Kalau tidak silap ingatan saya, selepas 4 bulan atau 5 bulan Mus datang bertemu saya lagi berbincang tentan Harry Sim. Dia kelihatannya gembira dan wajahnya tersenyum berseri-seri. Ada berita gembira katanya.
“Ustaz, Harry Sim dah tukar namanya kepada Haris”.
“Oh.. ya kah? Bila lagi?”
“Malam tadi. Dia jumpa saya. Dia minta dan ucap syahadah .
Dia kata dia sudah tak dapat tahan lagi. Hatinya meruntun untuk mengucap syahadah dan rasmi
menjadi muslim”. Mus bercerita tentang Harry Sim.
Memang sebelum ini saya telah memberitahu bahawa walaupun Harry Sim solat setiap hari tanpa gagal. Membaca al quraan setiap hari dengan amalan akhlak mulia tidak boleh dikira sebagai pahala. Ini kerana dia masih belum tekad melafazkan ikrar syahadah sebagai muslim. Dia masih dikira tidak muslim dan tertakluk dalam batasan non muslim atau kafir dalam terma akidah.
Mungkin ini yang menghantui perasaan Harry Sim. Pemahaman mudahnya ialah buku catatan amalanya
masih belum dibuka kerana masih belum berdaftar. Jika di sudah ikrar secara rasmi dengan mengucap syahadah
barulah dia dikira rasmi sebagai muslim dan buku catatan amalannya telah dibuka
dan direkodkan oleh malaikat Raqib Atid.
“Alhamdulillah. Harry Sim telah rasmi sebagai muslim. Sampaikan salam saya
kepadanya. Cuma dari segi undang-undang Malaysia dia perlu mendaftar di pejabat
agama dan juga Jabatan pendaftaran negera baru lah dia secara rasmi sebagai
muslim.”
“Nanti saya bincang dengan Haris”.
“Haris pelajar tingkatan 6. Umurnya sedah lebih 18 tahun
tidak perlu lagi kebenaran ibu bapa untuk mendaftar. Dia dah dikira dewasa boleh buat keputusan
sendiri”. Terang saya lagi.
Setelah memberi penerangan dengan panjang lebar kepada Mus
tentang selok belok undang undang juga tentang isu aqidah dan sebagainya, Saya
menasihati Mus agar mulai dari hari ni
Haris perlu lebih serius giat mempelajari
Islam. Pengajian tingkatan 6 tidak ada
mata pelajaran pendidikan Islam menyebabkan
peluang untuk belajar adalah terbatas. Beliau hanya boleh belajar
melalui kuliah agama dan juga membaca
buku-buku.
Saya meminta Mus sentiasa berbincang dengan Haris tentang soal aqidah , terutama tentang
persoalan rukum Iman agar pemahaman aqidahnya jelas dan semakin kukuh. Jika
ada persoalan yang rumit boleh datang berbincang dengan saya sendiri.
Alhamudlillah, Berita Haris memeluk Islam tidak mengejutkan
warga SMKE. Dua orang warden non muslim pun amat mengalu-alukan pengislaman
Haris. Sekarang Haris tidak lagi perlu berselindung dengan guru dan juga pelajar. Malah dia dengan bangga
meminta rakan-rakan memanggilnya dengan nama Haris, bukan lagi Harry Sim.
Pada dasarnya, saya lebih suka nama dikekalkan sebagai nama asal sebelum Islam. Nama elok ditukar jika ia
memberi makna yang tidak baik. Saya sudah membuat penjelasan kepada semua
pelajar yang telah memeluk Islam sebelum ini. Namun mereka sendiri bersemangat memilih
nama baru untuk mereka.
“Saya mahu guna nama baru untuk kehidupan baru”.
“Nama baru menjadikan saya lebih bersemangat untuk
menghayati Islam”.
“Kalau tak tukar nama saya rasa macam tidak perubahan
pada diri saya”.
“Tak mengapa . Saya masih mengekalkan nama lama saya yang diberi
oleh ibu bapa. Saya hanya tambah satu nama saja”.
Itulah antara alasan pelajar-pelajar saya yang telah muslim berkaitan dengan isu nama ini. Saya tidak boleh memaksa
mereka. Mereka bebas menentukan hidup mereka.
Harry Sim juga sama. Beliau mengatakan bahawa nama Haris
sudah lama difikirannya. Beliau sudah
simpan nama ini semenjak kecil lagi
kalau suatu hari nanti dia memeluk Islam.
Saya terkejut juga mendengar luahan Harry Sim. Rupa-rupanya
dia mula berminat dengan Islam semenjak ayahnya memeluk Islam selepas berpisah
dengan ibunya.
Tahniah Haris kerana
berani memilih jalan yang betul, pulang kepada fitrah. Saya berdoa agar Allah permudahkan segala
urusan Haris. Namun jalan kehidupan
Haris penuh dengan liku.
No comments:
Post a Comment