Terkejut saya mendengar soalan turan rumah ketika saya sedang menikmati hirupan teh panas dengan ‘na’na’. Hampir hampir terkeluar balik air teh dari kerongkong. Saya meletakkan kembali cawan kecil teh dan memandang wajah tuan rumah ingin mendapat kepastian adakah dia serius atau bergurau.
Abu Raghib (Bukan nama sebenar) adalah tuan rumah ketiga saya di Mafraq ialah di di hujung Hayyu Dhubat. Rumah dua bilik di tingkat atas masuk melalui pintu kecil bahagian belakang bangunan. Berkongsi bangunan yang sama dengan rumah tuan rumah.
Saya tinggal berdua saja dengan Rafik. Kami berpindah ke rumah
ini yang agak jauh dari laluan utama kerana ingin merasai sedikit ketenangan.
Rumah saya sebelum ini di sebelah masjid Anas itu menjadi laluan utama kawan
kawan kami pelajar Malaysia. Rumah itu menjadi tempat persinggahan utama dan
tempat lepak sehingga lewat malam dan awal pagi setiap hari.
Tuan rumah kami ini amat baik hati. Anak lelakinya ada
seorang yang berkerja di Universiti al Bayt. Saya tidak pasti dia kerja di
bahagian mana. Saya juga perasan kelibat seorang gadis cantik manis satu hari
ketika ingin masuk kerumah. Ketika itu dia baru turun dari teksi ingin masuk
kerumah. Jarang saya terserempak dengan dia. Budaya Arab amat menjaga kehormata
wanita. Anak dan isteri mereka amat jarang keluar rumah atau menampakkan diri
mereka kepada jiran-jiran apatah lagi kepada orang asing seperti kami.
Biasanya setiap bulan saya akan membawar sewa kepada tuan rumah
hujung awal bulan. Dia akan jemput saya masuk kerumahnya minum teh sambil
berbual. Abu Raghib banyak bertanya kami
pelajar Malaysia tentang keluarga, kerjaya dan kehidupan di Malasia. Dia kagum
dengan kehidupan Malaysia yang lebih baik dari Jordan katanya.
Dia bercerita juga tentang anak-anaknya termasuk anak
gadisnya itu yang bernama ‘Dana’ (bukan Nama sebenar) baru berumur 16 tahun
masih belum habis sekolah menengah. Saya langsung tak bertanya tentang isteri
dan anak perempuannya. Menjadi satu keaiban jika bertanya tentang orang
perempuan dalam budaya arab Jordan. Biarlah dia bercerita sendiri.
Sesi minum teh kali ini mengejutkan. Sudahlah saya datang
seorang diri tanpa ditemani Kawan baik saya. Saya hanya mampu memandang wajah
Abu Raghib memohon kepastian.
“Betul… saya serius ni. Suka orang Malaysia.”
“Dana pun suka. Dia selalu bercerita tentang kamu.”
Ahh.. Rupanya si Dana selalu mencuri intai aku dan Rafiq. Kami
saja yang tak perasan.
“Saya masih belajar ni. Elaun yang saya dapat ni cukup
untuk hidup saya ja. Saya rasa tak mampu
lah.”
Saya menjawab merendah diri. Saya sudah tahu perkahwinan dalam
budaya arab Jordan amat besar belanjanya. Sudah menjadi syarat, si pengantin
lelaki mesti sediakan sebuah rumah lengkap untuk bakal isteri. Mas kahwinnya
sekita JD20k keatas. Nilainya hampir RM100k duit Malaysia. Mahu berhutang seumur
hidup kalau kawin dengan Dana ni.
“Kos dan urusan perkahwinan kita aku mudahkan untuk kamu.”
“Untuk kamu cukuplah dengan dengan JD5k, Rumah pun tak
payah beli. Cukuplah dengan sewa satu rumah mafrusyah untuk kamu berdua hidup bersama di sini.”
Saya terbayang wajah manis ‘Dana’. Memang dia ni amat cantik
iras Maizurah, artis yang aku minat tika itu. Tetapi budaya Arab ini amat pelik
yang susah kita nak terima ialah selepas kahwin isteri gemuk. Itu adalah tanda
bahagia. Saya seolah-olah tak jumpa perempuan yang dah kahwin ini berbadan
kurus melaikan semuanya besar ibarat
tong drum.
“Nanti kalau dah habis belajar, Kamu boleh bawa balik
Malaysia lah. Nanti kamu bawa dia balik kesini ziarah saya dan keluarganya dua
tahun sekali.”
Sambung Abu Raghib lagi tanpa saya sempat bertanya.
Nampaknya Abu Raghib sudah berbincang panjang dengan keluarganya termasuk ‘Dana’
tentang ini.
Saya terkesima tak mampu kata apa-apa. Hanya mampu
tersenyum. Saya minta izin untuk berfikir dulu. Selesai habis mengirup the dan
makan sekeping halawiyat arab yang keras, saya minta izin pulang.
No comments:
Post a Comment