Semasa bermusafir ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia pada bulan Febuari lepas saya menginap di hotel bajet RedDoors Syariah di Tengah Sawah. Kawasan itu ada disebelah Jam Besar Padang saja. Cuma nama tempatnya ialah tengah sawah. Mungkin dulu kawasan itu adalah kawasan sawah padi dan sekarang sudah menjadi penempatan yang padat.
Saya memilih untuk mengindap di
sini bukanyanya kerana ia murah semata-mata, tetapi kerana ianya
penginapan yang paling dekat dengan Masdid Jamiak Agung Tengah Sawah dengan jarak
hanya 140m. Alhamdulillah , saya dapat
solat isyak dan subuh berjemaah di Masjid
ini.
Apa yang sangat menarik ialah selepas solat waktu, wirid dilakukan secara individu dan senyap.
Imam tetap tidak berganjak dari tempatnya berwirid sehingga selesai. Para
makmum juga tidak bergerak seolah-olah
mereka wirid bersama imam tetapi dalam
keadaan senyap. Saya perhatikan imam menggerakkan jarinya mungkin untuk berzikir
dan kemudiannya menadah tangan untuk berdoa. Begitu juga dengan makmum yang
lain. Hampir tiada seorang pun yang
bangun awal keluar masjid.
Saya duduk dan memerhatikan suasana ini. Kadar
wirid mereka berbeza, ada yang panjang dan ada yang pendek. Selepas beberapa minit saya melihat masing-masing menadah tangan untuk berdoa dan kemudannya mereka bagun untuk
beredar. Ada yang berdoa panjang dan ada juga berdoa pendek. Saya amat teruja dengan suasana ini.
Begitu juga hari kedua ketika saya solat Subuh di Masjid Raya
Bukit tinggi bersebelahan bersebelahan
dengan Pasar Atas Bukit Tinggi. Suasana yang sama dapat dilihat. Para imam dan
makmum berwirid dan berdoa secara individu. Semuanya tidak berganjak masih
dalam saf dan ada juga keluar kebelakang sedikit untuk mengambil ruang. Apa yang saya lihat semuanya berwirid dan menadah
tangan untuk berdoa secara senyap.
Saya teringat ketika kali
pertama saya datang ke sini pada tahun 2015 ketika saya singgah solat maghrib di sebuah
masjid di Padang Panjang. Ketika itu para jamaah sudah selesai wirid solat
magharib dan terdapat beberapa jemaah yang sedang membaca al Quran sedikit nyaring
dan bacaan mereka boleh didengari oleh kami.
Bila saya mengangkat takbir untuk solat, suara bacaan al Quran terus senyap.
Saya dapat sempurnakan solat dengan
tanpa gangguan. Mereka amat perihatin dengan keadaan sekeliling.
Suasana ini amat berbeza dengan
tempat kita di Malaysia. Masjid dan surau masih mengamalkan wirid secara berjamaah
secara nyaring. Alasan pihak masjid adalah untuk membimbing jamaah berwirid.
Tetapi apa yang jelas ialah bacaan wirid nyaring ini menggangu solat mereka
yang masbuk yang perlu menghabiskan baki
rakaat mereka. Bacaan wirid ini juga
menggangu jemaah yang lewat walaupun mereka solat diluar ruang solat utama kerana
wiridi ini dibaca menggunakan pembesar suara.
Saya mempuyai pengalaman pahit ketika
singgah solat di sebuah masjid dalam perjalanan balik dari lapangan terbang
kerumah saya. Saya
sampai di masjid itu ketika imam sedang membimbing wirid selepas solat maghrib.
Bacaannya amat kuat kerana menggunakan pembesar suara yang bergema seluruh
masjid. Saya dan anak saya amat terganggu dan hanya mampu berusaha membaca al fatihah sahaja dan
ayat bacaan rukun yang lain untuk
selesaikan solat.
Kenapakah kita masyarakat Islam
di Malaysia memilih untuk membudayakan wirid
syaring ini walaupun secara jelas
ianya mengganggu solat?. Sedangkan terdapat hadis yang jelas tentang Rasulullah melarang sahabat membaca al Quran dalam masjid secara
nyaring kerana mengganggu orang lain
sedang solat.
عَنْ عَطَاءِ بْنِ
يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّونَ
وَيَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: إِنَّ كُلَّكُمْ
يُنَاجِي رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ
بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ."
"Sesungguhnya setiap kamu sedang bermunajat kepada
Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu menyakiti (mengganggu) sebahagian yang
lain, dan janganlah sebahagian kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain
dalam bacaan al-Quran."
Alangkah baiknya jika budaya wirid secara individu ini juga menjadi budaya masyarakat di Malaysia. Setiap
orang perlu berwirid sendiri berdasarkan
kelapangan masanya. Begitu juga dengan doa. Setiap orang ada keperluan dan hajat masing-masing. Jika berdoa
bersendirian bolehlah kita bermunajat sekejap mohon dari Allah berbanding hanya mengaminkan doa imam yang berbentuk umum.
Semoga para imam dan pihak pengurusan masjid boleh memulakan budaya yang
baik ini . Berubah dari membimbing bacaan wirid dan doa kepada berwirid dan berdoa secara individu. Sebagai
permulaan boleh menyediakan kertas wirid bercetak untuk rujukan para jamaah sehinggalah mereka telah selesai
menghafal wirid dan doa sendiri.
Budaya ini perlu dimulakan. Ayuh kita bermula dengan diri kita. Jangan
selepas solat terus bangkit keluar tanpa
selesai wirid dan doa tetapi berwiridlah sendirian secara senyap. Usai berdoa bangunlah teruskan kehidupan harian kita.