Setelah beberapa lama saya membuat kempen ‘Jagalah perintah Allah pastinya Allah jaga anda’ dan kesannya semakin baik. Bilangan jemaah di masjid semakin bertambah. Surau Taman Fajar semakin meriah dengan pelbagai aktiviti terutama hari minggu.
Saya memberi penakanan
kefahaman dalam setiap kali tazkira dan kuliah saya.
“Jika kita istqamah
menjaga solat, pastinya Allah mudahkan segala urusan kita.”
“Menjaga solat
adalah tanda kita prihatin pada perintah Allah, Pastinuya Allah sentiasa
prihatin dengan kita lalau diberi hidayah dan perunjuk.”
“Jika sentiasa istiqamah
solat berjemaah di masjid terutama di masjid Allah akan jaga kita.”
“Allah akan jaga
keselamatan keluarga kita dan harta kita, jika kita sentiasa jaga semua
perintah Allah.”
“Harta kita tidak
akan dicuri, tidak akan diganggu kerana Allah jaga harta kita.”
“Kita mesti berusaha
untuk laksana apa yang diperintah Allah dan tinggal semua apa yang dilarangnya.
Itulah cara kita jaga hak Allah.”
“Semua perkara baik
dan buruk berlaku pada kita semua adalah rancangan Allah dan keiizinannya.”
Alhamdulillah banyak
perubahan yang berlaku pada jemaah surau kami.
Sehinggalah satu pagi..
ketika saya keluar rumah mahu ke surau. Saya biasanya akan ke surau menaiki
motorsikal Kriss saya yang berwana merah. Biasanya saya akan parking Kriss saya
antara kereta Avanza biru dan Proton Saga saya. Jarak antara rumah saya lebih
kurang 500m. Agak jauh juga untuk berjalan kaki.
Pagi tu bila saya buka
pintu rumah saya tak nampak Motor Kriss saya. Saya pasti memang saya parking di
tengah antara dua kereta saya. Saya lihat pagar rumah saya terbuka sebelah.
Baru saya teringat malam tadi selepas balik dari ziarah kawan saya Ustaz
Norsyam Kamal, hujan amat lebat.
Selepas memakir kereta
saya hanya menutup pagar tanpa mengunci pintu pagar seperti biasa. Biasanya
saya akan kunci pagar dengan mangga sebagaimana yang diingatkan oleh komuniti Taman
Fajar. Banyak kali berlaku kehilangan barang di halaman rumah di kejiranan
kami.
Memang sah motor saya sudah
diambil orang. Saya tidak kunci pagar untuk elakkan basah kerana hujan lebat dan
itu memudahkan si pencuri masuk kedalam halaman rumah saya. Allah .. kali ini
saya di uji. Selepas berfikir sejenak dan saya mengambil keputusan untuk
berjalan kaki saja ke surau.
Sampai di surau, azan sudah selesai dikumandangkan oleh Haji
Jaidin. Biasanya saya akan sampai ke surau sebelum azan.
“Eh.. kenapa ustaz
jalan kaki pagi ini. Mana motor ustaz. Rosakkah?” Tanya Ustaz Mahadir yang ketika baru juga
sampai ke masjid.
“Tak.. motor saya
sudah di ambil orang. Entah siapa yang berkenan dengan motor buruk saya.” Saya menjawab sambil tersenyum sumbing.
Heboh di surau pagi itu,
motor saya sudah dicuri orang. Baru saya tahu dalam seminggu dua ini banyak kes
kecurian motor berlaku. Sebelum ini berlaku di Taman lain. Kecurian paling terkini
di Taman Rimba. Motor Ustaz Alias juga sudah dicuri waktu malam juga. Motor Ustaz
Alias baru diberi tak sampai setahun. Motor saya ni sudah berumur 3 tahun dibeli
dari Cikgu Roslan. Motor Kriss saya amat berjasa untuk saya ke masjid dan juga ke
pasar.
“Nampak gaya ni
motor ustaz yang banyak kena curi ni. Dah dua motor ustaz di curi.” Cetus En Ajak
Tercetus di benak saya
kenapa motor saya yang dicuri, Allah tak jaga harta saya kah?. Sedangkan saya istiqamah
solat jemaah di surau 5 waktu sehari semalam. Malah saya yang kempen ‘Jagalah
perintah Allah pastinya Allah jaga kita seluruhnya termasuk harta kita’.
Nampaknya apa yang
berlaku pada saya ini bercanggah dengan apa yang saya kempenkan. Termenung juga
saya sekejap mengenangkan apa yang berlaku. Saya terfikir mungkin ada kesilapan
saya dalam kempen ini atau salah faham dalam penafsiran hadis itu.
Petang itu selepas
waktu sekolah saya ke balai Polis Sandakan membuat laporan polis. Rupanya sudah
banyak motorsikal yang sudah di curi di kawasan Sandakan. Motor yang diminati
adalah jenis motor Kriss. Kalau tak silap saya sudah 4 buah motor sudah dicuri
dalam tempoh sebulan termasuklah motor kriss Ustaz Alias.
Selepas kecurian motor
kriss saya, Tuan Roslan akan datang kerumah saya setiap pagi untuk memboncengkan
saya dengan motor kriss biru lautnya. Saya bergilir denganya untuk menjadi imam
solat subuh dan juga Ustaz Kamaruddin.
Tema tazkirah saya bukan
lagi ‘Jagalah perintah Allah pastinya Allah jaga kita’. Saya memilih tema ‘jagalah
diri sendiri dan keluarga selamatkan dari neraka Allah’.
No comments:
Post a Comment