Kuliah subuh pagi ni, saya memfokuskan kepada pandangan manusia kepada Allah. Pandangan yang boleh di katakan juga sebagai anggapan.
Tak dinafikan semua orang Islam beriman dan yakin kepada Allah Taala, Allah yang telah mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk juga kita manusia yang begitu hebat ciptaannya.
Tetapi yang menjadi masalah kita umat Islam ialah kita seolah-olah memandang rendah atau memandang kecil kepada Allah walaupun kita mengaku dialah tuhan kita yang telah maha agong.
Dibulan Ramadhan yang mulian ini Allah telah menjanjikan pelbagai insentif untuk memberi rahmat kepada hambanya. Bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat banyak peluang-peluang untuk menambahkan amalan seperti solat terawih, membaca Al quran, zikir, bersedekah dan sebagainya. Bahkan di bulan ini pahala yang dilakukan akan diganda Oleh Allah Taala. “الحسنة بعشر أمثالها” Setiap kebaikan Allah akan gandakan sepuluh kali, dan dalam riwayat lain Allah akan gandakan sehingga setratus kali dan sehingga 700 kali ganda bergantung usaha dan keikhlasan hambanya.
Apa yang berlaku kepada kita ialah sebaliknya. Kita seolah-olah tidak mengendahkan apa yang telah disediakan oleh Allah kepada kita. Semua yang Allah sediakan itu dipandang sepi oleh umat Islam. Dapat dilihat tak ramai orang islam yang betul-betul berminat untuk mengejar ganjaran yang Allah telah sediakan. Masih ramai yang bereha-rehat selepas berbuka puasa mengumpul tenaga yang seharian tak dapat sumber tenaga. Solat maghrib isyak entah kemana apatah lagi solat terawih.
Adakah kita tidak yakin kepada Allah yang telah menjanjikan kepada kita pelbagai insentif bagi yang mereka yang memeriahkan bulan ini?
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Sesiapa yang memeriahkan bulan ramadhan dengan ibadah kepada Allah dengan penuh keyakinan kepada Allah dan berkira-kira untuk mendapat rahmat Allah, nescaya Allah akan ampunkan dosanya.
Adakah kita betul-betul yakin dengan Allah atau kita hanya sekadar sambil lewa dan mengatakan urusan kita lebih penting dari mengharapkan rahmat Allah yang entah betul entah tidak.
Tepuk dada tanya iman anda.
No comments:
Post a Comment