Selepas mengucap syahadah dan mengistiharkan diri sebagai muslim, perubahan Haris nampak semakin ketara. Dia hadir awal ke masjid dan kadang-kadang memakai kopiah. Beberapa kalu juga dia azan di masjid al Aqsa menggantikan jadual kawannya yang terlambat. Bacaan al Quran semakin lancar.
Sebelum ini segmen tadarus al Quran setiap pelajar boleh
diminta membaca tiga baris setiap orang. Namun dengan jumlah yang ramai saya
hanya menetapkan agar setiap pelahar hanya membaca sebaris sahaja secara bergilir. Apa yang membanggakan ialah Haris sudah mampu
membaca al Quran dengan baik walaupun masih belum lancar sebagaimana orang
lain. Ini adalah hasil bimbingan Mus
yang mengajar buku Iqra dan juga al Quran utama setiap hari.
Kehidupan Haris di sekolah adalah seorang muslim yang taat
dan malah ia lebih baik dari pelajar muslim yang lain. Beberapa kali saya berbual bertanya
khabar tentang diri dan keluarganya. Haris memberitahu saya bahawa keluarganya
masih belum tahu bahawa dia memeluk Islam. Dia perlukan masa untuk memberitahu
keluarganya dan untuk mendaftarkan
secara rasmi sebagai muslim di perjabat agama dan juga Jabatan Pendafraran Negara.
Satu hari Mus datang bertemu saya lagi. Kali ini nampak
wajahnya kurang ceria seolah ada masalah yang mengusutkan fikirannya.
“Ustaz! Bagaimana ya dengan si Haris ni?”. Luah Mus
“Kenapa dengan dia? Saya lihat dia ok saja.”
“Begini. Hariskan masih belum maklumkan kepada ibunya dia
dah peluk Islam. Jadi mamaknya belum tahu.”
“Mamaknya pula kuat kristiannya. Selalu ke gereja setiap
ahad. Dia memang ajak Haris sekali ke gereja.”
“Haris tak boleh boleh
menolak. Tak apakah dia pergi gereja ustaz?”
“Kalau dia pulang kerumah dia hanya curi-curi sembahyang di
biliknya saja. Susah juga sebab dia
sebilik dengan adiknya. Jadi dia hanya boleh solat bila adiknya tiada di bilik.
Kadang-kadang dia terpaksa kumpul solat bila ada peluang.”
Mus bercerita tentang Apa yang dihadapi oleh Haris. Haris ni
seorang agak pendiam. Dia tak pernah mengadu dahn berjumpa dengan saya secara
terus. Hanya mengadu pada Mus saja.
“Gawat juga begini. Bagi peringkat permulaan ini tiada
masalah kot. Tapi tidak boleh lama-lama begitu.” Saya cuba memahami keadaan Haris.
“Cuma tidak berdosakah dia kegereja dan buat ibadah sebagaimana
orang kristian lain?. Tidak kira syirik ke ustaz?”
“Sekadar pergi ke gereja tiada masalah. Ibadah mereka pun
dengan ceramah paderi dan menyanyi ja kan. Dia tak payah menyanyi lah.. Berlakonlah
depan mamaknya.” Saya memberi cadangan solusi pada Mus.
“Insya Allah kalau hati dia kuat. Dia masih tetap dalam iman. Hatinya mesti
nekad menolak kefahaman dan ibadah mereka. Apa yang dia buat
itu hanya untuk menyembunyikan keimanan agar tidak menjadi masalah kepada dirinya. Lagi pun itu untuk sementara
waktu. Allah tahu apa yang ada dalam
hatinya”. Hanya itu yang saya mampu cadangan solusi untuk sementara waktu
kepada Haris.
Haris sendiri kurang balik kerumah. Jika sekadar cuti hari
minggu dia hanya di asrama. Walaupun rumahnya dekat hanya di Kampung Sungai Batang yang jaraknya
dalam 15km saja dari sekolah. Dia akan balik ke rumah pada cuti panjang sahaja.
Haris menggunakan pelbagai alasan untuk tidak balik kerumah. Dia lebih suka di asrama kerana boleh mengamalkan
Islam secara bebas dan tidak perlu bersembunyi.
Kami dapat merasakan dilemah yang dihadapi oleh Haris. Di
Sekolah dia adalah muslim yang taat. Bila balik kerumahnya dia terpaks
menyembunyikan imannya dan menzahirkan dirinya sebagai penganut kristian sebagaimana ibunya. Nasib baiklah ibadah kristian
hanya sekali seminggu pada hari Ahad sahaja.
Jadi saat genting bagi Haris hanya
pada hari Ahad.
Saya memaklumkan kepada Mus bahawa Islam ini adalah agama yang
rasional. Tidak keras menekan penganutnya. Allah tahu situasi yang dihadapi oleh hambanya. Hukum hakam
dalam islam berbeza keadaannya mengikut individu. Begitu juga keadaannya dengan
Haris. Hukum baginya berbeza dengan kita
sudah muslim dan tiada cabaran dan halangan.
Kami doakan agar Allah permudahkan urusan Haris menjadi
seorang Muslim yang sejati.
No comments:
Post a Comment