Saturday, March 12, 2011

Hormatilah orang lain jika anda Ingin di Hormati...


Ramai orang yang melenting apabila merasa dirinya tidak dihormati. Mereka merasakan bahawa jasanya tidak dihargai malah menuduh mereka yang tidak menghormatinya sebagai kurang ajar malah perlu dihukum. Kenapa mudah melenting? Kaedah kehidupan ini adalah sangat mudah “Hormatilah orang lain jika anda juga ingin dihormati” ini antara kata-kata para bujaksana.

Bahkan Rasulullah telah berpesan:

“Kasihilah sesiapa sahaja di bumi ini pastinya kamu akan dikasihi oleh pengghuni langit”

Pesan baginda rasul lagi:

“Anda tidak dikira sebagai orang yang beriman sehinggalah anda melayan orang lain dengan cara sebagaimana yang anda sendiri suka”

Nah! Marilah kita mendidik diri kita menghormati sesiapa sahaja tidak kira siapa. Mudah-mudahan kita akan dihormati oleh sesiapa sahaja. Apa yang pasti kita akan dihormati dan dikasihi oleh penduduk langit, diantaranya ialah Allah tuhan yang telah mencipta kita dan yang menentukan untung nasib hidup kita di dunia dan akhirat.

2 comments:

mohdrusli said...

السلام عليكم
ustaz,
lumrah manusia ingin dihormati.Rasanya kalau seseorang tak ingin dihormati makanya adakah dia tak perlu menghormati?

abamuaz said...

walaikumussalam....

ha ha... bagus jugak soalan demo tu ustaz Rosli.. hok kawe dok tengok ni.. ramai orang tak hormat orang lain.. tapi gak dok kalut sibuk bakpo oghe tak hormat ko dia..