Hari kedua saya solat subuh di Masjid Banda Hilir, saya duduk sekejap selepas solat mendengar imam membuat kuliah subuh ringkas. Beliau menggunakan buku hadis Fadhail a’mal (Kelebihan amalan) susunan Maulana Zakaria ulamak besar aliran tabligh.
Imam membuat huraian secara bebas selepas membaca teks hadis dan
tejemahannya. Tajuk pada pagi itu ialah ghibah. Ghibah adalah bercakap hal buruk tentang seseorang di belakangnya,
walaupun perkara itu benar — dan dia tak suka kalau perkara itu
didedahkan. Hadis Nabi yang di baca ialah:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ:
"أَتَدْرُونَ
مَا الْغِيبَةُ؟"
قَالُوا: اللَّهُ
وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ
قَالَ: "ذِكْرُكَ
أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ"
قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ
إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟
قَالَ: "إِنْ
كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ
بَهَتَّهُ"
رواه مسلم
Dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ
bersabda:
"Tahukah kalian apa itu ghibah?"
Mereka menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."
Beliau bersabda:
"Yaitu engkau menyebut tentang saudaramu sesuatu yang ia benci."
Seseorang bertanya, "Bagaimana jika yang aku katakan itu benar-benar
ada padanya?"
Beliau menjawab:
"Jika memang benar, maka engkau telah mengghibahinya. Dan jika tidak
benar, berarti engkau telah memfitnahnya."
Hadis riwayat
muslim
Antara contoh ghibah
yang diberi ialah:
“Eh, kau tahu tak
si A tu… selalu datang lambat kerja.”
“Baju dia tu tak
pernah elok. Tak reti bergaya langsung.”
“Dia tu nampak alim
je, tapi garang gila dengan anak-anak dia.”
Apa yang menarik
huraian imam ialah dia memberi tips untuk mengelakkan ghibah. Katanya bahawa
kadang-kadang kita ni dah jaga mulut tak mengata orang. Tapi kawan-kawan kita
pula suka bercerita. Jadi jika berlaku begitu pandai-pandai lah kita buat alasan
mengelak. Antara contoh yang imam bagi ialah:
“Allah.. saya sakit
perut.. silap makan kot.. saya nak ke tandas lah.”
“Eh.. saya baru
ingat. Isteri ada pesan beli barang tadi. Saya pergi dulu ya.”
Imam juga menceritakan
bahawa. Dosa ghibah ini besar tidak boleh terampun hanya sekadar mengucap
istighfar. Dosa ghibah ini kena minta maaf dengan empunya yang kita keji. Bila
masa kita maaf, kita pun dah lupa. Akhirnya kita terpaksa bayar pampasan di
akhirat. Tak pasal-pasal jadi muflis di akhirat.
Kesimpulan imam. Semua
pakat jaga lidah. Jangan Ghibah. Kalau terdengar buat tak tahu. Jika kawan-kawan
tengah mengata, reka alasan untuk beredar. Semoga selamat. Alhamdulillah tazkira
ringkas yang amat bermafaat. Terima kasih tuan imam memperingati kami.
Baarakallahu fik.
No comments:
Post a Comment