Itulah pertanyaan kawan saya bila saya mempelawanya mengikuti saya ke Sandakan. Kebetulan Air Asia membuat promosi harta tiket murah ke Sandakan kurang dari RM300 . Jadi saya mencari teman untuk rihlah bersama.
Tujuan saya ke Sandakan adalah untuk menziarahi sahabat-sahabat
lama yang telah lama saya tinggalkan.Kenangan bersama mereka masih segar dalam
ingatan saya. Kehidupan bersama sahabat sahabat lama di Sandakan banyak mendidik
dan mengajar saya tentang kehidupan. Saya mengasihi semua sahabat saya kerana
Allah.
Saya teringat pesan nabi
وروى مسلم بسنده عن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال
رسول الله ﷺ : إن
رجلا زار أخا له في الله فأرصد الله له ملكا فقال : أين تريد ؟ قال : أريد أن أزور
أخى فلانا ، فقال : الحاجة لك عنده ؟ قال : لا ، قال : لقرابة بينك وبينه ؟ قال :
لا ، قال : فبنعمة لك عنده ؟ قال : لا ، قال : فَبِمَ ؟ قال : أحبه في الله ، قال
: فإن الله أرسلني إليك يخبرك بأنه يحبك لحبك إياه ، وقد أوجب لك الجنة
Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi
saudaranya kerana Allah, lalu Allah mengutuskan malaikat kepadanya. Malaikat
itu bertanya: 'Ke mana engkau hendak pergi?' Lelaki itu menjawab: 'Aku hendak
menziarahi saudaraku si fulan.' Malaikat itu bertanya lagi: 'Adakah engkau
mempunyai suatu hajat dengannya?' Lelaki itu menjawab: 'Tidak.' Malaikat
bertanya lagi: 'Adakah kerana hubungan kekeluargaan antara kamu berdua?' Lelaki
itu menjawab: 'Tidak.' Malaikat bertanya: 'Adakah dia pernah berbuat baik kepadamu
yang engkau ingin membalasnya?' Lelaki itu menjawab: 'Tidak.' Malaikat bertanya
lagi: 'Kalau begitu, kenapa engkau menziarahinya?' Lelaki itu menjawab: 'Kerana
aku mencintainya kerana Allah.' Maka malaikat itu berkata: 'Sesungguhnya Allah
telah mengutusku kepadamu untuk memberitahumu bahawa Dia mencintaimu
sebagaimana engkau mencintainya kerana-Nya, dan Dia telah mewajibkan untukmu
syurga.'"
Saya telah membeli tiket untuk ke Sandakan dalam bulan Mac lagi
dan memilih tarikh 15 hingga 18 Mei untuk bermusafir. Dua minggu sebelum perjalanan
saya terdetik di hati saya untuk menziarahi rakan lama saya yang bertugas di pedalaman
terlupid.
Malangnya beliau tidak menjawab panggilan dan mesej dalam aplikasi Whataspp juga tidak
berbalas. Seolah dia telah menukar nombor baru. Saya merujuk kepada sahabat
lama di Jabatan pendidikan untuk mendapatkan maklumat lama saya ini. Alhamdulillah
setelah mendapat maklumat sekolah tempat bertugas saya mencari maklumat di
facebook. Saya mengubungi GB sekolah tersebut untuk bertanya khabar sahabat
lama saya.
Alangkah terkejutnya saya bila saya mendapat maklumat bahawa
sahabat lama saya itu mengahadapi sedikit kesulitan dan perlu bantuan. Guru Besarnya
amat berbesar hati jika saya dapat membantu mencari jalan menyelesaikan masalah
tersebut.
Niat saya yang asal telah dipermudahkan oleh Allah apabila
ada sahabat yang cakna mahu membantu saya sama-sama ke Sandakan membantu
sahabat lama kami. Rupanya misi saya menziarahi sahabat sahabat di Sandakan
telah diatur Allah untuk membantu sababat lama kami yang dalam kesulitan.
Perjalanan kami amat jauh. Penerbangan Air Asia dari Kuala
Lumpur ke Sandakan mengambil masa 2 jam 50 minit. Kemudian kami akan merentas
perjalanan darat selama 3 jam ke pedalaman Telupid. Demi sahabat, kami sanggup
mengharungi kepayahan ini. Semoga Allah memberkati perjalanan kami.
No comments:
Post a Comment