Sunday, November 15, 2009

Kus semangat!

Setelah lama menyepi lantaran dilanda penyakit murung yang entah apa sebabnya. Mungkin inilah yang dinamakan patah semangat atau boleh dinamakan futur dalam perjuangan menyebabkan banyak perancangan tidak berada dilandasan yang sepatutnya. Semua aktiviti tidak dilaksanakan dengan baik, pembacaan, penulisan, ibadah dan sebagainya. Mungkin ini gara-gara ingin member tumpuan yang lebih kepada pengajian master yang berada dipenghujung semester dua .

Tetapi itu sebenarnya bukan alas an yang ampuh untuk dijadikan sebab untuk menyerah kepada keadaan. Adakah sepatutnya begitu? Walaupun sibuknya pengajian itu ada kebenarannya tetapi ia sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan. Allah telah menganugerahkan akal yang amat bernilai yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Akal inilah gunanya mencari jalan keluar mengurus , menyusun, menyelaras, merancang segala kerja kita. Allah juga telah menganugerahkan masa kepada kita sebanyak 24 jam. Semua makhluk dibumi ini punya 24 jam, tidak lebih dari tu. RAmai yang telah cemerlang, bahkan mengubah dunia pun dengan hanya memiliki masa 24 jam sehari.

Allah maha adil telah member peluang yang sama kepada manusia samaada mukmin atau kafir dalam menjalankan dan mengurus bumi ini. Cuma tugas kita sebagai muslim perlu mengambil alih pengurusan bumi ini sepenuhnya untuk ditadbir sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah. Inilah yang menjadi kebuntuan sebenarnya. Kita hanya banyak meletakkan kesalahan kepada mereka yang tidak beriman pada Allah. Kita kata mereka tak layak mengurus bumi.

Tapi ini ini, nak urus masa 24 jam ini pun tak dapat. Nak optimakan anugerahkan akal dan kehebatan kejadian sebagai insan ini pun tidak dapat. Bagaimana mungkin kita nak mengurus bumi ini yang hebat dan kompleks ini. Mereka itu walaupun kafir, mereka telah berjaya memanfaat nikmat Allah yang sedia ada. Segala keistimewaan kejadian manusia mereka manfaatkan dan masa yang hanya 24 jam itu dimanfaatkan dengan baik. Nah lihatlah mereka menjadi peneraju kehidupan dunia ini. Kita umat Islam hanya menjadi pengguna dan pengikut sahaja.. Alangkah hinanya kita. Sedangkan bumi ini Allah sediakan kepada kita utuk ditadbir dan diurus.

Bila kita nak bangkit? Entah bila.. mulalah sekarang.. disiplinkan diri dan cuba ubah mentaliti umat Islam. Cuba lah.. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah sikap didalam diri mereka.. Insya Allah

1 comment:

ashiena said...

huhu, agak kelam-kabut juga. Kejap rasa dah boleh control, lalai sikit, kelam-kabut balik.. perasaan membuak-buak untuk uruskan masa dgn betul ada, tapi excution nya fail...