Itulah pelawaan seorang pemandu kereta Naza Citra berwana merah yang tiba-tiba berhenti dihadapan saya ketika saya sedang berjalan kaki ke masjid Banda Hulu Melaka. Sudah menjadi amalan saya bekerja diluar kawasan akan mencari masjid terdekat untuk solat terutama solat Subuh.
Kali ini saya saya terlibat dengan Bengkel Dinamika Temuduga untuk calon
pelajar IPG di Hotel Imperial Herritage, Melaka. Masjid yang terdekat dengan hotel
adalah Masjid Banda Melaka. Apps Google Map amat membantu mencari lokasi masjid
terdekat. Jarak Masjid Banda Hilir dari Hotel Imperial Herritage hanya 750
meter sahaja.
Pagi itu saya keluar 5 minit sebelum masuk waktu subuh. Saya boleh saja
menaiki kereta ke masjid, namun saya memilih untuk berjalan kaki kerana sambil mengambil
peluang untuk membakar kalori awal pagi. Kira dua dalam satulah.
Ketika hampir separuh jalan saya berjalan tiba-tiba sebuah kereta Naza
Citra merah berhenti dihadapan saya. Pemandunya menurunkan cerminnya kereta dan menjenguk
keluar.= dan mempelawa saya
“Jom naik kereta saya.. saya juga nak ke masjid”. Pelawanya.
Saya kesebelah kiri dan masuk ke bahagian penumpang dan memulakan perbualan.
Lelaki ini dalam umur 30an namanya Kasim. Rutinnya setiap pagi selepas
menghantar isterinya yang bekerja di McD. Kemudian selepas itu dia akan ke
Masjid Banda Hulu untuk solat subuh. Dia bekerja sendiri mudah untuknya
mengatur jadual seharian. Alhamdulillah saya berjumpa orang beristiqamah solat
subuh.
Perkenalan yang singkat ini memberikan inspirasi kepada saya bagaimana
dia menyusun jadual kehidupan dia seharian dengan membina hubungan dengan Allah
taala.
Solat subuh berjemaah ini adalah satu ibadah yang amat penting untuk
setiap muslim. Nabi telah meninggalkan pesan kepada kita dengan sabdanya
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«مَنْ صَلَّى ٱلْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ ٱلَّيْلِ،
وَمَنْ صَلَّى ٱلصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى ٱلَّيْلَ كُلَّهُ»
— Riwayat Muslim
"Sesiapa yang menunaikan solat Isyak secara
berjemaah, maka seolah-olah dia telah mendirikan solat separuh malam. Dan
sesiapa yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia
telah mendirikan solat sepanjang malam."
Rasulullah juga memberi pesan kepada umatnya bahawa siapa yang istiqamah
solat subuh akan mendapat cahaya yang jelas di akhirat nanti.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«بَشِّرِ ٱلْمَشَّائِينَ فِي ٱلظُّلَمِ
إِلَى ٱلْمَسَاجِدِ بِٱلنُّورِ ٱلتَّامِّ يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ»
— Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani
"Sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam
kegelapan menuju masjid, bahawa mereka akan memperoleh cahaya yang sempurna
pada Hari Kiamat."
Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah menyatakan bahawa solat Subuh berjemaah
adalah antara tanda kekuatan iman dan kesungguhan dalam mencari keredaan Allah
SWT. Kehadiran ke masjid pada waktu Subuh menandakan keikhlasan dan kesungguhan
seseorang.
Manakala Imam al-Ghazali Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, beliau menyebut
bahawa solat Subuh berjemaah melatih disiplin diri, mujahadah melawan nafsu
tidur, dan merupakan kunci kepada keberkatan sepanjang hari.
Jom kita sama-sama istiqamah diri kita untuk solat subuh berjemaah di masjid
setiap pagi selagimana kita diberi nikmat kepalangan dan kesihatan.
No comments:
Post a Comment