Bangun bertahajjud pada waktu pagi 3 jam sebelum subuh. Saat itulah waktu yang paling selesa untuk
tidur dan berehat. Namun saat itu lah waktu yang paling baik untuk bermunajat
mengadap Allah Taala.
Al Quran banyak memberi panduan kepada kita bagaimana melihat dan
menilai masa yang berkualiti. Antaranya ialah saat membina hubungan dengan Allah
Taala. Allah memberi
peringatan dalam ayat 79 Surah al Isra’:
وَمِنَ
اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ
مَقَامًا مَّحْمُودًا (79)
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat yang terpuji.
Walaupun ia tidak diwajibkan, namun Allah menyebut dengan
jelas sebagai ibadat tambahan atau ibadat sunat menunjukkan bahawa betapa
tingginya tahap ibadat tahajjud itu sendiri. Kerana ia adalah ibadah yang akan
membentuk jiwa dan jati diri manusia.
إِنَّ نَاشِئَةَ
اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا (6)
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam
lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
Inilah yang menjadi amalan harian
Rasulullah, para sahabat dan juga tokoh-tokoh Islam dulu dan kini. Amalan
inilah yang memberi kekuatan kepada pejuang dan juga pendakwah untuk menghadapi
cabaran dalam menegakkan Islam dalam kehidupan.
Marilah kita berusaha untuk menjejak
langkah ini.
Walaupun ianya amat susah dan berat.
Tapi itulah mujahadah dan perjuangan.
Berjuang dulu melawan diri sendiri sebelum
mengorak langkah.
Berjaya istiqamah ibadah tahajjud insya
Allah Islam akan kembali mulia.
No comments:
Post a Comment