Detik Maghrib tadi di saat berbuka puasa kali terakhir di bulan Ramadhan 1429H berkakhirlah secara rasmi bulan Rahmat dan bulan keberkatan yang pahalanyaa berganda-ganda. Sayu rasanya hati, apatah lagi di saat perpisahan ini sepatutnya aku berteleku bermunajat mengadap ilahi dan membaca ayat-ayat suci Al Quran buat sekian kalinya di bulan Ramadhan ini.
Tapi hari ini aku dan keluarga yang baru sampai ke Sandakan selepas mengharungi perjalanan selama 4 jam dari tawau. Keletihan, lapar dan dahaga mengheret kami ke Restoran Ajmeer yang tidak asing lagi pagi warga Sandakan. Jadi tak dapatlah aku menghayati detik akhir Ramadhan.
Insya Allah, aku berazam untuk memastikan diri aku ini telah terlatih dengan Ramadhan dengan meneruskan amalan-amalan di bulan Ramadhan di bulan-bulan yang seterusnya. Semoga tidak kurang dari bacaan al Quran, zikir, solat jemaah dan sudah pastinnya qiam!
Alangkah indahnya Ramadhan! memang aku bersemangat untuk lakukan apa saja, tapi bulan lain.. Mudahan Allah memberi kekuatan kepada aku.
Aku tak mahu menjadi orang yang hanya mendambakan Ramadhan! aku sepatutnya mendambakan Allah, tuhan yang telah mencipta aku dan memberi aku kehidupan yang nikmatnya tidak terhitung. Jadi aku wajib dambakan diriku kepadanya setiap detik dan ketika. Kerana dialah segalanya yang menentukan kehidupan seterusnya dunia dan akhirat.
Azamku yang cuba ku pertahankan..
1. Zikir pagi petang.
2. Solat jemaah
3. Khatam Quraan sebulan sekali
4. Qiam walau sedikit
5. Dapatan ilmiah harian.
Insya Allah. Semoga Allah membimbingku. Amin
Cerita Salasilah
2 months ago
No comments:
Post a Comment