“Eh enta fein… wasalna al jaamiah ”
Terkejut saya mendengar laungan kelindan coaster. Rupanya saya
termenung hanyut di bangku belakang. Coaster yang memjadi kenderaan saya seharian
sudah sampai ke pintu gerbang universiti rupanya. Aku jauh melalut rupanya.
Selepas peristiwa pelawaan Abu Raghib tu, hidup saya agak kacau sedikit. Banyak melalut dan hanyut tapi tidak lah teruk rasanya. Susah juga nak buat keputusan. Saya tidak banyak berkongsi peristiwa itu pada orang lain.
Banyak perkara yang perlu saya fikirkan. Ini soal masa
depan. Keputusan ini mesti dibuat secara bijaksana. Banyak hal yang perlu
difikirkan. Saya langsung tidak memberitahu ibu dah ayah saya di Malaysia sana.
Saya tak mahu menyusahkan mereka berfikir untuk anaknya ini.
Saya sebagai pelajar tajaan KPM hanya mendapat elaun
sebanyak RM1050 sebulan tidaklah mewah sangat. Ketika itu jika ditukarkan ke
USD hanya dapat dalam USD400 sahaja. Tukaran USD100 biasanya dapat JD78 sahaja.
Kalau bernasib baik dapatlah JD80 jika duit dollar jatuh.
Saya mencongak untuk dapatkan wang mahar JD5k tu perlu
tempoh hampir dua tahun juga menyimpan. Sewa rumah mafrusyat (berperabot penuh)
ketika itu sekitar JD200 sebulan bergantung kepada saiz rumah. Sekarang ini
saya berkongsi membayar sewa. Jika hidup dengan ‘Dana’ nanti kosnya saya sorang
saja tanggung. Parah juga. Belum kira belanja harian lagi.
Saya pernah beberapa kali hadir majis perkahwinan kawan kawan
Arab. Perkahwinan mereka disambut besar besaran juga. Ada hari jamuan walimah,
dimana tetamu dijemput makan dengan menu terkenal mereka ‘Mansaf’ kambing. Setakat
20 ekor kambing tak cukup.
Perkahwinan mereka juga diraikan dengan menyewa dewan
perkahwinan untuk sesi keluarga. Dewan ni
‘Solat al farh’ biasanya disewa berasingan untuk lelaki dan perempuan. Tradisi
Arab Jordan sambutan perkahwinan diasingkan antara lelaki dan perempuan. Ada
juga satu dewan yang membuat dua bahagian lelaki dan perempuan. Mereka akan menyanyi
dan menari ‘dabkah’ dan membuat bunyi ‘zaghroutah’. Bunyi yang
dibuat dengan menggulung lidah. Riuh rendah majlis mereka.
Saya tidak mampu berdikari untuk menerima tawaran Abu
Raghib. Keluarga saya juga amat miskin untuk membantu. Ayah saya hanya sebagai
penoreh getah kais pagi makan pagi mana mungkin boleh membantu saya. Saya
sendiri menyimpan duit USD100 sebulan untuk dihantar ke kampung buat belanja
keluarga.
Rumah saya di kampung pun sangat dhaif hanya dibina dari kayu nun jauh
dalam kebun getah. Mana mungkin ‘Dana’ betah hidup bersama saya. Walaupun mungkin
kami hidup dirumah sendiri. Kalau saya bekerja sebagai guru pun bukan banyak
mana pun gaji bulanan saya. JIka saya ditugaskan dibandar dan ‘Dana’ sebagai
suri rumah sepenuh masa berat juga cabarannya.
Satu petang petang ketika pulang dari Universiti, saya berjalan kaki
seorang diri dari jalan besar ke rumah. Saya lihat ada beberapa kereta di depan
rumah Abu Raghib. Kebetulan ketika saya ingin masuk kepintu pagar beberapa
orang perempuan berbadan besar berpakaian hitam keluar dari rumah. Perempuan
yang berpakaian hitam ini biasanya kaum ibu.
Terselit antara mereka itu seorang berbaju gaun berwarna
kuning air, kurus sederhana tinggi. Biasanya yang berbadan begini anak dara saja.
Di tangannya memegang sejambak bunga berwana putih ditengahnya ada kelopak kuning.
‘Bunga Narjis’ antara bunga kegemaran gadis gadis negara Syam.
Tiba-tiba gadis itu berpaling melihat kepada saya dan melirik
senyum.… kami bertentang mata.
“Oh.. Dana rupanya… Aduh.. saya kaki macam tak dapat
melangkah lagi. Saya berdiri disitu melihat dia pergi bersama makcik makciknya.
No comments:
Post a Comment