Beberapa hari juga saya hanya melayan fikiran sendiri. Buntu juga memikirkan jawapan yang tuntas yang sepatutnya diberi kepada Abu Raghib. Betulkah ini adalah harapan ‘Dana’ sendiri atau hanya aturan Abu Raghib dan keluarga.
Pagi Selasa saya mengambil keputusan untuk bertemu guru mursyid yang banyak menjadi tempat meminta pandangan dan nasihat. Dr Qahtan al Duriy ketika itu ialah ketua Jabatan Usululludin dan pernah mengajar saya madah Aqidah. Saya juga bertalaqqi setiap minggu kitab ‘Safwatul Ahkam’ Kitab susunan beliu sendiri membincangkan tentang hadis hukum.
Hari kelas saya bermula jam 11 pagi selama sejam setengah,
namun saya datang awal ke universiti. Jam
lapan pagi saya dah tercegat depan
restoran ayam bakar ‘Manqal’
menunggu coaster ke Universiti. Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes hijau gelap
berhenti di depan saya. Setelah cermin
sisi penumpang diturunkan terdengar pelawaan:
“Ya ibni tafadhal, taal maie ilal jamiah (Wahai anak ku,
jom ikut saya ke universiti).”
Saya kenal sangat kereta ini sebenarnya. Dah banyak kali
membawa saya ke jamiah. Setiap
kali dia berhenti itulah ayat yang sama itulah diulang
menjemput saya naik ke keretanya.
Saya segan sebenarnya dengan Dr
Qahtan. Setiap kali bercakap dengan saya
mulutnya tak lekang dengan sebutan ‘ibni’. Kadang-kadang bila saya
nampak keretanya saya buat-buat tak nampak dan buat buat sibuk tengok tempat
lain. Tapi dia tetap cam saya.
Hari ini baru saja terlintas di hati ingin bertemunya di
pejabat. Allah sudah aturkan saya
bertemu Dr Qahtan lebih awal. Ini satu petanda baik . Selepas saling bertanya khabar, saya
memberitahu hajat sebenar untuk kepejabatnya minta pandangan dan nasihat.
Saya menceritakan tentang tawaran Abu Raghib tuan rumah saya itu.
“Ya Ibni… kamu adalah anak yang baik. Berakhlak mulia..
tak pelik ramai orang menyayangi kamu.”
“Tawaran itu adalah satu kepercayaan dan harapan sebenarnya.
Bukan senang seorang ayah melepaskan
anak permpuan yang ibarat sebagai permata berharga kepada orang luar kabilah. Apatah
lagi kepada orang ajanib (asing) yang amat jauh dan tidak dikenali asal
kabilahnya .”
Saya bertanya tentang
pandangan fekah tentang isu
perkawinan terutama soal kufu. Saya
pernah terbaca syarahan dalam kitab yang
menyebut bahawa bangsa Arab tidak sekufu dengan bangsa lain dalam
memilih pasangan suami isteri.
Jarak perjalan ke Pintu utama Universiti sekitar 7km biasanya mengambil masa sekitar 10 minit
banyak juga boleh bincang dengan Dr
Qahtan sebelum kami sampai ke Universiti.
“kufū’ merujuk kepada kesetaraan antara calon suami dan
isteri dari pelbagai aspek seperti agama, keturunan, status sosial,
harta, pekerjaan, dan akhlak. Tujuannya adalah untuk menjamin maslahah
rumah tangga dan mengelakkan konflik selepas pernikahan.”
“ia bukanlah syarat sah nikah. Tetapi ia sekadar panduan
yang patut dipertimbang untuk memastikan kelangsungan rumah tangga yang adatnya
tak akan lekang dari ujian dan perselisihan antara dua suami isteri.”
“Ulamak 4 mazhab
bersepakat mengatakan bahawa kufu ini ditegaskan pada agama dan akhlak, Mazhab
Abu Hanifah agak memberi penakanan tentang ini manakala mazhab lain lebih
ringan. Tetapi semuanya sepakat mengutamakan setaraan dari segi agama dan
akhlak.”
“Berkaitan
pandangan bangsa Arab hanya sekufu dengan bangsa Arab sahaja itu pandangan
klasik yang berpandangan bangsa Quraish hanya sekufu sesamanya sahaja. Namun konteks
itu berbeza untuk zaman sekarang.”
Saya bercerita sedikit
tentang kerisauan saya pasal perbezaan rentas
bangsa, keluarga, budaya, kawangan dan pelbagai lagi.
“Ya Ibni.. kamu
bijak dan sudah matang dalam membuat pertimbangan. Tidak ramai pemuda sebaya
kamu yang berfikir sejauh itu. Ya.. persoalan itu juga termasuk dalam
perbincangan kufu ini. Ia bergantung kepada keadaan setiap individu itu
sendiri. Kamu sendiri boleh menilai dan membuat keputusan.”
“Isu budaya juga
besar. Tidak semudah itu ingin mengubah prinsip dan kepercayaan. Lebih lebih
lagi jika ‘bint’ anaknya itu masih tidak matang dan kurang berilmu. Ia boleh
jadi punca perselisihan. Ilmu dan kematangan adalah amat penting untuk memilih
pasangan hidup. Kamu nak hidup bersamanya sepanjang hayat. Bukan sekejap.”
Saya hanya mengangguk
anggukkan kepala mengiyakan penerangan
guru mursyid saya. Kami sudah melepasi pintu gerbang Universiti dan sudah
hampir sampai ke Bangunan kuliah Usul.
“Jangan ikut hawa
nafsu, jangan hanya ikut amarah cinta, fikirlah segalanya tentang keluarga,
kewangan, masa depan kehidupan kamu. Ramai juga mengabaikan soal kufu ini dan
hidup mereka penuh cabaran dan gagal dalam bahtera rumah tangga.”
Betul. Melalui
pembacaan saya tentan pasangan yang berkawin rentas budaya, status, latar
berlakang ekonomi yang indahnya sementara. Bahtera mereka hancur dilanda badai.
Agama islam sudah sediakan pelbagai panduan dan saranan terbaik untuk diikuti.
Dr Qahtan juga mengingatkan
saya tentang pesanan Rasulullah dalam urusan
memilih isteri :
"تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا، وَلِحَسَبِهَا،
وَلِجَمَالِهَا، وَلِدِينِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ، تَرِبَتْ يَدَاكَ."
"Wanita
dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya,
dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau beruntung."
“Beristikharahlah..
serah pada Allah. Allah lebih tahu untung baik masa depan kamu.”
“Baik pada kita tidak semestinya baik pada Allah. Buruk pada kita mungkin baik
pada pada Allah. Allah maha mengetahui. Berdoalah padannya.”
“Ma khaaba
manistakhaara..(Tidak akan kecewa sesiapa yang beristikharah). Itu pesan nabi.
“Pastinya ada jalan
keluar. Allah tidak akan kecewakan kamu. Saya akan doakan kebaikan untuk kamu.”
“Istakhir billah,
Allah maak (Beristikharah kepada Allah, Allah bersama kamu)”
Dalam tempoh 15 minit
itu banyak nasihat dan pesan guruku Dr Qahtan al Duriy. Saya ucapkan terima
kasih atas pandangan dan nasihatnya yang amat berharga. Masa masih awal jadi saya mengambil keputusan
untuk ke Perpustakaan Universiti sementara menunggu kuliah jam 11.
Pagi masih awal. ‘Maktabah
al Hishimiyyah’ masih lagi kosong. Saya masuk ke bahagian kiri tingkat bawah
untuk memilih bacaan bebas mengisi masa lapang. Saya mengambil tempat di meja
paling belakang jauh dari laluan. Buku ‘al Urubah fil Islam’ karangan Dr
Said Ramadhan al Butiy dibelek dan cuba dihadami.
Tiba tiba mata saya
melirik kepada seorang gadis manis bertudung labuh yang sedang asyik membelek
buku tidak jauh dari meja saya. Pelajar Malaysia. Pelajar KPM juga. Hati saya
berbisik
“Eh awalnya dia
datang. Rajin sangat orangnya. Patutlah dia tapau semua markah setiap madah. Kenapa hari
ini dia seorang diri. Biasanya dia akan ditemani oleh kawannya yang tinggi lampai
tu kemana sahaja berdua.”
Biarlah..
No comments:
Post a Comment