian yang hanya perlu dicat semula karana kos menukar alat ganti mahala dan ia masih boleh berfungsi dengan baik.
Kos keseluruhan baik pulih mencecah RM500. Lebih mahal dari harga pencuri jual iaitu RM300. Selepas sehari motorsikal saya sudah mejadi Kriss merah semula walaunpun tidak sepenuhnya seperti asal.
Seminggu selepas itu Ustaz Tuan Roslan minta saya temaninya ke balai polis untuk mengambil motorsikal Kriss birunya. Alangkah terkejetunya kami banyak komponen motorsikal telah tiada. Antaranya ialah sepasang absorber belakang, Lampu isyarat depan dan beberapa komponen kecil lagi. Kami amat pasti semua komponen itu masih ada ketika kami lihatnya kali pertama. Motorsikal Ustaz Tuan Roslan lah antara yang tidak banyak berubah dan yang paling lengkap berbanding motorsikal lain.
“Kan. Saya dah bilang. Kat sini tak selamat. Bagus ambil sekarang. Nanti lambat ambil nanti macam-macam lagi barang boleh hilang.” Sarjan Roland berkata dengan sinis
Petang itu juga kami gunakan sekali lagi khidmat Hilux Ustaz Mahadir untuk mengangkut motorsikal Ustaz Tuan Roslan ke bengkel. Kalau motorsikal ini diambil awal sekali dengan saya mungkin kos baikinya lebih murah kerana tak banyak komponen yang perlu diganti.
Begitulan
keadaan dunia ini bila ramai orang yang tidak berpegang kepada nilai dan akhlak. Mengambil hak orang lain itu sudah
menjadi kebiasaan. Motorsikal dicuri, komponen
motorsikal diambil begitu saja walaupun dalam balai menunjukkan banyak perkara
yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat . Menghormati hak orang lain adalah
nilai kemanusiaan dan itulah antara
nilai yang utama ditegaskan oleh agama
Islam.
No comments:
Post a Comment